Jodoh Kau & Aku 17

2.4K 60 0
                                    

   "Aku nak kau siasat tentang perempuan ni." Nadia melemparkan sekeping gambar kepada seorang lelaki yang berbadan gempal dihadapannya.

   "Kenapa dengan perempuan ni? Dia ada cari pasal dengan kau ke?" Soal lelaki itu sambil membetulkan kacamata yang dipakainya.

   "Memang perempuan tu dah cari pasal dengan aku, kau jangan banyak tanya boleh tak? Buat sajalah kerja kau tu." Nadia mendengus.

   "Ok boss, aku akan siasat habis-habisan tentang perempuan ni." Lelaki tersebut kemudiannya meminta diri.

   "Tak lama lagi kau akan jadi milik aku kembali Adam, hahahahaha." Nadia ketawa tanpa menghiraukan orang-orang disekeliling yang sedang memandangnya.

***
   "Amboii sedapnya bau, sayang masak apa ni?" Soal Adam Darwisyh sambil memeluk pinggang Yana Qaisarah dari belakang.

   "Janganlah peluk-peluk, sayang nak masak ni."

   "Alaaa oklah, nak abang tolong tak?" Adam Darwisyh menawarkan bantuan.

   "Haa boleh juga, tolong Qai potong bawang tuh. Boleh?" Yana Qaisarah menunjukkan jari telunjuknya kearah bawang-bawang yang terletak di atas meja.

   "Ok sayang, potong bawang tu senang saja pejam mata pun boleh buat." Adam Darwisyh tersengih-sengih.

   Tidak sampai beberapa minit mata Adam Darwisyh mula kepedihan.

   "Haa tuh dah kenapa sampai berair mata tu?" Soal Yana Qaisarah.

   "Pedih matalah sayang." Adam Darwisyh terus berlari ke sinki untuk mencuci matanya yang kepedihan.

   "Ehh tadi kata senanglah apalah, tak sampai lima minit dah pedih mata ehh?" Yana Qaisarah memerli.

   "Ohh sayang nak kenakan abanglah ni ehh?" Adam Darwisyh mencubit pipi Yana Qaisarah.

   "Aduhh sakitlah. Ishh dahlah malas Qai nak layan abang." Yana Qaisarah meneruskan masakannya yang tergendala.

   Bau asam pedas yang harum semerbak memenuhi segenap ruang dapur kediaman mereka.

   "Wahh wanginya bau."

   "Abang nak makan sekarang? Kalau nak makan Qai nak hidangkan." Soal Yana Qaisarah.

   "Boleh juga." Adam Darwisyh telah menarik kerusi lalu duduk di meja makan.

   "Rasalah asam pedas yang Qai masak ni, sedap atau tak sedap abang makan sajalah ok." Yana Qaisarah menceduk nasi ke dalam pinggan Adam Darwisyh.

   Adam Darwisyh merasa asam pedas yang dimasak oleh isterinya.

   "Sayang.." Adam Darwisyh memandang wajah Yana Qaisarah.

   'Alamak kenapa ni, tak sedap ke asam pedas tu.' Yana Qaisarah berteka-teki di dalam hati.

   "Sayang, asam pedas yang sayang masak ni sedaplah sebiji macam yang ibu masak." Adam Darwisyh memuji.

   "Betul ke ni abang?" Yana Qaisarah tersenyum manis.

   "Betul sayang, sedap sangat."

   "Baguslah kalau abang suka."

   Sukalah tu kena puji dengan suami, dah macam kerang busuk dah muka tu asyik tersengih-sengih.

***
   "Untungnya jadi kau ni Qai, dapat suami yang kacak, baik hati, penyanyang."

   "Amboii kau ni Aina, tak habis-habis nak puji suami aku eh?" Rajuk Yana Qaisarah.

   "Haa kau cemburu eh? Dulu bukan main benci sekarang ni bukan main sayang pula kau dengan suami kau." Geli hati Aina melihat Yana Qaisarah merajuk.

   "Mana ada aku cemburulah."

   "Macamlah aku baru kenal dengan kau sehari dua, aku tahulah kau cemburu." Aina tergelak-gelak.

   "Ish kau ni, dahlah habiskan cepat air tu." Geramnya dengan si Aina ni, ada sahaja modal dia untuk sakitkan hati orang ishh.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now