Jodoh Kau & Aku 2

4.6K 118 4
                                    

Yana Qaisarah meneguk minuman hot chocolate panas di hadapannya sambil memandang sekeliling cafe yg sarat dengan manusia.

"Huh, apalah nasib dahlah kena kahwin paksa then kena halau dari rumah pulak" Dia mengeluh perlahan, dan kemudiannya termenung jauh mengenangkan nasib diri yang malang.

"Hoiii, termenung jauh nampak. Dah sampai ke london ehh?"

Yana Qaisarah memandang ke hadapan dengan muka yang sebal.

"Alolo, kau merajuk ehh? Maaflah Qai, aku lewat sepuluh minit je" Aina beriya-iya memujuk teman baiknya.

Akhirnya Yana Qaisarah tewas jugak dengan pujukan teman baiknya yang seorang itu

"Yela-yela, aku maafkan tapi kau kena tolong aku. Boleh?" Soal Yana Qaisarah.

"Apa saja untuk bestfriend aku nie." Aina tersenyum manis.

Yana Qaisarah pun menceritakan tentang masalah yang dihadapinya kepada Aina. Aina yang bersimpati telah menawarkan Yana Qaisarh untuk menumpang sementara di rumah sewa miliknya, Yana Qaisarah bersyukur kerana mempunyai teman seperti Aina yang baik hati.

Sesampai di rumah sewa yang didiami Aina, Yana Qaisarah terus berlalu memasukki bilik yang ditunjukkan Aina untuk berehat.

Dia merebahkan badan ke atas katil sambil memandang siling yang berwarna biru muda itu, perlahan-lahan matanya terpejam rapat.

Bunyi jam loceng yang begitu kuat berbunyi telah mengejutkan Yana Qaisarah dari lenanya, dia menenyeh-nenyeh mata lalu merenung ke arah jam yang berbunyi.

"Alamakkk, takkan dah pukul 7. Lamanya aku tertidur."

Dalam keadaan mamai dia menuju ke arah dapur untuk membasahkan tekak yang terasa dahaga, matanya pantas tertancap pada sekeping kertas yang tertampal di peti sejuk.

#Qai, aku keluar kejap jumpa kawan. Makanan aku dah sediakan, kau makanlah tak perlu tunggu aku#

"Thanks aina, kau lah bff aku untuk selamanya." Yana Qaisarah tersenyum.

***

Seminggu telah berlalu, dan selama seminggu itu jugalah Yana Qaisarah menumpang di rumah Aina.

"Kau kenapa Qai? Monyok je aku tengok." Soal Aina.

"Aku rasa aku ikut sajalah apa yang daddy aku suruh." kedengaran sayu suara Yana Qaisarah.

"Tapi kenapa Qai?" Soal Aina, terkejut.

"Duit belanja aku dah habis." Yana Qaisarah mengeluh.

"Sebab tuh je? hahahaha." Soal Aina sambil ketawa.

"Kau jangan risaulah, aku boleh tolong kau."

"Ehh tak payah, aku dah banyak susahkan kau Aina. Aku dah fikir masak-masak, aku rasa aku kahwin jelah dengan mamat tuh" Dia sudah nekad apa nak jadi jadilah, dia sudah tidak mahu membebankan teman baiknya.

Esok pagi-pagi dia akan pulang ke rumah dan menyatakan bahawa dia setuju untuk berkahwin dengan si Adam.

Pada esok hari, Yana Qaisarah bersiap untuk pulang dia tak lupa mengucapkan terima kasih kepada Aina yang banyak membantu.

"Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Atau nak tunggu je dekat depan nie?" Yana Qaisarah bingung akhirnya dia membuat keputusan untuk memasuki rumah itu.

"Assalammualaikum, mummy Qai balik nie"

"Waalaikummussalam. Ya allah Qai, dah balik pun anak mummy. Mummy rindu sangat dekat anak mummy nie" Datin Munirah terus memeluk erat tubuh anak tunggalnya.

Tiba-tiba Tan Sri Mahfuz muncul di muka pintu dengan muka yang bengis.

"Hah, kenapa balik sini? kan daddy dah kata jangan jejakkan lagi kaki Qai kat rumah nie."

"Daddy, Qai balik sini sebab Qai setuju nak kahwin dengan mamat tuh. Qai dah fikir masak-masak, Qai setuju kahwin dengan Adam carwash tuh."

"Yana Qaisarah! Nama dia Adam darwisyh, bukan Adam Carwash" marah Tan Sri Mahfuz.

"Alaa kan dekat nak sama je carwash dekat darwisyh tuh." Yana Qaisarah sengih tunjuk muka selamba.

"Dah pergi masok dalam, nanti mummy masakkan untuk Qai ye syg." Datin Munirah tersenyum memandang suaminya, mereka bersyukur kerana anak tunggal mereka telah bersetuju untuk berkahwin dengan Adam Darwisyh.

Semoga allah permudahkan segalanya.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ