Jodoh Kau & Aku 4

3.5K 89 0
                                    

   "Kau ni dah kenapa Adam? Dua tiga hari ni aku tengok kau termenung sana termenung sini, kau ada masalah ke?"

   Risau pula Zikri melihat keadaan bossnya itu, tak pernah dia tengok Adam Darwisyh berkeadaan sebegitu sebelum ini.
   Adam Darwisyh tersedar dari lamunannya.

   "Tak ada apa-apalah Zik, aku ok." Terus pandangannya di halakan ke skrin komputer untuk meneruskan kerjanya yang tergendala sambil mengeluh di dalam hati 'Apalah nasib dapat bakal bini garang macam singa.'

   Wajah Yana Qaisarah mula bermain-main di ingatan.

   "Ya Allah Qai, dah kenapa kau pergi siram kepala bakal suami kau dengan air? Depan mummy dengan daddy kau pula tu."

   Terperanjat Aina setelah Yana Qaisarah menceritakan kejadian tersebut.

   "Kau ingat lagi tak mamat hensem tapi buta yang langgar aku sampai aku jatuh dalam lopak air tempoh hari?" Soal Yana Qaisarah pula tanpa menjawab soalan Aina sebentar tadi.

   "Ha'ah, aku ingat. Tapi apa kena mengena mamat tempoh hari dengan bakal suami kau yang kau siram kepala dia dengan air oren tu?" Soal Aina lagi.

   "You know what Aina? His my future husband" Jawab Yana Qaisarah selamba.

   "What?!! Seriously?" Aina separuh menjerit, beberapa pasang anak mata yang berada berhampiran pantas memandang ke arah mereka berdua.

   "Ish kau ni, perlahanlah sikit suara kau tu."

   "Hehe, sorry-sorry. Tak sengaja." Aina tersengih.

   Tiba-tiba telefon bimbit Yana Qaisarah berbunyi.

   'Haish siapalah pula yang message ni, baru nak lepak borak-borak dengan Aina.'

   Bebelnya di dalam hati, pantas di capai telefon bimbitnya yang berada di dalam bag tangan dan terus membaca sms yang di terima.

   ~ Assalammualaikum, maaf menganggu cik adik yang manis lagi jelita. Saya nak beritahu yang ibu saya jemput cik adik sekeluarga datang ke rumah minggu depan, ada buat makan-makan sikit. #AdamDarwisyh ~

   "huhhh!!"

   Yana Qaisarah mendengus, entah macam manalah mamat tu boleh dapat nomber telefonnya

***
   Ikutkan hati dia tak mahu pergi ke rumah Adam Darwisyh tapi nak buat macam mana orang dah jemput nak tak nak terpaksa pergi juga lagipun tu kan rumah bakal mertuanya sendiri, ehh yeke bakal mertua entah-entah bakal mertua tak jadi.

   "kenapa masam je muka anak mummy ni? cuba senyum sikit ni dari tadi masam mecuka je muka tu." Soal Datin Munirah.

   "Qai bosanlah dekat sini mummy, Qai tak kenal siapa-siapa pun yang ada dekat sini. Semuanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua kerepot macam mummy dengan daddy" bebelnya.

   "Ish budak ni mummy cubit mulut tu kang baru tahu. Mummy nak masuk ke dapur tolong ibu Adam, kalau Qai nak ikut marilah tapi kalau Qai tak mahu ikut Qai tunggu dekat sini ye." Datin Munirah terus berlalu meninggalkan Yana Qaisarah di bangku yang didudukinya.

   "Assalammualaikum. Apa cik adik manis buat dekat sini?" Adam Darwisyh cuba mendekati Yana Qaisarah.

   "Waalaikummussalam" Jawab Yana Qaisarah, bosan.

   'Aku tanya berpatah-patah tapi dia balas sepatah je.' Sakit pula hati Adam Darwisyh ketika itu.

   Yana Qaisarah curi-curi pandang Adam Darwisyh dari ekor matanya.

   'Hensem juga mamat ni'.

   Ahhh sudah, tak akanlah dah terjatuh hati dekat Adam Darwisyh pula.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now