12 - Penipu Tak Guna🌸

1.3K 174 29
                                    

"Yoongi! Aku dah masak! Palli makan!!" panggil Yeowoo dari dapur yang sedang menyiapkan makanan tengah hari mereka berdua. Yoongi telah terbaring di ruang tamu dan menonton tv tanpa mengendahkan panggilan Yeowoo.

Yeowoo mula bergerak kearah Yoongi dan menarik-narik lengan lelaki tersebut. "Bangun Yoongi!!!"

"Ahh... Nantilah!"

"SEKARANG!!!!! MAKAN!!"

_____






Yeowoo memunggah begnya untuk mencari kerja-kerja sekolahnya namun sesuatu yang keluar dari beg dia memang membuatkan dia terjerit. Dan jeritan itulah yang membuatkan Yoongi berlari kearah biliknya untuk melihat situasi yang berlaku pada Yeowoo. "Waeyo Yeowoo!!!"

Terus Yoongi merempuh bilik Yeowoo dan melihat gadis tersebut. "Yoongi-ah..  Ak.. Aku.." sejak bila Yeowoo ada penyakit parkinson pun tak tahulah. "Kau apa?" Yoongi memeluk tubuhnya dan bersandar di tepi pintu.





"Aku lupa bagi balik alat kira kelajuan ni dekat abang JPJ tulah..."

"MWOYAH?!"







Esok,

Di depan pintu pagar sekolah, seorang lelaki handsome dan sado sedang berdiri di tepi pintu pagar ketika para pelajar berpusu-pusu keluar dari sekolah untuk balik kerumah masing-masing.

Dia menunggu, menghitung hari, Agar kau jumpa yang dinanti, semoga-,  okay stop it Aiman Tino, jangan sampai aku panggil Vernon.

Akibat dia tidak mampu bersabar lagi, terus dia bertanyakan pada beberapa orang pelajar. "Uhm.. Tumpang tanya.."

"Hmm?? Ah, ya kenapa??"

"Ada nampak tak pelajar perempuan tinggi ni, berambut pendek, kulit putih..." tanya abang itu. Oh, lupa nak bagitahu yg abang ni sebenarnya abang JPJ, Jeon Jungkook yang muncul dalam chapter lepas. Dia dia sedang mencari..,

Yeowoo.

Dua orang gadis itu menggeleng sebelum meminta diri untuk pergi. Jungkook terpaksa akur. Dia masih lagi mencari. Di sebabkan Yeowoo yang mencuri alat kira kelajuan milik jabatan tempat dia kerja itu, kepalanya telah dihempuk beberapa fail tebal oleh pegawai atasannya. Jadi dia sedang mencari demi mendapat hak keadilan keatas dirinya.


"Apa?! Kau takda lusa ni? Kau pergi mana??!"

"Aku ada sebab peribadilah!"


Jungkook menoleh memandang kearah suara tersebut. Macam kenal. Dia terus memerhati seorang gadis berambut pendek dan seorang lelaki berambut putih sedang bertekak bagaikan suami yang baru balik clubbing tinggal anak bini kat rumah yang tak makan sebulan lepas.

Matanya membulat. Ya! Itu dia! Terus dia berlari dan berhenti didepan mereka berdua. Lelaki dan gadis itu memandang Jungkook.

"Maaf? Encik ni siapa?" soal gadis itu yang sememangnya Yeowoo. Jungkook angkat kening. Kaca mata hitamnya di buka dan di sangkut di kolar bajunya. Yoongi memandang annoying.

"Takkan tak ingat. Kita baru jumpa kelmarin..."

Zuukk!!

Ahh.. Yeowoo dah ingat. Abang JPJ. Terus dia mengeluarkan alat mengira kelajuan itu dan di letakkan di tangan Jungkook. Jungkook memandang Yeowoo. "Maaf lupa nak bagi! Tapi terima kasih bagi pinjam! Bye! Jom Yoongi!" usai berkata begitu terus dia melarikan diri daripada situasi yang meresahkan itu.


"YAHH!! TUNGGU! INGAT KAU BOLEH LARI SENANG-SENANG JA KA??!" Jungkook mula mengorak langkah mengejar Yeowoo dan Yoongi. Yeowoo menoleh ke belakang. Dia cuak.

"YEOWOO TENGOK DEPANLAH! ADA LONGKANG!" Jeritan Yoongi membuatkan Yeowoo menoleh depan dan hampir membuatkan Yeowoo jatuh ke dalam namun masih sempat melompat longkang tersebut. Nasib baiknya agak baik harini.

"ABANG JPJ!! ADA LONGKANG! HATI-HATI TAU! BYE!!" Yeowoo terus menjerit dan berlari lagi.

"MWO??" Jungkook hairan namun selepas itu...

GEDEBUK!!


Kuat, sungguh kuat bunyi yang Jungkook hasilkan selepas dia jatuh ke dalam longkang dan disaksikan oleh seluruh warga masyarakat yang berada disitu. Hmm.. Takziah pada Jungkook.

"Tak guna" Jungkook hanya mampu menyumpah seranah Yeowoo di dalam hatinya. Dia memandang sekeliling. "Apa tengok-tengok? Balik ah!"







"Yoongi.." Yeowoo memanggil Yoongi dan Yoongi hanya membalas 'hmm'. "Dengar kata kau pandai main alat muzik. Betul ke??"

"Tak"

"Habis?! Yang author intro diri kau tu, ekor first tu kau buat apa!!?" bertubi-tubi soalan yang diberi oleh Yeowoo pada Yoongi. Yoongi hanya memejamkan mata.

"Masak. Aku pandai masak ja.."



Yeowoo merenung muka author. Maafkan author sebab berdusta huhuhu.

"Tapi lusa ni kau nak ke mana??"

"Aku cakap itu hal peribadi aku..."

"Aku nak tahu!"

Yoongi mendengus. Kalut betul minah ni. " Jeonseoljeog-in sinbijuui Segye.." "huh?" mata Yeowoo berkedip-kedip. Jap macam pernah dengar. Dia mula teringat akan kata mamat anjing itu beberapa minggu lepas.

"Dan kau jangan ikut aku. Arraso? Ini bahaya." Yeowoo mengeluh. Kot mana pun dia takkan boleh ikut Yoongi. Keseoranganlah dia.

TBC~

Yoongi gais, btw author update lain jumaat minggu depan bye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoongi gais, btw author update lain jumaat minggu depan bye.. Tapi author tak boleh janji. Sorry.. ●△●

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now