Jodoh Kau & Aku 1

8.3K 148 4
                                    

   "Whatt? Kahwinnnn?!!!" Jeritan Yana Qaisarah bergema di dalam banglo mewah itu.

   "Yes, kahwin!!" Perlahan tetapi keras kedengaran suara Tan Sri Mahfuz.

   Keadaan di dalam banglo mewah itu hening seketika, Datin Munirah bersuara memecahkan kesunyian antara anak beranak itu.

   "Qai, ikut sajalah apa yang daddy cakap tuh. Qai kahwin dengan adam ye syg?"

   "But mummy, Qai tak kenal dialah mummy lagipun Qai masih muda." Yana Qaisarah membentak-bentak.

   "Kalau Qai degil tak mahu kahwin dengan adam, Qai keluar dari rumah ni dan jangan pernah jejakkan lagi kaki dalam rumah ni!!" Kemarahan Tan Sri Mahfuz tidak dapat dikawal lagi, Datin Munirah cuba menenangkan suaminya yang tengah baran.

   "Daddy dah tak sayang Qai ke? Sampai hati daddy, fine Qai akan keluar dari rumah ni!!" Yana Qaisarah mencicit menaikki anak tangga menuju ke kamarnya.

   "Abg, kenapa abg berkeras sangat dengan Qai?" Soal Datin munirah.

   "Abg bukan nak berkeras abg cuma tak nak Qai terus leka dengan dunia sosial dia, berkawan dengan entah siapa-siapa abg tak mahu anak kita rosak" Jawab Tan Sri Mahfuz jujur sambil meraup mukanya.

   Tidak lama kemudian Yana Qaisarah muncul di ruang tamu dengan menarik sebuah bagasi besar yang terisi dengan pakaian.

   "Qai, tunggu." Tan Sri Mahfuz menahan anak tunggalnya yang baru hendak melangkah keluar.

   'Ehh, ni mesti daddy nak halang aku dari pergi yelah mana daddy sampai hati nak buat aku macam tu' fikirnya di dalam hati.

   "Sebelum Qai keluar daddy nak Qai serahkan semua card credit Qai dan kunci rumah ni."

   Mimik muka Yana Qaisarah berubah mendadak 'ciss, aku ingat daddy nak halang aku. Sampai hati daddy'

   Dengan muka terpaksa Yana Qaisarah menurut kata-kata daddynya.

   "Selamat tinggal rumah ku syurga ku, selamat tinggal daddy, selamat tinggal mummy" bisik Yana Qaisarah hiba sambil memandang ke arah rumah banglo tiga tingkat milik daddynya buat kali terakhir sebelum kereta suzuki swift miliknya berlalu meninggal kan kediaman banglo tiga tingkat berkenaan.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now