Bab 8

6 0 0
                                    

Selepas peristiwa bertembung dengan trio rakan sekuliahnya tempoh hari, Jasmine mendapati dirinya semakin rapat dengan ketiga-tiga gadis yang seusianya itu. Itupun sebab Natasha yang tanpa ragu mengajaknya untuk menyertai kumpulan mereka bagi mencukupkan 4 anggota bagi kerja kursus semester akhir tahun tersebut.

Dengan senang hatilah pelawaan tersebut diterima oleh Jasmine. Syukurlah, tidak perlu bersusah-payah untuk mencari kumpulan lagi. Hilang rasa terbeban atas sikap segan yang melangit tinggi itu.

Entahlah, sejak meninggalkan zaman persekolahan - keadaan Jasmine semakin berubah. Seolah-olah semua keberaniannya dalam bersosial lenyap begitu sahaja.

Manakan tidak, bersendirian di negeri orang tanpa kehadiran mana-mana individu yang dikenali.

"Eh, Jasmine. Nanti cuti semester kau balik pergi KL, ya?" Soal Priya padanya secara tiba-tiba pada suatu hari saat sedang menjamah makanan di kantin universiti.

"Ya. Mau jumpa family and friends punya." Jawab Jasmine dengan pantas. Rasa bersemangat membuak-buak dalam diri. 'Auntie, Ying balik surprise tahun ni!'

Kening Natasha dan Veronica terangkat serentak. "Uish, happy betul bah dia!" Seru Natasha, senyum. Jasmine mengangguk kecil, membalas kembali kuntuman cantik yang diukir pada bibir Natasha itu. "Happy lo, sudah lama saya tidak balik." Sahutnya.

'Auntie, Tirah, Hazif -- Tunggu aku balik tau!' Ujar hati kecilnya.

Hari tersebut berakhir agak memenatkan bagi Jasmine. Berjam-jam dia melabuhkan punggung di kawasan perpustakaan. Ensiklopedia yang bertimbun-timbun ditelusuri pelbagai maklumat, lalu dicatatkan. Barulah terus dihantar kepada Natasha yang bertugas sebagai pengolah ayat. Veronica pula melakukan pengeditan bersama Priya yang juga berperanan untuk mendapatkan foto-foto yang berkaitan dengan kerja kursus mereka sekali gus mengedarkan borang soal selidik kepada orang awam.

"Duduk berjam-jam dekat library baca buku-buku, sounds so much like Jasmine!" Terimbas kembali perbualan antara 4 gadis tersebut pagi tadi di benak Jasmine. Veronica meluahkan rasa kagum terhadap Jasmine yang mampu menghabiskan masa untuk menelaah pelbagai bahan bacaan. Disokong pula oleh Natasha dan Priya. Kata mereka, sudah viral nama gelaran Jasmine iaitu si kutu buku. Sanggup duduk di tempat yang sama tanpa sebarang pergerakan semata-mata untuk memandang beratus-ratus muka surat!

Andai ada Atirah dan Hazif, mungkin gelaran pada dirinya akan berbeza. Boleh jadi dia dipanggil mulut celupar pula.

Sebut tentang mereka, Jasmine baru teringat sesuatu. Hendak bertanya khabar serta waktu kepulangan mereka bagi cuti semester ini.

. . .

Trio kawaii 🧏🏻🤫

👤 Jasmine Y. (You) : Assalamualaikum guys!!

👤 Tiraa (Atirah)  : Wa'alaikumussalam, hai Jazzy! How are you girl? Sihat? Dah lama kau tak chat tau!

👤 Azip (Hazif) : Waalaikumsalam, ingat juga kau dengan kitaorang eh cina!

👤 Jasmine Y. (You) : I'm better than good. Sihat alhamdulillah. Kauorang pula macam mana? Okay?

👤 Azip (Hazif) : Ok. Cik Tirah je tak ok.

👤 Tiraa (Atirah) : Amboi! Aku okey, Jazzy. Seronok study dekat sini, rasa selesa. Tapi kalau ada kau mesti lebih syok, hmm... 🙁

👤 Jasmine Y. (You) : Tak apalah, yang penting masih keep in touch. Dengar kau happy and selesa dekat sana pun dah cukup ok.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now