Jodoh Kau & Aku 15

2.4K 69 0
                                    

   Setelah beberapa hari berada di Bumi Al-Fateh, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air.

   "Sayang, ada barang yang tertinggal tak?" Soal Adam Darwisyh setelah mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat.

   "Tak ada." Jawab Yana Qaisarah endah tak endah.

   "Baguslah. Sayang, abang nak cakap sesuatu boleh tak?" Soal Adam Darwisyh lagi.

   "Apa lagi? Ishh banyak cakaplah kau ni." Yana Qaisarah merengus geram.

   "Sayang, seni seviyorum." Adam Darwisyh tersengih memandang Yana Qaisarah disebelahnya.

   "Seni sevmiyorum." Balas Yana Qaisarah balik.

   'Haa ambil kau, ingat aku tak reti cakap bahasa turki ehh.' Gumamnya didalam hati.

   "Alaaaa sayang ni, cakaplah 'seni seviyorum' balik." Adam Darwisyh muncung mulut.

   "Kau tak payah mengada." Malas Yana Qaisarah hendak melayan perangai Adam Darwisyh yang entah apa-apa.

   "Hurmm ok." Adam Darwisyh memalingkan mukanya.

   'Merajuklah tuh.' Yana Qaisarah mengeluh.

***
   "Wahh pengantin baru dah balik dari honeymoon, best tak?" Soal Aina.

   "Kau jangan macam-macam eh Aina." Yana Qaisarah mencubit peha Aina.

   "Aduhhh sakitlah Qai, kau ni kerja nak cubit orang je. Entah-entah laki kau setiap hari kena cubit dengan kau." Aina buat muncung itik.

   "Bukan setakat cubit je Aina, siap kena tumbuk kena tampar lagi." Adam Darwisyh menyampuk.

   Yana Qaisarah buat muka tak bersalah, Aina pula sudah gelak terbahak-bahak.

   "Apa yang riuh-rendah sangat ni?" Soal Datin Munirah yang baru tiba di ruang tamu.

   "Ni haaa mummy, diorang ni suka sangat buli Qai." Yana Qaisarah pura-pura merajuk.

   "Haa memang patut pun diorang buli Qai." Kedengaran suara Tan Sri Mahfuz dari atas anak tangga.

   "Alaa daddy pun sama je nak buli Qai."

   "Hahahaha." Aina ketawa dengan mulut yang penuh dengan manisan.

   "Anak dara mummy yang lagi seorang ni bila pula nak kahwin?" Soal Datin Munirah kepada Aina.

   Tersedak Aina dibuatnya, haa ambil kau siapa suruh buli Yana Qaisarah tadi.

   Sekarang ni gilirannya pula untuk dibuli.

   "Err no comment." Aina tersengih-sengih.

   "Tahun depan dah masuk 21 tahun kan? Tak akan tak mahu kahwin lagi?" Datin Munirah menyoal lagi.

   "Dah ada calon ke belum? Kalau dah ada bawalah dia jumpa kami." Tan Sri Mahfuz mengambil tempat di sebelah isterinya.

   "Belum ada lagi daddy."

   "Alaa apa nak disusahkan? Kawan daddy kan ramai, kahwinkan je dengan si Aina tuh." Yana Qaisarah tersengih.

   "Ishh kau ni Qai, kawan daddy semua dah tua kerepot. Kalau boleh carilah yang handsome macam cik abang kau tuh." Aina buat flying kiss ke arah Adam Darwiysh, Adam Darwisyh pula membalas kembali flying kiss Aina.

   Semua yang ada geli hati melihat telatah Aina, Yana Qaisarah pula sudah tunjuk muka tak puas hati.

   Kurang asam punya Aina, suami aku pun dia nak try. Ehh suami? Yana Qaisarah dah boleh terima ke Adam Darwisyh sebagai suaminya?

   Haa jangan tunggu lama-lama, nanti tak fasal-fasal Aina kebas cik abang kau tuh.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now