42 - The Gumiho Become Human🌸

1.1K 163 116
                                    

Yoongi memandang Yeowoo dengan penuh teruja. Di peluk badan kecik gadis itu lalu menangis terharu.

"Aku memang cintakan kau Yeowoo... Aku akan jaga kau!" Janji Yoongi pada Yeowoo. Yeowoo tersenyum lalu mengusap belakang Yoongi perlahan-lahan.


Shingg~


Beberapa jalur cahaya telah menyilaukan mata Yeowoo apabila memandang Yoongi. Dia menutup sedikit bagi melihat Yoongi. "Yoongi kau!"

Pufff!

Maka dengan itu terserlah 9 ekor milik Yoongi yang bersinar berserta matanya yang menjadi biru. Rambutnya juga putih bersinar apabila terkena cahaya bulan.

"Kau dah jadi Gumiho" sambung Yeowoo. Yoongi memandang badannya itu. Sekali lagi dia tersenyum kearah Yeowoo. Bersama bunga sakura berterbangan di malam indah dan pada musim luruh- Eh, jap! BUNGA SAKURA?! CELAH MANA DATANGNYA BUNGA SAKURA NI?!

Yeowoo yang sedar akan kepelikan keadaan itu terus bergerak ke luar rumah. Di jenguk atas bumbung rumah dan terlihat seseorang. Ternganga Yeowoo dibuatnya.

"SHOUJUN-SAMA?!"

Shoujun dengan senang hati menabur bunga sakura itu dari atas bumbung bersama senyumannya. Selepas terdengar jeritan Yeowoo, Shoujun melihat Yeowoo dari atas lalu tersenyum sebelum turun ke laman rumah Yoongi dan menyapa mereka berdua. "Kenapa datang ni?" soal Yoongi pada Shoujun.

"Saya dapat maklumat yang korang berdua bercinta" ujarnya.





"Tahukan manusia dan yokai tidak boleh bersama?" soalnya lagi pada mereka berdua dan memeluk tubuh. Pandangannya menjadi tajam. Kedua-dua mereka angguk. Yoongi memandang muka Shoujun dengan penuh harapan.






"Tapi saya akan berubah menjadi manusia! Jadi tak salah kan?!" kata-kata Yoongi mendapat anggukkan Shoujun dan Yoongi hanya mampu mengeluh lega. Nasib baik.


"Jadi Yoongi, Yeowoo, esok ikut saya ke Legendary Mystic World untuk berjumpa dengan Yokai and Spirit Changer God, Sugawara" Shoujun yang berpeluk tubuh itu memandang muka mereka berdua lalu memandang tangan mereka pula. Berpegangan tangan. Erat pula tu.

Dia berdehem seketika. "Sebagai Matchmakers God, sayalah god yang perlu awak berdua hadap ketika kahwin, saya akan restukan awak berdua, ikat benang merah, berjanji, sarungkan cincin kahwin dan semuanya settle" panjang lebar Shoujun memberi keterangan pada mereka berdua dan Yeowoo telah mengeluarkan buku lalu menulis segala yang di perkatakan oleh Shoujun.

"Yeowoo, pastikan awak habis belajar. Sekurang-kurangnya awak takkan tersangkut dengan pelajaran."

"Lepas kahwin saya akan sambung belajar. Tapi, kenapa kami kena pergi ke shrine awak untuk melangsungkan perkahwinan?" soal Yeowoo dengan dahi berkerut. Buku nota sebentar tadi sudah berada di pegangan Yoongi.

"Sebab Yoongi asal usulnya yokai yang berhubung dengan kami di Legendary Mystic World. Mana² yokai yang menjadi manusia perlu berkahwin di situ untuk memberi pelepasanlah. Ala-ala macam mak dan bapak nak lepaskan anak mereka kat pada org lainlah bila kahwin" balas Shoujun dan Yeowoo mengagguk.

"Jadi esok siap sedia ya?"

"Baiklah"



















Yeowoo yang sedang bermain phone diperhatikan oleh Yoongi. Dia menoleh. "Kenapa?" soal Yeowoo pada Yoongi dan lelaki itu tersengih. "Yeowoo-ah, aku tak sabar nak jadi manusia. Macam mana ya kehidupan manusia?" Yoongi mula memandang siling dan berangan-angan.

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now