20 - Yoongi, Save Me🌸

1.1K 153 48
                                    

Suatu petang yang tenang, seorang lelaki sedang menikmati biskut beras bersama teh di tepi rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suatu petang yang tenang, seorang lelaki sedang menikmati biskut beras bersama teh di tepi rumahnya. Bersama angin yang menerpa pipinya juga telah membunyikan wind chime menyempurnakan lagi petangnya.

Tapi hanya satu sahaja yang membuatkan dia kesunyian.

Sung Yeowoo.

Terdetik rasa bersalah dalam dirinya biarpun dia ni seorang yang jenis tak ambil berat tentang orang lain. Tapi gadis itu telah mengambil sepenuh perhatian dia. Dia seperti pernah berjumpa dengan gadis itu sebelum ini. Tapi, dekat mana? Kenapa dia tak ingat?

"Huu..." Dia mengeluh lalu memejamkan matanya rapat. Yoongi mula menghirup tehnya namun angin yang kuat serta kemunculan sekeping kertas di atas langit telah mencuri perhatiannya.

Kertas itu jatuh ke tanganmya dan seperti satu suara halus membisik.

"Yoongi-ah,..."

"Jebal.."

"Tolong aku..."

Yoongi memandang lama kertas talisman itu.

 윤기
(Yoongi)

Dia mengangkat kertas itu lalu diletakkan kearah bibirnya. Dia mula menghidup bau kertas tersebut.




"Yeowoo"














Disebabkan Inari, Izanami, Jin dan Taehyung cedera teruk, Yeowoo terpaksa lawan makhluk ini seorang diri. "Se.. Sejak bila makhluk ni begitu kuat?" soal Inari yang sudah menggunakan sepenuh kuasanya untuk menghalang Fuukao itu. Tanpa tenaga, sihirnya takkan menjadi.

Yeowoo mula menulis sesuatu di satu pokok dan mengundur kebelakang. Dengan menggunakan berusnya, dia menulis satu perkataan di tapak tangannya.

Jari telunjuknya lurus menunjukkan kearah Fuukao itu. "Marilah!" setelah dicabar oleh Yeowoo, Fuukao itu seakan-akan tersengih melihat Yeowoo.

Izanami memandang perkataan yang di tulis oleh Yeowoo di pokok tersebut. "Pe.. Pedang?"

 검
(Sword)

Selepas itu dia melihat kearah Yeowoo pula untuk melihat apa yang ditulisnya di tapak tangan Yeowoo.

Belum sempat Izanami mahu mendekati Yeowoo, tangan Yeowoo sudah bergerak dari belakang kedepan.

"Terimalah!

Pedang daun dari pokok kat depan sana tu ha!" selesai mengucapkan kata-kata tersebut, tergolek Izanami apabila Yeowoo sempat membuat lawak hambar disitu.


"Kuasa angin!"

Yeowoo menggerakkan tanganya. Terserlah perkataan yang di tulis di tapak tangannya itu.

 바람
(Wind)

"Yah!" angin yang kuat telah menerbangkan daun-daun dari pokok itu kearah Fuukao itu. Kawasan rehat Taehyung dan rakan-rakannya telah di protect oleh kuasa Yeowoo juga.

Shap!

Terus sahaja badan Fuukao itu luka akibat daun-daun itu.

Yeowoo menerbangkan lagi daun tersebut sambil berlari kearah Fuukao itu namun tak semena-menanya dia terjatuh tersembam di hadapan Fuukao itu. Badanya sakit.

"Bodoh betul perempuan ni! Ahahhaha!!"

"Ugh, tak boleh gerak!" Yeowoo hanya mampu bercakap dalam hatinya sahaja dia cuba untuk bangun namun tak berjaya. Tangan Fuukao itu mula mengangkat Yeowoo dan dia seperti menyedut segala kuasa yang ada pada Yeowoo. Yeowoo memejam matanya, rapat.

"YAH!"


BUUKK!!

"Ugh!" Yeowoo membuka mata. Badannya di lepaskan oleh Fuukao itu. Dia terpelanting jauh dari Fuukao itu dan jatuh terhempap di atas tanah dengan gaya menirap.

"Kau okay Yeowoo?! Maaf sebab aku datang lambat!" mata Yeowoo perlahan-lahan melihat gerangan itu. Dia tersenyum kecil.

"Akhirnya kau datang..




...Yoongi"



Yoongi yang berada di depannya hanya memandang risau. "Yeowoo.."

"Ya"


"Kau ada lagi satukan Talisman kau?" soal Yoongi dan di balas dengan anggukkan Yeowoo. "Yoongi! Fuukao tu nak serang kau!" laungan Yeowoo membuatkan Yoongi menoleh untuk melihat kearah Fuukao itu.

Yoongi mula mengeluarkan kitsunebinya dan di baling kearah Fuukao itu. Dia menoleh melihat Yeowoo sebelum dia, Yoongi melilitkan seutas tali di pergelangan tangan Yeowoo.

Yeowoo melihat. "Ini bukan Kumihimo Yoongi ke?" ujar hatinya dan satu benda yang membuatkan Yeowoo terkejut adalah secara langsung, Yoongi mencium tangan Yeowoo yang dipakaikan Kumihimo tadi.

"Aku tak boleh halang yokai ni sorang-sorang, jadi aku perlukan kau."

"Guna talisman terakhir untuk membuat penghalang kuasa jahat..."



Usai berkata begitu, Yoongi terus melompat untuk berlawan dengan Fuukao tersebut dan Yeowoo dengan gigih bangun semula untuk menulis sihir penyekat kuasa jahat.

Dia mengambil berusnya lalu menulis perkataan tersebut.

악의 세력을 억제
( Suppress the forces of evil)



"Yoongi! Saya dah tulis!" laung Yeowoo kearah Yoongi. Dia menoleh sekejap kearah Yeowoo dan terus melompat keatas Fuukao itu lalu menyebabkan Fuukao itu tertunduk. Yeowoo berlari dan melompat untuk sama seperti paras tinggi Fuukao tersebut.



Kertas talisman itu di tampal di atas dahi Fuukao itu.



"Penyekatan kuasa-kuasa jahat!" laung Yeowoo dengan kuat. Fuukao itu kelihatan terkejut.

Ting!

Beberapa jalur cahaya keluar dan menyebabkan, Kertas talisman yang pendek itu terus bertukar menjadi panjang lalu membelit seluruh tubuh Fuukao itu menyebabkan Fuukao itu tidak dapat bergerak dan akhirnya di kunci lalu mengubah bentuk fizikal Fuukao tersebut.

Menjadi patung singa batu.

Dimensi tadi terus hilang dan aura hitam pula tidak kelihatan.

Yoongi dan Yeowoo tercungap-cungap. Yeowoo yang tidak bermaya itu terus jatuh kedalam pelukkan Yoongi dan menbuatkan lelaki itu tersenyum.

"Kau dah berusaha Yeowoo."

TBC~~


Huuii, author back! Okay kes Fuukao dah habis and semua orang dah tahu lelaki yang Yeowoo panggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Huuii, author back! Okay kes Fuukao dah habis and semua orang dah tahu lelaki yang Yeowoo panggil. Dan.. Terimalah, tarian khas Jungkook ⬆bye~~


nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now