Jodoh Kau & Aku 21

2.1K 66 0
                                    

"Sayang, harituh sayang ada cakap yang sayang nak kerja kan?" Soal Adam Darwisyh.
   "Yela, tapi abang tak bagi Qai kerja." Yana Qaisarah mengeluh
   "Kalau abang bagi sayang kerja sayang nak tak?"
   "Abang izinkan Qai kerja ke? Betul ke nie abang?" Yana Qaisarah inginkan kepastian.
   "Yup, abang izinkan sayang kerja tapi ada syarat."
   "Apa syaratnya abang?"
   "Syaratnya sayang kena kerja dekat syarikat abang sebagai PA abang, boleh?" Adam Darwisyh memandang muka isterinya.
   "Abang offer Qai kerja dekat syarikat abang? Wahh bestnya, okey kalau macam tuh Qai terima. Bila Qai boleh mula berkerja?" Soal Yana Qaisarah dengan penuh keterujaan.
   "Esok sayang boleh mula kerja, jadi malam nie tidur awal tak payah nak layan sangat cerita running man tuh."
   "Okey baiklah." Yana Qaisarah mengucup pipi kanan Adam Darwisyh.
   Adam Darwisyh tersenyum, kalau diikutkan hati dia tak mahu Yana Qaisarah berkerja tetapi dia khuatir akan keselamatan Yana Qaisarah apabila berada seorang diri di rumah.

***
   "Amboii, cantiknya isteri abang pagi nie."
   "Hari nie kan hari pertama Qai berkerja sebagai PA abang, jadi Qai kenalah pakai cantik-cantik." Yana Qaisarah tersenyum sambil menghidangkan sarapan kepada Adam Darwisyh.
   "Thank you sayang." Adam Darwisyh tersenyum
   Perjalanan mereka ke pejabat dipenuhi dengan gelak tawa. Bahagia sungguh pasangan suami isteri itu, tapi adakah kebahagiaan itu akan kekal buat selamanya?
   "Perkenalkan ini isteri saya, Yana Qaisarah. Mulai hari ini dia akan mengambil alih tugas kak Sal sebagai PA saya, dan kak Sal pula akan ditukarkan ke bahagian akaun. Ada sebarang bantahan? Kalau tak ada sebarang bantahan kamu semua boleh sambung bertugas sekarang." Adam Darwisyh tersenyum mesra ke arah pekerjanya.
   "Kak Sal tunggu, kak Sal tak kisahkan kalau saya tukarkan kak Sal ke bahagian akaun?" Soal Adam Darwisyh sopan, terpegun Yana Qaisarah apabila melihat cara suaminya berkomunikasi dengan pekerja-pekerja yang berada di situ.
   "Tak apa Adam, kak Sal faham. Kena tukar ke bahagian mana pun kak Sal tak kisah asalkan setiap bulan gaji masuk macam biasa." Tergelak kecil ibu tunggal tersebut.
   "Baiklah kalau macam tu kak Sal, kami minta diri dulu." Adam Darwisyh memimpin tangan Yana Qaisarah dan berlalu pergi.
   "Qai kagumlah dengan abang." Yana Qaisarah memandang muka suaminya.
   "Kagum kenapa?." Soal Adam Darwisyh ingin tahu.
   "Cara abang berkomunikasi dengan pekerja bawahan abang, sopan-santun dan tak berlagak."
    "Mestilah sayang, kita kenalah hormat antara satu sama lain kan? Dah jum abang tunjukkan bilik sayang."
   "Wahh cantiknya bilik nie, siapa yang design bilik nie abang?"
   "Abanglah yang design bilik nie, sayang suka tak? Haa lagi satu abang ada rahsia nak bagitahu sayang nie." Adam Darwisyh tersengih.
   "Rahsia apa abang?"
   "Tuh dinding tuh boleh tolak tau, kalau sayang tolak dinding tuh macam nie sayang boleh nampak and masuk terus dalam bilik abang. Tak ada siapa pun yang tahu tentang dinding nie, sayang dengan abang jea yang tahu." Adam Darwisyh menerangkan panjang lebar sambil menunjukkan cara untuk membuka dan menutup dinding tersebut.
   "Canggihnya." Yana Qaisarah makin teruja
   "Dah tak payah nak seronok sangat, cepat pergi buat kerja. Abang dah minta tolong kak Sal untuk ajarkan apa yang patut dekat sayang, kalau masih tak faham juga sayang boleh datang tanya abang." Adam Darwisyh memberikan arahan.
   "Yes boss!" Yana Qaisarah tergelak kecil.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now