Jodoh Kau & Aku 14

2.5K 69 0
                                    

   Hari kedua di Istanbul, Yana Qaisarah bangun terlebih dahulu sebelum Adam Darwisyh kerana teruja apabila teringatkan janji Adam Darwisyh yang akan membawanya ke satu tempat yang menarik.

   "Bangunlah! Semalam kau yang suruh aku bangun awal tapi sekarang kau yang tak bangun lagi kenapa?" Yana Qaisarah menarik selimut yang menutupi badan Adam Darwisyh.

   "Sabarlah sayang, hurmmm." Adam Darwisyh masih bermalas-malasan di atas katil hotel yang empuk itu.

   "Kau tahu tak sekarang dah pukul 4:30 pagi? Baik kau bangun sekarang, kau kata lepas solat subuh kita nak bertolak pergi tempat tuh kan." Yana Qaisarah membebel.

   "Haisshhh yela-yela." Adam Darwisyh cuba mengajuk cara percakapan Yana Qaisarah hingga membuatkan Yana Qaisarah geram.

   Mereka kemudiannya bersama-sama pelancong yang lain bertolak menaiki van yang telah disediakan oleh pihak hotel untuk ke destinasi yang ingin dituju pada pagi itu.

   "Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Yana Qaisarah tak puas hati.

   "Sayang ni bisinglah, cuba duduk diam-diam boleh tak?" Adam Darwisyh meletakkan jari telunjuknya di bibir Yana Qaisarah.

   Tak lama kemudian mereka tiba di tempat belon udara panas yang terletak di Cappadocia.

   "Err Adam, kau nak bawak aku naik benda tuh ke?" Soal Yana Qaisarah sambil menunjukkan jarinya ke arah belon-belon udara panas yang terdapat di situ.

   "Yela nak naik yang tu, tak akanlah abang nak bawak sayang naik feri pulak kan?" Adam Darwisyh buat loya buruk.
   Yana Qaisarah memegang erat lengan Adam Darwisyh apabila belon udara panas yang dinaiki mereka semakin meninggi di langit, Yana Qaisarah terpana seketika apabila melihat keindahan panorama matahari terbit dan bentuk muka bumi Cappadocia.

   Sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Esa. Sedang asyik melihat keindahan panorama tiba-tiba terdengar suara Adam Darwisyh yang mendayu-dayu menyanyikan lagu sampai mati nyanyian hazama.

   "Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

   Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

   Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

   Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

   Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

   Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

   Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga."

   Adam Darwisyh mengenggam erat kedua belah tangan Yana Qaisarah.

   "Sayang, please terima abang dalam hidup sayang." Adam Darwisyh mengucup tangan Yana Qaisarah.

   Di bumi Cappadocia air mata Yana Qaisarah mengalir, dia sendiri tidak pasti sama ada air mata itu air mata kegembiraan atau sebaliknya.

***
   "Zik, tunggu." Nadia terkedek-kedek mengejar Zikri yang berada di seberang jalan.

   "Ehh Nadia, kau nak apa?" Soal Zikri endah tak endah.

   "Mana Adam?" Soal Nadia termengah-mengah.

   "Yang kau sibuk nak tahu tentang Adam ni kenapa?"

   "Adam tu kan kekasih I, so rasanya tak salah kalau I nak tanya tentang kekasih I." Jawab Nadia dengan bongkak.

   "Hello miss tak cukup kain, Adam tuh dah kahwinlah. Apa kata kau tak payah sibuk lagi nak kacau hidup dia." Menyampah pula Zikri dengan perempuan tak cukup kain yang berada di depannya itu.

   "Peduli apa I kalau dia dah kahwin ke belum, he's mine."

   "Ehh dahlah malas aku nak layan perempuan macam kau." Zikri memanaskan enjin keretanya kemudian berlalu pergi meninggalkan Nadia keseorangan di tepi jalan.

   "Huhh kurang ajar." Nadia tak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh Zikri.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now