19 - Called All The Spirits🌸

1K 147 39
                                    

"Jadi tugas ni aku serahkan dekat kau!" Taehyung mula hendak pergi namun di tahan oleh Yeowoo. "Kau bantu aku?" tanya Yeowoo.

Taehyung memandang muka simpati Yeowoo dan tersenyum kecil. "Aku pasti bantu kau..." dan selepas mengucapkan kata-kata itu, terus dia pergi dari kawasan itu demi menghalang Fuukao.

Yeowoo mula keluar dari tempat persembunyiannya. Dia berjalan kearah depan rumah dan dia lihat adalah Taehyung sedang bertarung dengan Fuukao. Tiba-tiba tangan Fuukao itu seperti mencakar Taehyung.

Shhaapp!

"Aarrhh!"

Mata Yeowoo terbeliak apabila melihat pinggang Taehyung dicakar oleh Fuukao itu. "TAEHYUNG!" Taehyung mula terjatuh dari tempat tinggi lalu ke atas tanah. Nasib Yeowoo kerana dia sempat menyambut tubuh Taehyung. Fuukao itu mula menghebuskan api yang berada di dalam mulutnya kearah Taehyung dan Yeowoo yang sedang memeluk Taehyung yang pengsan itu.

Mata Yeowoo terbeliak. Dia melihat berus yang berada di dalam gengamannya dan pokok yang berada di belakangnya.

Api itu mula hendak mengena Taehyung dan Yeowoo namun selepas itu tiba-tiba ada air yang memadamkan api tersebut.

Fuukao itu pelik. Pabila dia merenung pokok itu lama-lama baru dia sedar akan satu perkataan yang di tulis di batang pokok itu.



 

(Water)

Yeowoo memejam rapat matanya. Dia membuka semula matannya dan tersenyum lebar. "Nampaknya kuasa itu berkesan!"

Dia meletakkan Taehyung di belakangnya dan mengheret lelaki itu jauh dari Fuukao itu. Dia takut. Dia betul-betul takut.

"Yeowoo..."

Yeowoo menoleh kearah muka Taehyung yang berkerut itu. "Panggil semua semangat bantu kau..." Yeowoo berfikir namun otaknya tidak dapat berfungsi dengan elok.

"Tapi.."

"PANGGIL SEKARANG!" Jerkahan Taehyung membuatkan Yeowoo terkejut. Dia meletakkan Taehyung di satu pokok dan mula melihat Fuukao yang sedang mencari kelibatan mereka.

Yeowoo mula mengeluarkan Talismannya dan menulis salah satu nama yang dia tahu.


(Jin)

Selesai dia menulis, kertas itu terus terbang jauh dan tak lama lepas itu Jin pun datang. "Wae?! Wae?! Kenapa kau panggil aku?!" Jin kelihatan gelabah. Lengan Jin dipaut oleh Yeowoo. "Jebal Jin! Tolong aku! Ada Fuu.." Okay, sekarang dia dah lupa nama makhluk itu. Sedang dia mentafsir otak sendiri, Jin menoleh kebelakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat makhluk itu. Mulutnya terlopong.

"Ah! Fuu-"

"Fuukao"

Jin memandang makhluk itu. "Aku akan tolong kau." Kata Jin selepas itu terbang keatas dan mula bertarung dengan Fuukao. Semangat langit yang menggunakan kuasa angin untuk melawan segala yokai jahat.

Yeowoo mengeluarkan berus dan talismannya. Tinggal 4 keping lagi.

Dia menulis dua nama di setiap kertas.

 이자 나미
(Izanami)

 이나 리
(Inari)

"Itu je yang aku tahu.." Dia memandang talisman yang sedang pergi lalu hilang dari pandangan. Tak lama lepastu orang yang dia panggil itu datang.

"Uwah! Yeowoo! Jin dah pengsan!" Jeritan Izanami membuatkan Fuukao itu memandang kearah Inari dan Yeowoo.

Bukk!

"Aduh!" Kepala Izanami di gosok dengan tangannya sendiri. Inari telah menyekeh kepalanya tadi. "Tengok apa kau dah buat?!" Marah Inari dan jari telunjuknya lurus menunjukkan kearah Fuukao.

"SITU RUPANYA KAU!" Suara Fuukao yang seram itu membuatkan  Izanami meremang. "Dah kita takda masa!" Terus Inari melompat sambil menarik Izanami. 

Sebuah sumpahan telah terkena pada Fuukao itu dan membuatkan makhluk itu berbirat dan mengerang kesakitan. Tangan Fuukao itu melibas Inari dan Izanami lalu membuatkan kedua-duanya melambung tinggi.

"Aahhh!!"


Fuukao itu menyedut nafas. Mata Yeowoo membulat. "Oh Kamisama, jangan kata itu hembusan api dia lagi..." Yeowoo terus tinggalkan Taehyung dan Jin yang pengsan itu lalu berlari kearah Inari dan Izanami yang bakal dibakar.

Fuukao itu mula menghembus nafasnya dan api mula keluar dari mulutnya. Yeowoo dengan lincahnya menulis sesuatu di atas sekeping daun besar lalu membaling kearah hembusan api Fuukao itu.

Tiba-tiba sahaja api itu hilang apabila terkena daun itu.

Inari dan Izanami bangun. "Apa benda yang kau tulis tu?" Soal Izanami.

Daun itu terbang dan jatuh dengan pelan diatas tanah. Mereka mendekati daun yang ditulis perkataan tersebut.

 내화성
(Fireproof)


Yeowoo melihat lagi dua keping kertas yang berada di tangannya.

Inari seperti menyebut sesuatu dan Yeowoo faham akan maksud itu.

Dia menulis nama seseorang itu dan membiarkan kertas itu terbang mencari tuan yang dipanggilnya itu.

Yeowoo menggengam tangannya. "Jebal, datanglah..."

TBC~




Sorry but, author dah takda gif lain 😂😂😂✨ redho jelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry but, author dah takda gif lain 😂😂😂✨ redho jelah. Siapakah yang Yeowoo panggil agaknya? Mesti semua orang tahukan? Juga terima kasih pada google translate kerana translate bahasa korea yg author tulis tu. Entah betul atau tak biorkan jelah. Btw, selamat bercuti para readers!

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now