Jodoh Kau & Aku 6

2.8K 83 0
                                    

   "Qai, datang sini kejap. Ada benda mummy nak bincang dengan Qai." Datin Munirah memanggil Yana Qaisarah yang baru sahaja berjalan menuruni anak tangga.

   "Urmmm ada apa mummy?" Dengan penuh kemalasan Yana Qaisarah melangkah ke arah mummynya yang berada di ruang tamu.

   "Nie haa mummy nak ajak kamu tolong mummy buat persiapan untuk hari pernikahan kamu."

   "Hah? persiapan pernikahan apa pula ni?" Yana Qaisarah memandang wajah mummynya dengan penuh kehairanan.

   "Qai jangan buat-buat lupa ehh, kan kita dah bincang hari itu dengan family Adam Darwisyh." Datin Munirah mencubit peha anak tunggal kesayangannya itu.

   "Auchh mummy ni main cubit-cubit pulak, sakit tahu tak."

   "Haa padan muka kamu. Dah jangan banyak cakap cepat tolong mummy pilih design untuk invitation card ni."

   "Hurmm yelah mummy" Nak tak nak terpaksa jugak dia mengalah dan tolong mummynya, kalau tidak tak pasal-pasal je kena cubit lagi.

***
   "Weh Adam, kau kenapa ni? Dari tadi gelisah semacam je. Kau ok ke tak ni?" Soal Zikri.

   "Entahlah Zik, aku rasa dua tiga hari ni macam ada orang ikut aku." Jawab Adam Darwisyh sambil asyik menoleh ke belakang.

   "Haaa aku tahu siapa yang ikut kau, mesti perempuan-perempuan yang pernah bersama dengan kau dulu. Perempuan-perempuan tu rindu belaian kau kot Adam." Zikri terus ketawa terbahak-bahak.

   "Ishh kau ni Zik, boleh pulak kau main-main" Adam Darwisyh menumbuk bahu Zikri.

   "Aduhhh sorrylah bro, aku main-main je." Zikri mengusap bahunya yang ditumbuk Adam Darwisyh, sakit gila.

   Tanpa mereka sedari ada seseorang yang telah merakam perbualan mereka berdua.

***
   "Assalammualaikum."
   'Ehh tak ada orang ke, sunyi je ni.' Adam Darwisyh memandang sekeliling banglo mewah itu.

   "Assalammualaikum." Salam di beri sekali lagi tetapi tiada siapa yang menyahut.

   Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah keretanya tiba-tiba pintu banglo mewah tersebut terbuka dan ada seseorang yang menyahut salamnya.

   "Waalaikummussalam. Haa nakk apaa datang sini?" Soal Yana Qaisarah tidak puas hati.

   "Suka hatilah, ini kan rumah bakal isteri dan bakal mertua saya." Adam Darwisyh membuat flying kiss ke arah Yana Qaisarah.

   "Bwerkkk, nak termuntah." Yana Qaisarah buat gaya macam orang yang hendak muntah.

   "Hah nak muntah? Saya tak sentuh awak pun lagi macam mana boleh nak termuntah pulak?" Adam Darwisyh buat-buat panik.

   "Ishh mamat ni menyakitkan hati sungguh! Mummy dengan daddy tak ada dekat rumah, kau tunggulah dekat luar dulu aku nak sambung buat kek." Yana Qaisarah mahu menutup pintu tapi pantas dihalang oleh Adam Darwisyh.

   "Buat kek? Saya pandai tau buat kek, saya tolong awak boleh tak?"

   "Huhh whatever, masuklah cepat." Yana Qaisarah terus berlalu ke arah dapur.

   "Awak buat apa ni? Mari sini saya tolong awak ayakkan tepung tu." Adam Darwisyh cuba mengambil mangkuk berisi tepung yang berada di tangan Yana Qaisarah.

   "Tak payah sibuk, tengok diam-diam boleh tak?" Marah Yana Qaisarah.

   "Alaaa saya nak tolong awak."

   Akhirnya mereka berebutkan mangkuk tersebut dan dengan tidak sengaja mangkuk tersebut terjatuh, habis ruang dapur dan badan mereka di penuhi tepung.

   "Ya Allah apa kamu berdua buat ni?" Datin Munirah yang baru sahaja pulang dari pasaraya terkejut melihatkan keadaan dapurnya yang bersepah.

   Adam Darwisyh dan Yana Qaisarah hanya mampu tersenyum ke arah Datin Munirah, dua-dua dah macam hantu tepung.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now