Jodoh Kau & Aku 9

2.5K 84 1
                                    

   "Hahaha lawaklah awak nie." Yana Qaisarah ketawa terbahak-bahak melihat telatah Adam Darwisyh.

   "Kita tengah serious boleh pulak dia main-main, hurmmm." Adam Darwisyh pura-pura merajuk.

   "Awak nie mengadalah, dah tua bangka pun nak merajuk lagi." Yana Qaisarah mencubit peha Adam Darwisyh.

   "Senang hati saya bila tengok budak-budak tu dah berbaik." Datin Munirah tersenyum kearah suaminya.

   "Saya tengok Qai pun dah sukakan si Adam tu." Tan Sri Mahfuz membalas sambil menghirup secawan teh.

***
   Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum menjelang tarikh pernikahan, Yana Qaisarah kalut kesana kemari untuk mengedarkan card perkahwinannya.

   "Zie, kau jangan lupa datang majlis perkahwinan aku nanti." Yana Qaisarah memberikan sekeping card kahwin kepada kawannya.

   Hampir terbeliak mata Zie apabila memandang nama pengantin lelaki yang tertera di atas card kahwin tersebut.

   "Adam Darwisyh? Kau biar betul ni Qai, tak akan kau nak kahwin dengan mamat macam ni?" Zie menyoal bagaikan tidak percaya.

   "Kenapa Zie? Kau kenal ke dengan bakal suami aku?" Giliran Yana Qaisarah pula menyoal.

   "Gila kau tak kenal, laki ni playboy kau tahu tak? Boleh dikatakan setiap minggu dia akan tukar awek macam tukar baju je." Zie memberikan penjelasan.

   "Oh, mungkin dia dah berubah." Yana Qaisarah berkata sedemikian untuk menyedapkan hatinya sendiri.

   "Kau kawan aku Qai, aku tak nak kau menderita nanti. Tapi kalau dia jodoh kau, aku doakan yang terbaik buat korang berdua."

   "Thanks Zie."

   Hati Yana Qaisarah jadi resah setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Zie sebentar tadi. 'Betul ke apa yang Zie katakan tu, hurmm.' Yana Qaisarah jadi tidak senang duduk.

***
   Tinggal dua tiga hari lagi sebelum majlis pernikahannya bersama Adam Darwisyh, segala persediaan telah dibuat hanya menunggu masa sahaja untuk dirinya bergelar isteri kepada Adam Darwisyh.

   Kata-kata Zie masih terngiang-ngiang di cuping telinganya, betul ke apa yang dikatakan oleh Zie tu?

   Tiba-tiba Yana Qaisarah teringat akan sesuatu, almari kecil disisi katilnya digeledah.

   "Haaa jumpaa pun!!" Yana Qaisarah membuka sampul berwarna coklat yang dipegang di tangannya itu.

   Yana Qaisarah membaca setiap butiran mengenai Adam Darwisyh yang berada di dalam sampul tersebut, air mata Yana Qaisarah tiba-tiba mengalir tanpa disedari.

   "Ya allah, rupa-rupanya memang betul apa yang Zie cakapkan tu." Yana Qaisarah tidak sangka Adam Darwisyh sanggup memperbodohkan dirinya dan semua orang di sekelilingnya.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now