Jodoh Kau & Aku 22

2.1K 57 0
                                    

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan Yana Qaisarah berkerja sebagai PA Adam Darwisyh, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.
   "Ehh cik tunggu, cik nak pergi mana nie?"
   "I nak masuk dalam jumpa future husband I, kenapa?"
   "Cik tak boleh masuk sebarangan tanpa apa-apa appointment." Sopan santun kedengaran suara kerani tersebut.
   "Dah kenapa pula I nak kena buat appointment? You tahu tak siapa future husband I tuh? Future husband I tuh boss you tau, senang-senang jea I boleh suruh dia pecat you." Nadia tersenyum sinis.
   "Tapi cik.." Belum sempat kerani itu menghabiskan kata-katanya Nadia terus meluru masuk ke dalam.
   "Hai sayang, i miss you so much." Nadia menyapa Adam Darwisyh dengan suara manja.
   "Nadia, what are you doing here?" Terkejut Adam Darwisyh apabila Nadia tiba-tiba masuk ke dalam bilik pejabatnya.
   "Saja nak datang melawat future husband I." Nadia tersenyum sambil menghampiri Adam Darwisyh.
   "Apa you merepek nie Nadia? Tolonglah, antara kita dah tak ada apa-apa and I'm married now." Adam Darwisyh bangun dari duduknya.
   "Do I care? By the way mana wife you tuh? I tak nampak dia pun."
   "Dia ada dekat rumah, dia tak sihat. Sekarang nie I nak you berambus dari sini." Adam Darwisyh meninggikan suaranya.
   "No!! I nak you, please Adam." Nadia terus memeluk tubuh Adam Darwisyh yang sedang berdiri di hadapannya.
   Adam Darwisyh berang, sebuah penampar dihadiahkan ke pipi Nadia. Tanpa berlengah Adam Darwisyh terus mendial nomber telifon security yang sedang bertugas. Tidak lama kemudian dua orang security muncul lalu mengheret Nadia keluar.
   "You tunggu Adam, I akan buat you dengan wife you merana." Nadia terjerit-jerit sambil di heret keluar, kecoh satu pejabat dengan jeritan Nadia yang nyaring.
   Selepas Nadia dihalau keluar Adam Darwisyh mengadakan mesyuarat tergempar, semua pekerja termasuk security diarahkan berkumpul di bilik mesyuarat.
   "Maaf sebab adakan mesyuarat nie secara mengejut, but this is so important. Kamu semua nampakkan muka perempuan tadi? Lepas nie kalau perempuan tuh datang lagi, jangan bagi dia masuk. Kalau dia degil jugak just call the security or police. Lagi satu tolong rahsiakan perkara nie dari isteri saya. Terima kasih, kamu semua boleh bersurai sekarang."Adam Darwisyh mengakhiri ucapannya, para pekerja mengangguk tanda faham.

***
   "Assalammualaikum sayang, abang dah balik nie." Adam Darwisyh memberikan salam sebaik saja memasukki rumah.
   "Waalaikummussalam." Yana Qaisarah yang sedang mengemop lantai bergegas ke depan pintu untuk menyalami suaminya.
   "Sayang buat apa nie? Kan abang suruh sayang rehat, kenapa pergi mop lantai nie pulak?" Soal Adam Darwisyh.
   "Lantai nie kotor sangat, dah tak ada apa nak buat jadi Qai moplah lantai nie. Tak apa abang jangan risau, Qai dah sihat dah." Yana Qaisarah tersenyum dengan muka yang pucat.
   "Sihat apa kalau dah muka pucat sampai macam tuh? Dah pergi siap abang bawa sayang pergi klinik."
   "Tak apa Qai okey, abang janganlah risau. Abang pergilah mandi dulu lepas tuh pergi makan." Yana Qaisarah mengucup pipi Adam Darwisyh.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now