04 - Student Pemalas🌸

1.7K 204 53
                                    

"Selamat pagi.." kata Yeowoo dan memasuki kelas lalu bergerak kearah mejanya. Nami yang sedang bersembang dengan orang lain terus menapak kearah meja Yeowoo. Yeowoo duduk diatas kerusinya lalu menjulurkan tangannya keatas meja sebelum kepalanya mendarat diatas meja.

"Selamat pagi Yeowoo. Kau ni nampak tak okay? Ada masalah ke??" sebagai kawan yang prihatin, mestilah dia kena tanya kenapa kawannya monyok harini. Biarpun dia tak tahu yang kawanya itu telah berjaya merampas daging lembu kepunyaan Yoongi untuk di jadikan sarapan pagi tadi.

"Aku cuma rasa macam takda moodlah.." kata Yeowoo lalu menoleh melihat Nami yang tersenyum.

"Bersabarlah Yeowoo"

_____

Yeowoo turun ke kantin dan membeli roti sosej dan air mangga tin lalu naik semula ke dalam kelas.

Yeowoo kembali ke tempat duduknya yang berada di barisan tengah betul-betul menghadap papan hitam. Nami yang membawa bekal kekal di tempat duduknya lalu meneruskan suapan nasi goreng kicap tambah telur buatan maknya. Ah, nampak sedap.

Usai makan, Yeowoo membuka sebuah buku lalu membacanya.

The Yokai Named Kitsune (Gumiho).

Kitsune telah memberi buku berkaitan Gumiho dalam dua versi. Versi Jepun dan versi Korea. Katanya keturunan Yoongi datang dari Jepun dan menetap di Korea. Jadi Yoongi ni mungkin bercampur adat? Lantaklah.

Nami menghampiri Yeowoo dan membaca tajuk yang di tulis di kulit depan buku itu.

"*Yokai?? Kitsune?? Sejak bila kau minat benda lagend macam ni??" soal Nami. Yeowoo yang sedang minum air memandang kearah Nami. "Entah, tak tahu pula. Mungkin lepas aku tengok anime nama 'Kamisama Hajimenashita' aku nak tahu ada berapa banyak *Yokwe dlm dunia ni.." balas Yeowoo yang sememangnya menipu Nami.

(Yokai [JPN] / Yokwe [KOR] - Rasaksa [MY])

Nami hanya mengangguk sahaja.

_____







"Baiklah harini kita akan belajar bab  1 iaitu sejarah Korea okay.." kata guru Sejarah mereka.

"Okay kita akan belajar sejarah Dinasti Goryeo. Dinasti yang paling lama sebelum wujudnya Dinasti Joseon.." Guru Sejarah mereka menulis sesuatu di papan hitam dan berpaling menghadap anak muridnya.

"Cikgu nak tanya. Yokwe apa yang hidup zaman ni?? Siapa boleh teka??" soal Guru Sejarah mereka sambil mengangkat keningnya.

"Saya nak jawab!" seorang budak lelaki yang di kenali sebagai Taeil mengangkat tangannya lalu berdiri. "Ya, Yokwe apa??" soal Guru Sejarah itu.

"Gumiho!"

Yeowoo yang sedang duduk dan mengjungkitkan kerusinya ke belakang tersedak air liur. Tiba-tiba terbatuk. "Weh kau kenapa??" Soal Fahmi yang berada di depan Yeowoo. Dia hanya sekadar menggeleng. Fahmi angkat kening sebelum memandang depan semula.

"Ya, Gumiho adalah sejenis Yokwe legend yang telah hidup selama 1000 tahun. Jika di Jepun dan China, Gumiho boleh di kelaskan antara baik atau jahat. Tapi jika di Korea, Gumiho adalah jahat yang tulen." Kata guru Sejarahnya.

"Kalau Gumiho wujud zaman ni, aku nak tangkap lepastu sumbat dalam kuil atas bukit sana.." Ujar seorang budak lelaki pada kawannya.

Yeowoo menelan air liurnya. Habislah kalau mereka terserempak dengan Yoongi.



Tamatnya waktu belajar. Semua pelajar yang bersekolah di SMK Wilayah Itaewon (Amboi sekolah kau 😂)  telah cepat-cepat pulang ke rumah.

Yeowoo memilih untuk tinggal di Itaewon kerana banyak jenis bangsa dan bermacam jenis kedai makan, tempat, kedai buku yang berasal dari luar negara. Termasuk macam sekolah tadi. Selalunya orang akan pergi sekolah yang hebat-hebat macam SOPA, Seoul High School. Tapi dia memilih untuk bersekolah di situ. Sekolah harian biasa dan termasuk pelajar form 1,2,3 berada di situ.

Dia berhenti di depan kedai serbaneka lalu masuk ke dalam itu.

[Produk baru dari Jepun!]

Yeowoo membaca perkataan yang ditulis, lalu mendongak melihat ramen di dalam bungkusan bergambar Naruto. Memang orang Jepun suka buat ramen pelik-pelik ke? Dia memejamkan mata dan tersenyum kecil. "Rasa macam nak beli.." Katanya dan mengambil dua mangkuk ramen segera tersebut.

Selain itu dia mengambil Senbei. Mungkin kerana Yoongi suka makan benda alah tu time tengok tv. Tak salahkan makan sambil belajar?





"Saya dah balik" Yeowoo membuka kasutnya sebelum masuk kedalam rumah.

"Selamat pulang" balas Yoongi yang sekarang ini sedang menikmati makan tengah hari. Sup miso, nasi putih, side dish kimchi, taugeh goreng dan stu daging ayam.

Yeowoo hampir meleleh air liurnya melihat masakkan Yoongi. Nasib tak meleleh betul-betul. Yoongi memasukkan daging ayam ke dalam mulutnya dan menggigit chopsticknya lalu memandang Yeowoo.

"Mari"

"Eh?" Hairan Yeowoo pada Yoongi. "Mari makan, nanti kita nak belajar pula.." Kata Yoongi dan menyebabkan Yeowoo tersenyum lebar. Terus dia berjalan dan duduk di depan Yoongi sebelum mengambil nasi dan mulalah sesi makan tengah hari. Perutnya yang sebentar tadi buat konsert gegar vaganza akhirnya berhenti juga lepas nasi masuk dalam mulutnya.

"Sedapnya kau masak Yoongi~" kata Yeowoo teruja. Yoongi memandang Yeowoo dan tersenyum kecil. Tangannya tiba-tiba menjulur lalu mengusap kepala Yeowoo menyebabkan Yeowoo mengerutkan dahinya.

___

"Yoongi! Dah sampainya masa belajar!" Kata Yeowoo yang sudah bersedia di tempatnya.

"Ahh.. Nanti-nantilah! Mengantuk ni!" Kata Yoongi lalu menirap sambil menunggu matanya terlelap.

"BANGUUNNN!!!" Mata Yoongi terbeliak selepas tangannya di tarik oleh Yeowoo. "Taknak!" Dia menarik tangannya lalu tidur semula.

"BANGUN!!"

"TAKNAKK!!"

"BANGUN YOONGI!!!"

"TAKKKKK!!"

Yeowoo bergelut dengan Yoongi semata-mata mahu belajar. Itulah yang terjadi bila dapat student paling pemalas.

TBC~

TBC~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now