Jodoh Kau & Aku 32

1.4K 46 0
                                    

   Cepat masa berlalu, Rayyan sudah genap tiga bulan.

   "Alololo comel anak mama, mama sayang sangat dekat Rayyan." Yana Qaisarah mencium pipi montel Rayyan.

   "Qai sudahlah tuh, dah pukul berapa nanti kamu dengan Adam lewat pergi kerja." Datin Aminah geleng kepala tengok telatah menantunya.

   "Hihi baiklah ibu. Rayyan duduk dengan nenek baik-baik ya, hari ni nenek pulak jaga rayyan jadi jangan buas-buas tau." Sekali lagi Yana Qaisarah mencium pipi anaknya.

   "Jom sayang nanti kita lambat, kejap lagi ada meeting." Adam Darwisyh muncul lalu mencium pipi anaknya.

   "Ibu tak apa ka kami tinggal Rayyan dekat sini? Maaflah ganggu ibu, hari ni mummy dengan daddy ada kenduri."

   "Tak apalah Qai, Rayyan pun cucu kami jugak. Taklah ibu sunyi sangat bila ayah pergi kerja.

   "Kalau macam tuh kami mintak diri dululah ya."

   Mereka bertiga bersalaman.

   "Abang mengelamun apa tuh? Kalau abang tak sihat biar Qai yang drive." Yana Qaisarah memandang suaminya disebelah.
   "Tak ada apalah sayang. Hurmm sayang. Kalau abang dah tak ada sayang jaga diri, jaga Rayyan baik-baik tau?"

   "Ishh abang ni, suka sangat cakap pasal ni dah kenapa? Abang cakap lagi Qai merajuk." Yana Qaisarah nuncung mulut.

   "Hahaha janganlah macam tuh sayang, abang cium nanti haa."

   "Jangan merepek, bawak kereta tuh elok-elok."

   Sesampai disebuah jalan yang agak sunyi Adam Darwisyh memberhentikan keretanya.

   "Ehh kenapa abang berhenti?" Soal Yana Qaisarah.

   "Tuh haa ada orang mintak tolong, kereta dia rosak kot." Adam Darwisyh menunjukkan ke arah sebuah kereta dihadapan mereka.

   "Ohh ingatkan sebab apalah tadi."

   "Sayang tunggu sini kejap, abang nak pergi tengok. Jangan lupa lock pintu kereta." Adam Darwisyh memberikan pesan.

   "Baik abang." Sesudah Adam Darwisyh pergi Yana Qaisarah terus lock pintu kereta.

   "Assalammualaikum bro, kereta rosak ka?" Soal Adam Darwisyh kepada seorang lelaki bertubuh gempal dihadapannya.

   "Ha'ah kereta rosak, boleh tengokkan?" Soal lelaki itu.

   "Tak apa saya cuba."

   Sedang Adam Darwisyh sibuk membaiki kerete itu tiba-tiba lelaki tersebut memukul kepala Adam Darwisyh dengan kayu, Adam Darwisyh terus jatuh pengsan. Yana Qaisarah panik melihat kejadian itu, telefon pantas dicapai untuk mendapatkan pertolongan. Tetapi lelaki tersebut lebih pantas, dia terus datang berlari dan memecahkan cermin kereta Adam Darwiysh. Yana Qaisarah menjerit, pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia jugak turut pengsan.

   "Hello boss, saya dah dapat mereka berdua. Saya dalam perjalanan ke sana sekarang."

   "Bagus-bagus. Aku tunggu, hahahahahahaha."

***
   Adam Darwisyh terjaga, kepalanya terasa berpinar-pinar. Yana Qaisarah yang masih pengsan dipandang sejenak.

   "Ya Allah, apa dah jadi ni. Qai sayang, bangun." Adam Darwisyh cuba mengejutkan isterinya.

   "Aabanggg." Kedengaran suara Yana Qaisarah.

   "Sayang bangun, kita dalam masalah ni."

   "Kita dekat mana ni abang? Apa dah jadi?" Yana Qaisarah masih sedikit kebingungan.

   "Abang tak tahu sayang. Kita doa supaya Allah selamatkan kita ya sayang." Adam Darwisyh ingin pergi mendapatkan isterinya, tetapi dia tidak boleh kerana badannya telah diikat begitu jugak dengan Yana Qaisarah.

   Dari luar bilik kedengaran suara seorang perempuan sedang ketawa.

   "Nadia.." Hanya itu yang mampu diucapkan Adam Darwisyh.

   Yana Qaisarah sudah menangis ketakutan.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now