Jodoh Kau & Aku 5

3.1K 86 1
                                    

Yana Qaisarah termenung di balkoni kamarnya sambil mengenangkan kejadian yang berlaku sebentar tadi, geramnya semakin bertambah apabila Adam Darwisyh sengaja memijak kakinya sewaktu sedang makan malam.

Nasib baik ibu dan ayah Adam Darwisyh ada sekali, kalau tidak mesti Adam Darwisyh teruk kena marah dengannya.

"Huh, mamat macam tuh nak jadi suami aku? Harapkan muka je yang hensem tapi perangai menyakitkan hati sungguh." Yana Qaisarah membebel seorang diri.

Sementara itu Adam Darwisyh khusyuk menunaikan solat hajat, dia berdoa agar Yana Qaisarah merupakan jodoh terbaik buat dirinya.

"Kalau dia tahu tentang masa silam aku, agaknya apa reaksi dia." Adam Darwisyh bingung memikirkan hal itu dia tidak mahu Yana Qaisarah tahu akan masa silamnya yang penuh hina.

Cahaya mentari yang menembusi jendela menyedarkan Yana Qaisarah dari tidur yang lena, dia lantas bangun membersihkan diri setelah bersiap dia turun kebawah mencari mummynya.

"Morningg mummy."

"Morning sweetheart, awalnya anak mummy bangun."

Yana Qaisarah tersenyum lalu mengambil alih tugas mummynya membakar roti.

Usai bersarapan Yana Qaisarah meminta izin mummynya untuk keluar sebentar.

Yana Qaisarah telah berjanji untuk berjumpa dngan temannya yang merupakan seorang penyiasat persendirian, tiba-tiba terdetik di hatinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang bakal suaminya itu.

"Khairul, can you do me a favor?" Soal Yana Qaisarah sambil menikmati cupcake yang terhidang di hadapannya.

"Yes, what is it?" Soal Khairul kembali.

"Nie aku nak suruh kau siasat tentang bakal suami aku, aku nak tahu jugak bakal suami aku ni macam mana orangnya. Boleh tak Khairul?"

"Ohhh boleh je, nanti aku tolong siasatkan. Apa nama bakal suami kau tuh?" Soal Khairul lagi.

"Adam Darwisyh." Balas Yana Qaisarah.

"Ohh Adam Darwisyh." Riak wajah Khairul sedikit terkejut apabila mendengarkan nama otu.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now