Bab 19

5 1 0
                                    

"Mummy... Tirah risau." Atirah berbisik perlahan. Rasa bimbang yang menggunung membanjiri perasaannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 1:45 pagi. Matanya masih segar. Tiada rasa kantuk sedikit pun.

Masih menunggu khabar keberadaan rakan baiknya. Berdoa agar misi pencarian Zamri berserta Hazif berjaya. Datin Fareeda dengan lembut memujuk gadis kesayangannya itu. Dia begitu faham rasa bimbang Atirah terhadap Jasmine.

Kasih sayang Atirah kepada Jasmine begitu tinggi seolah kedua-duanya memiliki pertalian darah. Datin Fareeda cukup mengenali Jasmine. Gadis berdarah Melayu-Cina itu sering sahaja bertandang ke rumah mereka sewaktu masih bersekolah.

"Shh. Baby sabar, ya? Daddy dah lapor polis. Insya-Allah lokasi Jasmine akan dapat dikesan. Tidur, ya sayang? Ada berita nanti mummy kejutkan." Tangan Datin Fareeda menyentuh pundak anaknya. Atirah menggeleng tidak mahu. Masih ingin tetap berjaga di hadapan telefonnya menunggu sebarang panggilan.

Tetapi desakan lembut sang ibu akhirnya membuat diri Atirah mengalah. Dengan berat hati dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya untuk memejamkan mata. Baru sehari tiba di rumah dari negara rantau.

"Jazzy... Semoga Allah lindungi kau." Atirah berdoa perlahan. Tanpa dia sedari, matanya semakin kuyu akibat rasa penat yang menelan diri. Langsung tertidur dalam waktu kurang daripada 3 minit.

. . .

"Bang, jalan mana lagi kita belum pergi?" Hazif yang sedang berada di atas motosikal miliknya memandang ke arah Zamri yang turut menunggang motosikal. Abang kepada Farhana tersebut menunjukkan jalan yang agak tertutup hutan lebat.

Hazif mengerutkan dahi. Tidak pernah dia lihat jalan di tempat itu. Tetapi apabila diikuti arah motor Zamri, dia begitu kaget. Hutan tersebut hanya pada separuh jalan! Selebihnya sudah tiada.

Tetapi yang terdapat di seberang jalan tersebut adalah kawasan rumah agam yang begitu indah. Tersergam megah. Seperti dunia lain yang terdapat di sana.

Bahkan cahaya lampu begitu terang di seluruh kawasan itu. Seolah waktu pagi.

"Wah! Tempat apa ni? Tak pernah nampak pun!" Hazif berbicara kagum. Zamri menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku pun tak pernah nampak tempat ni sebenarnya, Hazif. Tapi aku nampak ada kereta keluar dari arah ni tadi." Wajah Zamri kebingungan di sebalik kepala yang tertutup helmet. Hazif terdiam.

"Who's there?" Suara lelaki garau menyentakkan tubuh Zamri dan Hazif. Hampir Hazif melatah. Suara tersebut terdengar seperti milik seorang individu Barat. Dari intonasi penggunaan bahasa Inggeris sudah cukup ketara.

Ketika Zamri berbalik ke arah belakang, terdapat seorang lelaki berbaju hitam. Rambutnya bermodelkan gaya buzzcut berwarna keemasan sedikit. Berkulit gelap. Matanya berwarna hazel.

Di belakang lelaki tersebut terdapat lebih banyak tubuh berjubah hitam. Zamri memandang wajah Hazif, mengisyaratkan untuk berwaspada.

"I... I'm Zamri. He's... um..." Zamri agak tersekat-sekat menjawab soalan lelaki berwajah serius yang cukup menggerunkan itu. Hazif segera membantu.

"I'm Hazif. This one's Zamri. We're here to look for a girl. Have you seen any around here?" Tanpa sebarang keraguan, Hazif terus menjawab sekali gus menjurus kepada topik dan tujuan mereka datang ke situ. Lelaki berambut blonde tersebut mengeluarkan telefon pintarnya.

Mrs. Hazrael: His BelongingOnde as histórias ganham vida. Descobre agora