Jodoh Kau & Aku 8

2.6K 89 0
                                    

"Yana Qaisarah, tak boleh ke awak belajar untuk terima saya dalam hidup awak?" Soal Adam Darwiysh.

"Hurmmm." Yana Qaisarah buat tak layan.

"Please Qai, lagi sebulan je tarikh pernikahan kita. Sampai bila nak macam ni? Sekurangnya bagilah saya peluang." Adam Darwisyh separuh merayu.

"Baiklah, tapi dengan satu syarat."

"Sepuluh syarat sekalipun saya terima."

"Ishh tak payah nak poyo sangat. Syaratnya satu saja, saya nak awak hentikan perangai loya buruk awak tuh. Umur dah 24 tahun tapi perangai macam budak-budak." Yana Qaisarah pantas menepis tangan Adam Darwisyh yang cuba memegangnya.

"Alaaa nak pegang tangan pun tak boleh ke?" Adam Darwisyh buat muka comel.

"Tak boleh!" Jawab Yana Qaisarah.

"Alaaaaaaa" Adam Darwisyh muncung mulut.

'Eeeeee mamat nie, ingat comel kot buat macam tuh'

***
"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Owhh Qai rupanya, jemputlah masuk." pelawa Datin Aminah.

"Terima kasih auntie."

"Baguslah Qai datang sekarang, kebetulan ibu tengah masak lauk kegemaran Adam nie, bolehlah Qai belajar sama." Datin Aminah menarik tangan Yana Qaisarah terus ke arah dapur.

'Alamakkk kacau betul, aku datang sebab nak hantar card jemputan yang dah siap je. Ishhh siap beribu-ibu pula nie.' Yana Qaisarah mengeluh.

Riuh-rendah sungguh dapur Datin Aminah pada hari itu, senang hati Datin Aminah kerana dapat meluangkan masa bersama bakal menantunya.

"Waaa sedapnyaa asam pedas yang auntie masak nie." Yana Qaisarah memuji keenakkan asam pedas buatan tangan Datin Aminah.

"Kan ibu dah cakap, panggil ibu je tak payah nak berauntie-auntie."

"Hee ok ibu." Yana Qaisarah tersengih.

Selepas menikmati makan malam di kediaman Datin Aminah dan Datuk Imran, Yana Qaisarah meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Nanti datanglah lagi rumah ibu, boleh ibu masakkan lagi untuk Qai."

"In shaa allah ibu." Yana Qaisarah bersalaman dengan Datin Aminah.

"Tak payah ibu, tadi pun dia makan tambah sampai dua kali kalau selalu datang makan dekat sini habislah badan dia nanti gemuk macam gajah." Adam Darwisyh mencelah.

"Ishh kamu nie." Datin Aminah geleng kepala.

Yana Qaisarah buat tidak endah dengan apa yang diucapkan oleh Adam Darwisyh sebentar tadi, geram sungguh.

Jodoh Kau & Aku ( Editing )Where stories live. Discover now