18 - Perempuan Sihir, Yeowoo🌸

1.1K 161 49
                                    

Pulangnya Yeowoo ke dunia, dia terus pergi ke rumah Yoongi bersama kunci yang Kitsune pernah bagi kepadanya suatu ketika dahulu dan mengemas barang-barang juga bajunya.

Dia memandang rumah itu untuk kali yang terakhir. Rasanya dia tak perlu untuk ingatkan rumah ni semula. Dia mengeluh dan keluar dari rumah itu dengan hati yang separuh mengatakan berat untuk tinggalkan dan separuh lagi mengatakan ringan untuk tinggalkan tempat ini.

Dia berjalan bersama Taehyung untuk kerumahnya.




"Aku rasa, aku perlu kumpul duit untuk sewa rumah lama aku.." ujarnya sambil melihat baki wang yang dia ada sekarang ni. Taehyung yang baru keluar dari dapur memandang dirinya. "Betul jugak. Tak elok perempuan tinggal dengan lelaki.." kata-kata Taehyung membuatkan Yeowoo tersenyum paksa dan tergelak kecil. Selama ni aku tinggal dengan Yoongi tak elok rupanya.


Esoknya Yeowoo bangun seperti biasa dan mengemas beg sekolahnya sebelum pergi kesekolah. Taehyung awal-awal lagi dah keluar. Bila tanya ke mana, dia cuma cakap...

"Rahsia"

Semua Yokai macam tu ke? Yeowoo berjalan melepasi semua kedai dan beberapa orang, akhirnya sampai juga di ke sekolah. Dia berhenti di depan pintu pagar sekolah. Satu sahaja yang dia fikir.

"Agaknya Yoongi datang tak??"

Agak lama dia menjenguk keluar kelas semata-mata memastikan Yoongi tidak ada.

Kring~

Ah, loceng pembelajaran pun dah bunyi, rasanya Yoongi takkan datang. Selepas sudah memastikan yang Yoongi takkan datang, Yeowoo mengambil keputusan untuk duduk di tempatnya dan belajar seperti biasa.







"Taehyung" Taehyung mendongak untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu. Perempuan itu menghulurkan beberapa keping kertas kepada Taehyung. Taehyung masih lagi melihat perempuan itu.

"Buat apa ni?" soal lelaki itu. "Demi keselamatan Yeowoo, awak perlu bagi kertas ni pada dia. Saya ada suruh awak beli beruskan hari itu??" Taehyung mengangguk. "Kebanyakkan Yokai mahu kuasanya, selain Yoongi, awak jugalah Yokai yang saya percaya Taehyung. Jangan musnahkan harapan saya. Yeowoo itu luar biasa daripada apa yang dia fikirkan..."

"Saya dengar Fuukao nak serang dia.." (Fuukao adalah sejenis Yokai berbentuk singa dan bertanduk yang direka oleh author XD)

"Tak sangka, kau ni tukang tilik yang berpengaruh Inari" Lelaki jelmaan anjing itu ketawa terkekeh-kekeh dan membuatkan kepala Inari menghasilkan asap berkepuk-kepuk yang mencemarkan lama.

"Aku bukan bomoh anjing tak guna!!!"

Debuushh!!

"AARRGHH!!"

Akhirnya Inari membuat sepakkan penjuru dan Taehyung pula yang dijadikan bola lalu membuatkan lelaki jelmaan anjing itu terpelanting jauh melepasi gunung yang membahagikan antara Bright District dan Dark District. Hebat kau Inari.





Yeowoo berjalan pulang mengikut arah yang berlainan daripada biasa. Dia mengeluh. Rasa rindu terhadap Yoongi tiba-tiba muncul. Ya, dia rindukan semua yang ada kat rumah tu.

Tambah-tambah masakkan Yoongi.

Nampaknya balik nanti dia perlu masak makanan sendiri sedangkan Taehyung ada kerja. Yeowoo mengangkat kepalanya dan melepaskan keluhan. "Tak perlulah kau rindu dia..."




"Semut berkawad satu, satu hora horeyy"

Yeowoo terbangun dari tidurnya dan menutup jam loceng yang di setnya menggunakan lagu kanak-kanak Didi and Friends biarpun dia tahu yang umurnya sudah melepasi 10 tahun. Dia dah 17 Tahun kot. Namun siapa kisah?

Yeowoo yang tadinya menirap terus memusingkan badanya dan memandang siling bilik yang dia gunakan sekarang. "Selalunya Yoongi yang kejut aku." kata-kata Yeowoo jelas menunjukkan yang dia masih belum move on dengan Yoongi. Bertabahlah Yeowoo.

Dia mengelap rambutnya yang basah setelah selesai mandi. Cuti hujung minggu. Setelah itu dia bergerak kearah luar rumah untuk menikmati cuaca pagi yang sejuk. Dia menggosok-gosok lengannya...


"Grrr..."


Satu bunyi membuatkan Yeowoo menoleh beberapa kali kesebelah kanannya. Disebalik semak yang berada di perkarangan laman Taehyung itu menghasilkan aura hitam yang sungguh dahsyat.

Yeowoo memusing ke belakang. "Better aku masuk.." dia mula mengangkat kain hanboknya dan berjalan masuk. Entah kenapa terasa seram sangat masa itu. Oh lupa nak bagitahu yang Yeowoo sekarang saja memakai hanbok. Dia mula berjalan dan tiba-tiba...

"Waarrrr!!"

Yeowoo mendongak keatas. Matanya terbeliak.

"WUUUWWAAHHH!!! SINGA BERTANDUK!! TAPI DALAM PEPATAH BAHASA MELAYU KUCING BERTANDUK JA!!" Terus Yeowoo berlari masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

"Mana kau perempuan sihir..."

Yeowoo menggigil-gigil. "Makhluk ni boleh bercakap la!"

Taehyung kembali ke rumah. Matanya terbeliak apabila melihat rumahnya yang dilitupi oleh aura hitam yang jahat. Dia mengetap gigi. "Aku dah terlewat!"




"Munculkan diri kau!!!"

Makhluk itu yang dipanggil Fuukao mula merosakkan benda-benda yang berada di dalam bilik itu. Yeowoo cuak. Dia yang sekarang ini bersembunyi di dalam bilik store tiba-tiba di sapa oleh seseorang dan membuatkan dia terkejut.

"WAAAAA TAEHYUNG!" Muka terkejut di tayangkan oleh Yeowoo pada Taehyung. Dia mengusap dada. Terkejut. "Yeowoo, ambil ni. " Taehyung menghulurkan beberapa keping kertas berbentuk talisman dan satu batang berus yang dibelinya pada Yeowoo.

Yeowoo hairan. "Untuk apa?"

"Kau boleh seru apa sahaja dengan menulis perkataan itu pada mana² tempat sahaja... Menggunakan berus ini.." mata Yeowoo terbeliak.

"Apa-apa sahaja!?"

"Ya, dan kertas ni.." Taehyung melihat muka Yeowoo.



"Kau boleh seru mana-mana makhluk yang tinggal dekat Legendary Mystic World atau makhluk ajaib yang tinggal disini untuk bantu kau dengan menulis namanya di atas kertas ini.."

Yeowoo terkedu. "Tapi macam mana ia boleh jadi?!" soalnya seakan-akan tidak percaya. "Sebab kau..."


"Ada kuasa.."

"Keluarga kau adalah keturunan ahli sihir yang menyekat kuasa jahat..."

"Kau perempuan sihir Yeowoo!"

TBC~~





Heeyyyoo! Author back again, back again

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Heeyyyoo! Author back again, back again. Okay author cuma nak tanya, fanfic ni mengarut sangatkah? Sila jawab dengan jujur. Sekian. 😌😌✨

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now