Jodoh Kau & Aku 28

1.8K 57 0
                                    

   "Amboi banyaknya barang sayang beli, chocolate saja dah berbungkus-bungkus dah ni. Boleh ka sayang nak makan semua ni sorang-sorang?" Adam Darwisyh geleng kepala.

   "Apalah abang ni, Qai beli ni bukan untuk Qai sorang saja. Qai beli untuk family kita sekali, lagi satu si Aina tuh kan suka sangat dengan coklat jadi Qai beli untuk dia sekali." Yana Qaisarah sudah mula membebel.

   "Ok-ok abang faham, maaflah."

   "Ok semuanya dah beli, jomlah abang kita balik rehat Qai dah penat ni. Esok flight kita pagikan?" Yana Qaisarah mengeluh kepenatan.

   "Ok jom, abang pon dah penat sangat."

***
   "Amboi-amboi, sakan korang pergi bercuti ehh. Tak bagitahu aku pun kau nak pergi Langkawi, kalau tidak bolehlah aku kirim suruh beli chocolate banyak-banyak." Aina tarik muka.

   "Alaa kau ni Aina, tak payah merajuk sangat boleh tak? Nah ambil ni." Yana Qaisarah geleng kepala, beg plastik yang berada di tangan dihulurkan kepada Aina.

   "Apa benda pulak ni?" Soal Aina endah tak endah.

   "Kau ambil sudahlah kalau tak nak bagi balik."

   "Wehhhhh chocolate, banyaknyaa wehh!!! Thank you Qai, tak sangka kau ingat jugak dekat aku eh?" Aina melonjak keriangan apabila ternampak isi yang berada di dalam plastik beg berkenaan.

   "Yala, sama-sama. Kau jangan nak habiskan semua chocolate tuh hari ni, nanti gigi kau rongak." Yana Qaisarah tersenyum.

   "Hihi baik boss. Ehh dari tadi aku tak nampak abang Adam pun?" Aina memandang sekeliling.

   "Abang Adam, biasalah dia pergi kerjalah tuh. Tempat kerja tuh kan dah macam rumah nomber dua dia." Jawab Yana Qaisarah.

   "Ehh Qai, kau dah beli barang baby ka belum ehh?"

   "Belum lagilah Aina. Haa kau tak ada buat apa-apa kan sekarang? Jom teman aku pergi shopping barang baby." Yana Qaisarah mengusap-usap perutnya.

   "Boleh saja, aku pun nak shopping sekali hihihi." Aina tersengih bagai kerang busuk.

   "Kalau macam tuh kau tunggu kejap aku nak pergi tukar baju, aku nak call abang Adam sekali mintak izin dia." Yana Qaisarah terus berlalu menghilangkan diri menuju ke bilik tidurnya.

***
   "Ri, sepanjang aku tak ada dekat pejabat ada apa-apa masalah tak?" Soal Adam Darwisyh kepada Zikri.

   "Masalah dalam pejabat tak ada Adam, tapi masalah dekat luar pejabat adalah." Zikri mengeluh perlahan.

   "Masalah apa Ri?" Soal Adam Darwisyh ingin tahu.

   "Tak ada apalah, tak penting pun. Ni haa dokumen yang kau mintak." Zikri cuba mengalihkan topik perbualan.

   "Ri, aku tanya kau. Kau bagitahu sajalah masalah apa. Jangan sampai aku tumbuk muka kau." Adam Darwisyh serious.

   "Macam ni Adam, sehari selepas kau pergi Langkawi habis kecoh pejabat kita sebab ada orang simbah cat merah dan lempar bangkai ayam dekat bawah. Tak akan kau tak perasan yang dinding dekat kawasan lobi dah dicat baru?" Zikri memulakan cerita.

   "What?!! Aku tak perasan pulak masa masuk tadi. Kau orang dapat tangkap tak siapa yang buat semua tuh?" Adam Darwisyh separuh menjerit.

   "Security yang bertugas pada pagi tuh dapat tangkap lelaki tuh. Lagi satu kau mesti tak akan percaya siapa yang upah lelaki tuh." Zikri mengeluh lagi.

   "Siapa?!" Jerit Adam Darwisyh.

   "Nadia." Jawab Zikri sepatah.

   "Shittt!!! Perempuan tak guna tuh tak habis-habis nak kacau hidup aku kenapa?!! Dia tak faham bahasa ka yang aku dah ada isteri!!" Adam Darwisyh mengamuk.

   "Siap kau Nadia!!"

   Zikri hanya mampu memandang tanpa bersuara, Adam Darwisyh bila dah marah dan mengamuk memang tak boleh nak buat apa lagi dah.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ