Jodoh kau & Aku 3

3.9K 105 2
                                    

   "Mummy, daddy. Qai nak keluar jumpa Aina kejap, petang nanti Qai balik."

   "Haa yelah, jangan balik lewat sangat kita ada dinner dengan Adam malam ni." Laung Datin Munirah dari arah dapur.

   'Dinner? alamak macam mana boleh lupa ni, malam ni kan mamat tuh nak datang makan malam dekat rumah!!' Yana Qaisarah tepuk dahi lalu terus memandu menuju ke restaurant yang di janjikan untuk bertemu Aina, selepas memarkingkan keretanya dia berjalan memasuki restaurant tersebut.

   Matanya segera mencari kelibat Aina dan dengan pantas dia segera berlalu ke meja yang di duduki Aina.

   "Kenapa kau nak jumpa aku ni Qai?" Soal Aina kehairanan, Yana Qaisarah tidak membalas soalan itu sebaliknya menghulurkan sampul berwarna coklat kepada Aina.

   "Apa ni Qai?" Soal Aina kehairanan.

   "Kau bukalah dulu" Yana Qaisarah senyum memandang Aina.

   Aina lantas membuka sampul tersebut, dia akhirnya terlopong melihat sejumlah wang yang begitu tinggi nilainya dalam sampul tersebut.

   "Kenapa kau bagi aku sampul nie?" Soal Aina lagi.

   "Tu hadiah dari daddy aku sebab kau dah banyak tolong aku." Ujar Yana Qaisarah.

   "Tapi Qai, aku ikhlaslah tolong kau." Balas Aina.

   "Eh tak ada tapi-tapi, kau terima jelah duit tu ye. Anggap je itu tanda terima kasih aku." Yana Qaidarah terus mendesak agar Aina menerima duit tersebut.

   "Yelah Qai, terima kasih ye."

   "Sama-sama kasih Aina, dah jom order makanan. Aku lapar ni."

   Selepas menghabiskan makanan mereka, mereka bercadang untuk mencuci mata di sebuah mall berdekatan.

   Semasa berjalan keluar dari restaurant tersebut dengan tidak sengaja seorang pemuda telah terlanggar Yana Qaisarah hingga membuatnya jatuh ke dalam lopak air.

   "Arghhhhhhhh tak gunaaaa!!" Yana Qaisarah menengking pemuda tersebut.

   "kau letak mata kau dekat mana? kat lutut ke hah? Muka je hensem tapi buta!!" Tengking Yana Qaisarah.

   Tergagap-gagap pemuda itu menjawab "Err maaf cik saya tak sengaja, saya nak cepat nie. Maaf ye cik adik manis!!

   "Tak gunaaa!!"

   Pemuda tersebut terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Yana Qaisarah yang tengah terjerit-jerit bagai orang gila.

   Aina hanya memerhatikan drama yang terjadi sebentar tadi, kesian baju yang di pakai Yana Qaisarah habis kotor terkena lumpur.

   Adam Darwisyh pusing memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi, wajah gadis tersebut persis seperti wajah gadis yang muncul di dalam mimpinya.

   "Dia ke jodoh aku ehh? Perghh tak sanggup dapat bini garang macam tu."

   Dia terus memecut laju keretanya menuju ke rumah Tan Sri Mahfuz.

   "Assalammualaikum uncle." Adam Darwiysh memberikan salam.

   "Waalaikummussalam. Haa dah sampai pun Adam, jemputlah masuk."

   Selepas bersalaman Tan Sri Mahfuz mengajak Adam Darwisyh berbual-bual di ruang tamu sementara Datin Munirah menyediakan minuman.

   "Err uncle, mana anak perempuan uncle?" Terketar-ketar suara Adam Darwisyh ketika menanyakan soalan itu.

   "Kejap lagi dia sampailah tu dia keluar dengan kawan dia." Ucap Tan Sri Mahfuz sambil menepuk bahu Adam Darwisyh.

   Seketika kemudian kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.

   "Arhh bodoh punya mamat! Geramnya aku dengan dia harap muka je hensem tapi rabun!" Yana Qaisarah mengamuk, habis kotor baju kesayangannya.

   "Ni kenapa ni Qai? Terjerit-jerit, baju pula kotor sampai macam ni?" Soal Datin Munirah.

   "Ni semua sebab sorang mamat tu mata letak kat lutut lepas dia langgar Qai terus dia pergi macam tu je." Bebel Yana Qaisarah.

   Gulpp, Adam Darwisyh telan liur nampaknya orang yang dia langgar sebentar tadi ialah Yana Qaisarah bakal isterinya.

   Sewaktu melewati ruang tamu langkah Yana Qaisarah terhenti.

   Tanpa sebarang kata dia meluru ke arah Adam Darwisyh lantas menyiram kepala lelaki tersebut dengan minuman yang di pegangnya.

   "Yana Qaisarah! What have you done?!" Tengking Tan Sri Mahfuz.

   Yana Qaisarah dengan muka selamba berlalu meninggalkan mereka bertiga. Puas hati dapat balas dendam.

***
   "Apa tengok-tengok? tak pernah tengok perempuan lawa ke sebelum ni?" Soal Yana Qaisarah tak puas hati apabila Adam Darwisyh asyik memandang kearahnya.

   "Ehemm.." Tan Sri Mahfuz berdehem dan merenung tajam kearah anak perempuan tunggalnya.

   "Qai ni tak baik cakap macam tu dekat Adam, dia kan tetamu kita." Datin Munirah mengusap-usap bahu Yana Qaisarah.

   "Ehh tak apa aunty, memang betul cakap anak aunty tu yang saya tak pernah tengok perempuan selawa dan secantik dia." Jawab Adam Darwisyh.

   Tan Sri Mahfuz dan Datin Munirah tergelak geli hati mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam Darwisyh.

   "Huh mummy dengan daddy pun sama je menyakitkan hati" Yana Qaisarah buat muka ketat dan terus berlalu pergi naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

   "Macam tulah perangai anak perempuan kesayangan uncle, boleh ke Adam handle dia nanti?" Soal Tan Sri Mahfuz.

   "In Shaa Allah, saya akan cuba uncle." Adam Darwisyh senyum, mulut kata ok padahal dalam hati entah apa pula yang dikatanya.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now