Jodoh Kau & Aku 19

2.2K 67 0
                                    

  "Sayang.. Jomlah masuk tidur, dah pukul satu pagi nie." Adam Darwisyh menguap berkali-kali.

   "Alaaa abang nie kacaulah, Qai nak tengok cerita running man." Yana Qaisarah mengendahkan Adam Darwisyh, anak matanya tertumpu ke arah skrin television.

   "Apa alaa-alaa? Tak baik tahu tak kalau seorang isteri buat tak tahu dekat suami dia, tak cium bau syurga nanti." Adam Darwisyh sudah mula berceramah.

   "Yela-yela, jom tidur." Yana Qaisarah menekan butang off pada remote television berkenaan sambil mengeluh.

   "Yess, akhirnya!!" Adam Darwisyh terus mengendong tubuh isterinya memasuki bilik tidur.

   "Abang nie macam budak-budak." Yana Qaisarah menggelengkan kepalanya.

***
   Yana Qaisarah bangun lalu menggosok-gosok matanya sebelum memandang ke arah jam loceng yang berada di sebelah katil.

   "Ya Allah, dah pukul sembilan rupanya." Yana Qaisarah memandang-mandang sekeliling bilik untuk mencari kelibat suaminya.

   'Ehh tak ada pun, nie mesti ada dekat dapur' dia bermonolog sendirian di dalam hati.

   Sangkaannya tepat sekali, rupanya Adam Darwisyh berada di dapur.

   "Morning sayang." Adam Darwisyh memberikan sebuah kucupan di dahi Yana Qaisarah.

   "Morning abang, abang buat apa nie? Kenapa abang tak gerak Qai?" Yana Qaisarah memandang nasi goreng dan air minuman yang telah siap terhidang di atas meja makan.

   "Abang tak mahu kacau sayang, sayang tidur nyenyak sangat tak sampai hati abang nak gerak sayang bangun." Adam Darwisyh mengucup pipi Yana Qaisarah.

   "Masamlah isteri abang nie, sayang pergilah mandi dulu lepastu kita makan sama-sama."

   "Ok abang, kalau macam tu Qai mandi dulu ye." Yana Qaisarah mengenyitkan mata kepada Adam Darwisyh.

   "Haa dah wangi pun kesayangan abang nie."

   "Owh selama ni Qai tak wangilah ehh?"

   "Wangilah tapi lepas dah mandi lagi wangi." Adam Darwisyh tersengih.

   "Dah-dah jangan merepek, jom makan. Tak sabar nak rasa masakkan suami Qai yang tersayang nie." Yana Qaisarah mencedokkan nasi ke dalam pinggan mereka berdua.

   Adam Darwisyh membaca doa makan dan diaminkan oleh Yana Qaisarah.

   "Abang, sedapnya nasi goreng nie. Tak sangka suami Qai ni pandai masak rupanya." Yana Qaisarah ikhlas memuji masakkan suaminya yang sedap.

   "Makanlah banyak-banyak." Adam Darwisyh gembira melihat isterinya tersenyum.

   "Ehh abang, abang tak pergi kerja erk hari ni?" Soal Yana Qaisarah dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng.

   "Ishh sayang nie, kunyahlah dulu nasi tuh bagi habis." Adam Darwisyh menegur Yana Qaisarah.

   "Sorry-sorry." Yana Qaisarah buat muka comel.

   "Abang pergi tapi lambat sikit."
   "Yelakan, Qai lupa yang abang ni boss. Tapi Qai pelik kenapa abang tak nak kerja dekat syarikat ayah?" Hairan jugak Yana Qaisarah apabila suaminya memilih untuk membuka syarikat perniagaan sendiri.

   "Sayang tahu kan dulu abang macam mana? Sebab tulah ayah tak nak bagi abang kerja dekat syarikat dia, dia nak abang berdikari dan sekarang ni alhamdulillah abang dah berjaya." Adam Darwisyh menceritakan sebab mengapa dia membuka syarikat perniagaan sendiri.

   "Owhh macam tuh." Yana Qaisarah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh suaminya.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now