Jodoh Kau & Aku 11

2.6K 76 0
                                    

   "Haaaa bangun pun menantu ibu nie, Qai dah mandi ke belum?" Soal Datin Aminah.

   "Dah ibu." Yana Qaisarah cuba memaniskan senyuman.

   "Haa eloklah semua dah ada dekat sini, boleh kita sarapan sekali." Datuk Imran meletakkan surat khabar yang dibacanya sebentar tadi keatas meja.

   "Adam, macam mana malam tadi?" Dato Imran menyoal anaknya yang baru sahaja melangkah kearah meja makan itu.

   "Uhukkkk uhukkkk." Tersedak Yana Qaisarah dibuatnya, Adam Darwisyh pantas menghulurkan cawan minumannya kepada Yana Qaisarah.

   "Ishh abang ni, tengok menantu kita dah tersedak." Datin Aminah geleng kepala.

   Sesudah bersarapan mereka anak beranak duduk di ruang tamu sambil menonton tv, Adam Darwisyh mengambil kesempatan itu untuk memeluk Yana Qaisarah. Dia tahu Yana Qaisarah tidak dapat melawan bila dihadapan ahli keluarga mereka berdua.

   "Adam, Qai." Datin Aminah memanggil anak dan menantunya.

   "Ye ibu." Jawab mereka berdua serentak.

   "Ni haa ibu dengan ayah nak hadiahkan sesuatu untuk kamu berdua." Datin Aminah menghulurkan dua keping tiket penerbangan kepada Adam Darwisyh.

   "Istanbul?" Adam Darwisyh membelek-belek tiket penerbangan tersebut.

   "Hah? Istanbul?" Yana Qaisarah menyampuk dan terus mengambil tiket penerbangan yang berada di tangan Adam Darwisyh.

   "Qai suka tak hadiah tuh?" Dato Imran menyoal.

   "Ya Allah, Qai suka sangat. Qai memang teringin nak pergi Istanbul. Terima kasih ibu, terima kasih ayah." Seronok sungguh Yana Qaisarah, gayanya dah macam budak-budak yang keriangan apabila diberikan gula-gula.

***
   "Kau nie dah kenapa? Jangan pegang tangan akulah." Yana Qaisarah menjegil kearah Adam Darwisyh.

   "Habis tu kalau abang tak pegang tangan isteri abang tak akanlah abang nak pegang tangan makcik tu pula." Adam Darwisyh berseloroh sambil menuding jari ke arah seorang makcik berbadan gempal yang berjalan dihadapan mereka.

   "Kau ingat lawak?" Yana Qaisarah memijak kaki Adam Darwisyh.

   "Aduhhhhh." Terjengket-jengket Adam Darwisyh dibuatnya.

   Sedang asyik menjamu selera di medan selera yang terletak di dalam kompleks membeli-belah tersebut tiba-tiba ada seorang perempuan yang berpakaian agak seksi datang menghampiri mereka berdua.

   "Adam Darwisyh right? Ohmygod Adam, dah lama kita tak jumpa kan." Perempuan itu tanpa segan silu menarik kerusi lalu duduk di sebelah Adam Darwisyh.

   "Ehemm" Yana Qaisarah berdehem agar perempuan tersebut sedar akan kehadirannya.

   "Ohh ya, perkenalkan ni wife I. Nama dia Yana Qaisarah."

   "What? You dah kahwin? Adam, sampai hati you. You kata dulu you nak kahwin dengan I." Panas hati dia memandang Yana Qaisarah.

   "Past is past, lagipun you yang tinggalkan I." Adam Darwisyh perasan riak wajah Yana Qaisarah sudah berubah.

   "Err sorry, Qai nak pergi toilet." Yana Qaisarah terus bangun dan berlalu pergi.

   "So wife you tahu tak pasal kita dulu? Mesti dia tak tahu kan?" Nadia cuba memegang tangan Adam Darwisyh.

   "Please stop it Nadia, wife I tahu atau tak it's none of your business." Adam Darwisyh meluat dengan perempuan di sebelahnya itu.

   "But Adam, your wife need to know. Tak baik tau tipu dia." Nadia terus-terusan cuba menggatal dengan Adam Darwisyh.

   "Dia dah tahu and she's ok with it." Adam Darwisyh semakin menyampah lalu dia terus bangun meninggalkan Nadia terpinga-pinga di meja makan itu.

   "Ya Allah mana Qai nie" Adam Darwisyh gelisah apabila tidak nampak bayangan isterinya.

   "Apa kau buat kat sini? Kenapa tak tunggu dekat tempat tadi?" Soal Yana Qaisarah.

   "Kat sini tak best, kita pergi tempat lain lah ye." Adam Darwisyh terus menarik tangan Yana Qaisarah.

   "Hurmmm." Yana Qaisarah hanya menurut kata-kata Adam Darwisyh.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now