Jodoh Kau & Aku 13

2.4K 68 0
                                    

   "Passport dah bawa? Tiket flight dah bawa?" Adam darwisyh menyoal dengan muka yang agak serious.

   "Kau ni dah kenapa? Masuk ni dah tiga kali kau tanya aku benda yang sama, rimaslah."

   Sakit pula hati Yana Qaisarah apabila disoal berulang-ulang kali dengan soalan yang sama.

   "Abang just nak make sure je takut nanti ada yang tertinggal, susah pula nanti kan." Adam Darwisyh mengeluh.

   "Yela-yela aku faham, dah cepatlah flight pukul 12:30 nanti tak sempat pula." Yana Qaisarah menarik luggagenya menuruni anak tangga.

   "Haa Qai, dah siap ke? Jaga diri ye dekat sana nanti." Datin Aminah menghampiri Yana Qaisarah.

   "Ye baiklah ibu." Yana Qaisarah menganggukkan kepalanya.

   "Sayang, jom abang dah siap." Kedengaran Suara Adam Darwisyh dari atas anak tangga.

   "Ibu, kami pergi dulu ye." Adam Darwisyh dan Yana Qaisarah bersalaman dengan Datin Aminah.

   Jam 12:30 tengah malam, pesawat yang dinaiki mereka iaitu pesawat MH30 berlepas ke Lapangan Terbang Atartuk dan selamat mendarat pada jam 6:30 pagi, bagaikan tidak percaya bahawa akhirnya dia dapat menjejakkan kaki ke Bumi Al-Fateh.

   Setelah mendapatkan teksi mereka terus menuju ke hotel yang telah ditempah secara atas talian terlebih dahulu.

   "Sayang ada bawa telekung tak?" Soal Adam Darwisyh apabila mereka tiba di bilik hotel.

   "Ada, kenapa?" Soal Yana Qaisarah kembali.

   "Kalau macam tu kita solat dulu lepastu kita keluar jalan-jalan, nak tak?" Adam Darwisyh membentangkan sejadah.

   "Ok." Tanpa disuruh Yana Qaisarah dengan sendirinya bergegas menuju ke bilik air untuk berwhuduk. Sesudah menunaikan solat, mereka berdua pun bersiap-siap untuk keluar meneroka keindahan Bumi Al-Fateh.

   "Sayang lapar tak? Jom pergi breakfast dulu nak tak?"

   "Ishh kau ni, lagi sekali kau panggil aku 'sayang' aku tumbuk muka kau." Marah sungguh Yana Qaisarah.

   "Ada abang kisah ke? Abang nak jugak panggil isteri abang yang comel ni sayang, rasanya tak salahkan?" Adam Darwisyh mencuit hidung Yana Qaisarah.

   "Ishh kau ni nak kena tahu tak!" Yana Qaisarah berlari-lari anak mengejar Adam Darwisyh yang sudah jauh di hadapan.

   Sesudah bersarapan mereka pun meneruskan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Masjid biru.

   Yana Qaisarah terpukau melihatkan keindahan masjid tersebut, impiannya untuk melihat sendiri keindahan Masjid Biru akhirnya telah tercapai.

   "Sayang nak tahu something tak?" Soal Adam Darwisyh kepada Yana Qaisarah.

   "Urmm apa dia?"

   "Kalau sayang nak tahu, Sultan Ahmet I membangunkan Masjid Biru ni untuk menandingi banggunan Hagia Sofia yang dibina oleh kaisar Byzantine yaitu Constantinople dan lagi satu Hagia Sofia ni dulunya adalah sebuah Gereja Byzantine sebelum jatuh ke daulah Turki Ottoman pada tahun 1453 M." Terang Adam Darwisyh.

   "Wow, macam mana kau tahu semua ni?" Yana Qaisarah kagum mendengar penjelasan suaminya.

   "Hee, sebelum kita datang sini abang dah buat research." Adam Darwisyh tersengih.

   Mereka berdua sempat merakamkan beberapa keping gambar di Masjid Biru sebagai kenang-kenangan.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Kde žijí příběhy. Začni objevovat