Jodoh Kau & Aku 18

2.2K 62 0
                                    

   "Berseri-seri muka pengantin baru kita ni. Macam mana honeymoon, best tak?" Soal Zikri.

   "Zik Zik, kau ni tak habis-habis nak sibuk hal aku." Adam Darwisyh membetulkan tali lehernya yang sedikit senget.

   "Mestilah kena sibuk, you're my blood brother." Zikri tergelak.

   "Ok je, Qai pun dah dapat terima aku." Ujar Adam Darwisyh.

   "Alhamdulillah, bagus sangatlah kalau macam tu." Senang hati Zikri.

   "Haa sepanjang aku tak masuk pejabat ni ada orang cari aku tak?" Soal Adam Darwisyh.

   "Ada-ada, apa tuh nama perempuan yang tak cukup kain tuh? Aduh apa nama dia ehh." Zikri garu kepala yang tidak gatal.

   "Perempuan tak cukup kainm mana pula ni?" Soal Adam Darwisyh ingin tahu.

   "Haa aku ingat dah nama perempuan tak guna tuh, Nadia."

   "Apa perempuan tuh nak? Kenapa dia cari aku?" Soal Adam Darwisyh lebih lanjut.

    "Entahlah dia meroyan apa entah, aku malas nak layan jadi aku blah macam tuh je tinggalkan dia terjerit-jerit dekat tepi jalan macam orang gila." Zikri tergelak-gelak, lucu sangat agaknya.

   "Haritu masa aku keluar dengan Qai tiba-tiba je dia datang , tak fasal-fasal Qai marahkan aku. Entah apalah yang dia nak lagi." Adam Darwisyh mengeluh.

   "Biasalah tuh Adam, perempuan macam tuh gilakan harta je. Kau hati-hatilah Adam, perempuan gila tuh macam-macam dia boleh buat untuk hancurkan rumah tangga kau dengan Qai." Tegas Zikri.

   "Yela Zik, aku tahu apa aku nak buat kalau perempuan tuh berani kacau isteri aku."

***
   "Nah boss, semua maklumat tentang perempuan tuh ada dalam sampul ni." Mat menghulurkan sampul tersebut kepada Nadia.

   "Bagus, macam nilah yang aku nak buat kerja tuh jangan lambat-lambat. Nah duit kau." Nadia mencampakkan sampul surat yang berisi duit kepada Mat.

   'Kurang ajar punya perempuan, asyik nak main campak-campak je. Nasib baik duit yang dia bagi tu banyak kalau tak tahulah apa aku nak buat.' Mat merenung tajam kearah Nadia yang sedang asyik membelek kertas-kertas di dalam sampul yang diberinya sebentar tadi.

   "Ohh perempuan ni anak Tan Sri rupanya, muda lagi baru 20 tahun. Dahlah tak kerja lepastuh sedap-sedap je goyang kaki dekat rumah dan kikis duit Adam, huhh. Tunggu kau perempuan, aku akan pastikan hidup kau merana." Nadia mengoyakkan gambar Yana Qaisarah, panas hatinya bila Adam Darwisyh berkahwin dengan perempuan itu.

   Haa dulu kau yang tinggalkan Adam Darwisyh, sekarang ni terhegeh-hegeh pula nak kacau Adam Darwisyh dengan isteri dia. Haish, bilalah kau nak berubah Nadia...

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now