Jodoh Kau & Aku 12

2.5K 73 1
                                    

   "Sayang, kenapa abang tengok muka sayang monyok semacam je. Sayang ada masalah ke?" Adam Darwisyh mengambil tempat di sebelah isterinya.

   "Berapa kali aku nak pesan dekat kau? Kau ni bodoh atau saja-saja nak buat-buat bodoh? Aku tak sukalah kau panggil aku sayang." Yana Qaisarah menjarakkan dirinya daripada Adam Darwisyh.

   "Sayang cemburu ehh? Sayang dengar sini, dia tuh masa lalu abang dan abang tak mahu ingat langsung tentang masa lalu tu sebab sekarang ni abang dah ada sayang." Adam Darwisyh cuba membelai pipi Yana Qaisarah.

   "Ye masa lalu kau dan sebab masa lalu kau tulah aku benci dekat kau. Aku tak sangka yang kau sanggup tipu aku sanggup tipu ibu dengan ayah kau sendiri , mummy dengan daddy aku sayang dekat kau kalaulah diorang tahu tentang ni mesti diorang kecewa." Yana Qaisarah cuba menahan air matanya daripada mengalir.

   "Sayang, abang minta maaf."

   "Cukuplah Adam, sampai masa nanti aku nak kau ceraikan aku." Yana Qaisarah tutup telinga dengan bantal, matanya cuba dipejamkan.

   "No, I won't let you go no matter what happen." Adam Darwisyh berbisik sendirian kemudian seperti biasa dia membentangkan selimut lalu tidur di atas lantai.

***
   "Amboi seronoklah kau ehh dapat pergi honeymoon dekat istanbul, mak mertua sponsor pulak tu."

   "Kau jangan nak macam-macam ehh Aina, memanglah aku teringin nak pergi istanbul tuh but not with him." Yana Qaisarah tunjuk muka tak puas hati.

   "Ehh kejap, apa maksud kau not with him? Siapa yang kau maksudkan dengan 'him' tuh?" Aina bingung seketika.

   "Adam Darwisyh." Jawab Yana Qaisarah sepatah.

   "Hah? Adam Darwisyh tu suami kau kan kenapa kau tak suka pula dapat pergi istanbul dengan dia?" Aina seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Yana Qaisarah sebentar tadi.

   "Dahlah Aina, lain kali sajalah aku jawab soalan kau tuh. Aku penat, dah jom balik." Yana Qaisarah bangun meninggalkan Aina yang masih terpinga-pinga di meja makan.

   "Woii tunggulah, ishh dia ni." Aina termengah-mengah mengejar Yana Qaisarah, boleh jadi gila melayan kerenah teman baiknya yang seorang itu.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now