34 - Promise Me🌸

1.1K 149 120
                                    

"Welcome back Kitsune!" Yeowoo menjerit kegembiraan apabila kembali ke rumah. Kitsune memandang Yeowoo sebelum memeluk badan gadis itu. "Haih, rindu betul dengan Yeowoo. Yoongi macam mana? Perangai dia okay?" Soal Kitsune dan tiba-tiba pandangannya menjadi tajam apabila melihat Yoongi. Entah sejak bila ada aura hitam merasuki dirinya.

"Dia? Ermm... Biasalah, dan perangai dia okay saja!" balas Yeowoo pada Kitsune. Taehyung yang malas mengambil tahu terus menirap di depan tv sambil melayani anime, Ninja Hattori-kun dengan terujanya.

"Kau selalunya bila balik ni mesti ada apa-apakan?" soal Yoongi pada Kitsune. Kitsune angguk. "Esok, kau dan seluruh Yokai atau syaitan yang tinggal di bumi perlu balik ke The Legendary Mystic World, festival melatih kuasa akan diadakan selama 5 hari 4 malam" ujar Kitsune pada Taehyung dan Yoongi. Yeowoo tercengang. "Habis, saya?" soal Yeowoo.

Kitsune memandang Yeowoo. "Awak duduk sorang-sorang kat rumah!" ujar Kitsune sambil menepuk bahu Yeowoo. "Sila bertabah" Yeowoo menayang muka sedih. Weh, dia selama ni mana pernah tinggal sorang-sorang sampai nak dekat seminggu. Dulu pun, adiknya ada kem 3 hari 2 malam kat sekolah, Yeowoo sampai hari-hari call adiknya. Risaulah katakan. Padahal dia bila duduk sorang² dia jadi tak tentu arah. Teruk betul.

"Adik lagi risau pasal kakak. Kakak tu bukan boleh duduk sorang-sorang nanti habis satu rumah jadi tempat bersejarah huh..." itulah kata-kata adiknya pada Yeowoo ketika hendak tinggalkan rumah.


"Aku kena buang perasan tak tentu arah tu" Yeowoo bertekad. Dia menggemgam buku limanya. "Kau okay ke bila aku tinggal rumah ni sorang-sorang kat kau?" Soal Yoongi pada Yeowoo. Yeowoo angguk. "Aku okay ja. Tapi janji kat aku..."



"Apa?"





"Kau kena balik tau"




Kata-kata Yeowoo membuatkan Yoongi tersenyum. Jari kelingking Yeowoo di paut oleh Yoongi. "Ya, aku janji"



 "Ya, aku janji"

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

















Yoongi yang tidak boleh tidur bergerak kearah bilik Yeowoo. Telinga rubahnya diusap beserta rambutnya. 4 ekornya di keluarkan. Hanya pada waktu malam sahaja dia dapat berbuat begitu. Kalau waktu pagi pasti dia akan di tangkap sebagai yokai dan orang membunuhnya.

Pintu bilik itu dibuka. Di tenung wajah tenang Yeowoo yang sedang tidur itu. Kepala Yeowoo diusap. "Aku pergi sekejap ja. Jaga diri ya. Dan..." Yoongi mengambil sesuatu dari laci meja Yeowoo. "... Dan sebagai tanda perjanjian, aku akan pakai kumihimo ni" ujarnya lalu memakai kumihimo.

Dia berdiri bangun dan terus keluar dari bilik Yeowoo. Yoongi menelan air liur. "Apa aku cakap tadi?" bagaikan baru tersedar, dia menanya dirinya sendiri. Dia menutup mulutnya. "Kenapa aku ni?" sekali lagi dia bertanya tentang tadi. Namun soalannya langsung tidak terjawab.













nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now