Jodoh Kau & Aku 25

1.9K 56 0
                                    

"Adam, betul ka si Nadia tuh serang Qai? Qai macam mana sekarang nie, dah ok ka?" Soal Zikri kepada Adam Darwisyh yang baru masuk ke pejabat setelah cuti selama seminggu untuk menjaga Yana Qaisarah di rumah.
   "Qai ok Ri, nasib baik dia bleeding sikit ja. Tapi aku memang tak akan maafkan perbuatan Nadia, dia memang betul-betul dah melampau." Adam Darwisyh mendengus, geram dan sakit hati.
   "Jadi apa rancangan kau sekarang Adam? Kau tak buat laporan polis ka?"
   "Aku memang nak buat laporan polis tapi Qai tak bagi, dia kata kesian pulak kalau Nadia kena masuk penjara." Adam Darwisyh mengeluh.
   "Haishh baik sangat isteri kau tuh Adam." Zikri turut mengeluh bersama-sama Adam Darwisyh.
   "Zik, aku ingat nak bawak Qai pergi bercutilah. Nak hilangkan rasa takut dia lepas kena serang dengan Nadia harituh."
   "Bagus jugak tuh Adam. Kau ambil cuti lama sikit, pergi tenangkan fikiran kau dengan Qai."
   "Tapi hal pejabat macam mana? Takkan aku nak tinggalkan macam tuh je?" Adam Darwisyh mengeluh sekali lagi.
   "Hal pejabat kau tak payah risau, biar aku dengan kak Sal yang uruskan. Oklah aku nak kena pergi jumpa client nie, take care bro." Zikri berlalu pergi.
   "Bagus jugak cadangan Zikri tuh, aku kena bawak Qai pergi bercuti untung tenangkan fikiran dia." Adam Darwisyh tersenyum sendiri.
***
   "Assalammualaikum sayang, abang dah balik nie." Adam Darwisyh memberikan salam sebaik saja memasuki pintu rumah.
   "Waalaikummussalam abang, awal abang balik hari nie." Tangan Adam Darwisyh segera disalaminya.
   "Tak boleh ka kalau abang nak balik awal jumpa isteri abang yang comel nie?" Adam Darwisyh mencuit hidung Yana Qaisarah.
   "Boleh ja, Qai tak kata pun tak boleh." Yana Qaisarah tersenyum.
   Semasa sedang menonton television Adam Darwisyh bertanya sesuatu kepada Yana Qaisarah.
   "Qai sayang, Qai nak pergi bercuti tak?" Soal Adam Darwiysh.
   "Pergi bercuti? Kenapa abang?" Soal Yana Qaisarah kembali.
   "Abang ingat nak bawak sayang pergi bercuti." Adam Darwisyh tersenyum.
   "Pergi bercuti dekat mana abang?" Yana Qaisarah teruja.
   "Langkawi, Qai kata Qai suka pantai kan? Jadi abang nak bawak Qai pergi Langkawi."
   "Seriously? Thank you so much abang. Yeayy seronoknya, bila kita nak pergi?" Yana Qaisarah tak dapat kawal perasaannya yang teruja.
   "Lusa kita pergi."
   "Abang jom tidur, Qai dah mengantuk." Yana Qaisarah menguap beberapa kali.
   "Sayang pergilah tidur dulu, abang nak tengok cerita running man nie."
   Sejak berkahwin dengan Yana Qaisarah, Adam Darwisyh turut terjebak sekali melayan cerita realiti show yang bertajuk running man pada tengah-tengah malam buta.
  "Amboi, dulu dia tak bagi kita tengok cerita running man malam-malam buta tapi sekarang dia pulak yang tengok." Yana Qaisarah membebel.
   "Alaaa yala-yala dah jom tidur." Adam Darwisyh terpaksa mengalah, tak sanggup mendengar bebelan Yana Qaisarah.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now