Jodoh Kau & Aku 7

2.8K 83 0
                                    

Pada petang itu Yana Qaisarah mengambil angin di halaman rumahnya, pokok bunga mawar yang ditanam oleh mummy dan daddynya berkembang mekar dan mengeluarkan bau yang sangat harum.

Yana Qaisarah suka memandang bunga mawar yang di tanam oleh orang tuanya itu, kononnya bunga itu merupakan lambang cinta mummy dan daddynya.

Tiba-tiba fikirannya melayang dan terbayang-bayang kejadian yang berlaku pada tiga hari lepas.

Dirinya dan Adam Darwisyh telah dihukum kerana membuat sepah di dapur, hukumannya ialah mereka berdua kena keluar berdating selama sehari.

Tak masuk akal sungguh hukuman tersebut.

Adam Darwisyh tersenyum girang apabila mendengarkan hukuman yang di berikan oleh Tan Sri Mahfuz, Yana Qaisarah pula hanya mampu tunjuk muka tak puas hati.

"Kau takyah nak seronok sangat ehh, aku keluar dengan kau nie pun sebab hukuman mummy dengan daddy je tau." Yana Qaisarah meneguk minuman di hadapannya.

"Owhh ye ke? Tengoklah satu hari nanti awak akan cintakan saya." Adam Darwisyh kenyit mata.

Seharian bersama Adam Darwisyh betul-betul mencabar kesabarannya, kalau boleh nak je dia tumbuk-tumbuk muka Adam Darwisyh yang hensem tu. Ehh hensem ke? Hensem tapi menyakitkan hati baik tak payah.
Yana Qaisarah tersentak dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berdering.

"Haa ok kejap lagi aku sampai." Senyuman terukir di bibirnya.

***
"Qai, ni maklumat yang kau suruh aku carikan tuh. Semua maklumat tentang Adam Darwisyh ada dalam sampul ni." Khairul meletakkan sekeping sampul bersaiz A4 di atas meja.

"Thanks Khairul, aku tahu aku boleh harapkan kau." Yana Qaisarah tersenyum penuh makna sambil memasukkan sampul tersebut ke dalam beg tangannya.

"Welcome Qai. Kau kan kawan aku lagipun aku dah anggap kau macam adik aku."

"Sebelum aku terlupa, berapa bayaran untuk semua ni?" Soal Yana Qaisarah.

"Tak payahlah Qai, aku ikhlas tolong kau. Tapi kau jangan lupa jemput aku ke majlis kahwin kau pulak nanti." Khairul tertawa.

"Hahaha in shaa allah, aku tak akan lupa."

***
"Qai. Cepat turun bawah, ibu dengan ayah Adam datang ni." Tan Sri Mahfuz mengetuk-ngetuk pintu bilik Yana Qaisarah.

'Hah? Ibu dengan ayah mamat gila tu datang? Adoii masaalah ni'

"Yana Qaisarah BT Tan Sri Mahfuz, kamu dengar tak apa daddy cakap ni? Cepat turun bawah, sekarang!"

"Haaa ye Qai dengar, sekejap lagi Qai turun." Seram sejuk dia apabila terdengar suara daddynya.

Pintu almari segera dibuka, dia membelek-belek beberapa helai baju yang dirasakan cantik.

'Urmm nak pakai yang mana satu eh?' Matanya asyik memandang ke arah sehelai baju kurung yang berwarna merah hati.

"Haaaa pakai yang inilah"

Setelah puas hati dengan penampilannya Yana Qaisarah bergegas turun ke bawah.

"Wahhh hari ni ada orang tu pakai baju kurung, nak ambil hati bakal mertualah tu." Adam Darwisyh tergelak kecil, lucu pulak rasanya.

Yana Qaisarah hanya mampu menjeling ke arah Adam Darwisyh, nasib baik bakal mertua dia ada sekali kalau tidak habis Adam Darwisyh di kerjakannya.

"Amboii main jeling-jeling pulak, korek biji mata baru tahu." Adam Darwisyh buat loya buruk lagi.

"Ish kamu ni Adam, sudah-sudahlah tu mengusik si Qai ni." Datin Aminah menarik cuping telinga Adam Darwisyh.

"Hahahaha padan muka, dah tua-tua kena tarik telinga lagi" Yana Qaisarah gelak terbahak-bahak.

Riuh-rendah rumah Tan Sri Mahfuz pada hari itu.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now