Jodoh Kau & Aku 26

1.9K 60 0
                                    

"Sayang, excited tak?" Soal Adam Darwisyh sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

   "Mestilah excited, Qai dah lama tau teringin nak datang sini." Jelas terpancar keriangan di wajahnya.

   "Tuh macam kereta yang kita sewa je,mari kita pergi sana." Ujar Adam Darwisyh sambil jarinya menunjuk ke arah sebuah kereta Myvi yang berada di seberang jalan.

   "Ok abang." Yana Qaisarah hanya menurut, semua keperluan seperti kenderaan dan tempat penginapan telah diuruskan sepenuhnya oleh Adam Darwisyh.

   "Assalammualaikum, ini Pakcik Mat ke?"Soal Adam Darwisyh.

   "Waalaikummussalam, ya saya. Ni mesti Adam yang nak sewa kereta tuh kan?" Soal Pakcik Mat pulak.

   "Ya Pakcik, saya Adam dan ini isteri saya Yana Qaisarah." Adam Darwisyh memperkenalkan dirinya dan isterinya, Yana Qaisarah yang berada di sisinya hanya tersenyum.

   "Haa nah amik nie kunci kereta, minyak semua dah isi siap dah. Ni hampa punya hotel dekat mana? Tau ka jalan?" Soal Pakcik Mat panjang lebar.

   "Kami duduk dekat Tanjung Rhu Resort nanti Pakcik. In Shaa Allah saya tahu jalan, ni dah ada peta."Adam Darwisyh tersenyum.

   "Haa kalau macam tuh baguslah nahh, pakcik mintak diri dulu." Pakcik Mat meminta diri.

    Selepas memandu dalam kira-kira setengah jam, akhirnya mereka tiba ke tempat penginapan mereka.

   "Sayang, bangun. Kita dah sampai." Adam Darwisyh mengejutkan Yana Qaisarah yang telah tertidur semasa dalam perjalanan.

   "Dah sampai?" Yana Qaisarah memandang sekeliling, cantik. Senyuman mula terukir di wajahnya.

   "Sayang mesti penat kan? Nanti dah sampai bilik kita rehat dulu ya, petang sikit baru kita keluar." Adam Darwisyh mengeluarkan bagasi dari dalam bonet kereta sambil memandang Yana Qaisarah yang keletihan, kesian.

***

     "Ehh sayang nak pergi mana pakai macam ni?" Soal Adam Darwisyh apabila melihat Yana Qaisarah yang telah lengkap dengan pakaian mandi.

   "Alaa abang ni tanya pulak, Qai nak mandi laut lah." Yana Qaisarah teruja.

   "No no, tak boleh. Bila masa pulak abang izinkan Qai mandi laut?"

   "Kenapa pulak abang tak izinkan Qai mandi laut?" Soal Yana Qaisarah, hampa.

   "Qai tuh mengandung, bahayalah nak mandi laut semua. Abang tak izinkan." Adam Darwisyh marah.

   "Dah tuh buat apa ajak Qai datang sini kalau tak bagi Qai mandi laut."Yana Qaisarah muncung mulut.

   "Dah tak payah nak muncung mulut sangat, pergi tukar baju. Abang nak bawak sayang pergi jalan-jalan."

   "Tak nak lah keluar, malas."Yana Qaisarah merebahkan badannya ke atas katil yang empuk, best ni kalau sambung tidur.

   "Qai nak pergi tukar baju sendiri ke Qai nak abang tolong tukarkan?" Adam Darwisyh mendekatkan badannya ke arah Yana Qaisarah sambil tersenyum nakal.

   "Abang jangan macam-macam, dah tepi. Qai nak tukar baju."

   "Haa tahu pun takut." Adam Darwisyh ketawa.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now