CHAPTER 02°

2.5K 243 8
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

[BAEKHYUN POV]

Selepas sarapan, aku bawa Geun jalan-jalan.Dia kalau jalan-jalan excited betul.Kalau boleh mana tempat boleh jalan dia nak pergi.Sampai pening aku dibuatnya.Penat.Maklum lah umur dah meningkat.25 tahun.Aku rasa dah tua tu.Aku kahwin umur 20 tahun.Muda kan.Nak buat macam mana jodoh sampai awal.Tapi pengakhiran pun awal.Malaslah nak cakap pasal ni.Hati masih sakit.

"Appa nak tu..Appa.."lamunan aku terhenti apabila baju ditarik Geun."Geun nak apa??doll tu?"doll rusa aku tunjuk nak pastikan itu yang Geun nak.

"Nae.."Geun angguk laju.

"Jom"aku pimpim tangan Geun.Kedai jual pelbagai doll kami tuju.Yang pasti Geun tertarik dekat doll rusa itu je.Anaknya itu memang suka rusa sejak kecil.Tapi belum berkesempatan melihat rusa betul.

"Appa..bila Uncle Hae balik sini?"tanya Geun.Aku pandang dia.Doll dah selamat dalam dakapan dia.Comel betul anak aku seorang ni.

"Nanti kalau Uncle Hae habis belajar, Uncle baliklah sini.Jumpa anak Appa yang comel ni"Geun senyum bila aku cakap macam tu.Terpamer gigi dia yang hampir tumbuh semua.

"Sekarang jom teman Appa bayar doll ni.Lepas tu kita pergi makan.Anak Appa ni mesti dah lapar"

"Yeayyy..Geun nak aiskrim"ceria sungguh anak aku ni.Suka sangat makan aiskrim."Ok..nanti kita makan aiskrim.Geun cakap je nak makan apa.Appa belikan.Apa pun untuk anak kesayangan Appa ni"

"Appa the best!!"aku gelak kecil bila Geun memuji sambil angkat thumb up.

Aku memang rapat sangat dengan Geun.Kami dah macam satu jiwa dalam satu badan.Kalau Geun sedih aku turut sedih,kalau aku sedih Geun turut sedih.Begitulah seterusnya.Dari masih baby sampailah sekarang aku yang jaga Geun.Memberi satu persatu langkah untuk Geun melangkah sebagai seorang manusia yang baik.Menjalankan tugas sebagai Appa yang dapat Geun ikuti.

Aku dah terbiasa menguruskan semua seorang diri.Jadikan apa yang aku nak sesuatu yang perfect.Aku tak nak Geun merasakan kesusahan seperti apa yang aku rasa.Sebab itulah aku nak semua perfect dan tegas dalam mengurus semua hal.

••••••••

Jihyo berdiri.Sudah tiba masanya dia mencari kerja lagi.Buat apa melepak Cafe Key lama-lama.Bukannya dapat kerja daripada kawan dia seorang ini.Datang sini menghabiskan duit adalah.Bukannya dapat duit.Tapi kalau dia tak datang rasa tak senang hidup.Sebab itulah dia selalu lepak dekat Cafe yang satu ini.

"Kau nak pergi mana ni??kejapnya lepak"

"Aku nak cari kerja.Buat apa lepak sini lama-lama.Waste time"ujar Jihyo sambil angkat tangan bermaksud kau-bukannya-bagi-aku-kerja.

"Amboi kau.Dekat Cafe aku ni juga kau lepak selalu.Waste time konon"

Jihyo sengih."Biasalah.Customer is always right.Jadi kau kena terima je kedatangan aku.Anytime"berkerut dahi Key dengar kata-kata Jihyo.Dia jeling Jihyo geram.

Jihyo ketawa lihat reaksi Key."Kau ni ambil serius je.Dahlah aku pergi dulu"Jihyo berlalu pergi.Rasa bahagia dapat kenakan Key.Pemilik terbuka Cafe yang dia selalu lepak itu.

•••••••

Selepas makan, Baekhyun dan Geun bergerak ke tempat seterusnya.Mereka melangkah kearah kereta.Baekhyun akan bawa Geun kesebuah taman tema.Ingin luangkan masa dengan Geun sebab esok dia akan memulakan kehidupan dia sebagai seorang CEO.Menguruskan sebuah syarikat terkemuka di Seoul.Great Palace Holding.Dia akan buat yang terbaik supaya tidak membuang kepercayaan yang Omma dia bagi.

"Ok jom"Baekhyun membuka pintu kereta ditempat duduk penumpang sebelah pemandu.Geun masuk kedalam kereta.

Selepas memastikan Geun masuk, Baekhyun juga masuk kedalam kereta.Geun disebelah dipandang.Setia peluk doll rusa dia tu.

[BAEKHYUN POV]

"Sayang pakai seatbelt.Ke nak Appa pakaikan?"Geun mengeleng dan pakai seatbelt sendiri.Aku senyum bangga melihat Geun.Anak aku ini Suka melakukan semuanya sendiri.Suka berdikari.

"Pandai anak Appa ni"kepala Geun aku usap.

Aku mula menghidupkan enjin kereta dan keluar dari tempat parking.Satu tempat lagi untuk kami tuju.Luangkan masa bersama.Lepas tu balik kerumah.Tiba-tiba seorang perempuan melintas dihadapan kereta aku.Nasib baik aku cepat tekan brek.Tak terlanggar.Tapi perempuan itu jatuh.

"Appa..dia jatuh"aku tengok Geun tunjuk kedepan.

"Haishh"seatbelt aku buka.

"Appa nak pergi mana?"

Aku pandang Geun."Appa keluar kejap.Geun duduk elok-elok.Tunggu Appa"aku keluar dari perut kereta.

••••••••••

Adoi..apalah malang nasib aku hari ni.Dahlah tak dapat kerja.Sekarang jatuh pula macam nangka busuk.Nasib baik tak kena langgar.Tapi hampir.Aku rebah pun sebab terkejut.Hampir gugur jantung aku rasa.Kalau gugur entah siapa nak kutip jantung aku nanti.

"Kau dah lama hidup ke?"

Dahi aku berkerut apabila dengar suara yang tidak bermasyarakat ditelinga aku.Soalan dia betul-betul buat telinga aku panas.Aku angkat wajah.Nampaklah seorang lelaki dihadapan mata sambil bercekak pinggang.Muka masam.Marah agaknya.

"What do you mean?"aku tanya dia.Yang dia nak marah ni kenapa.Bukannya aku rosakkan kereta.Dari bercekak pinggang dia peluk tubuh pula.Aku dia pandang tajam.

Dia duduk mencangkung depan aku."Sebelum lintas jalan tak boleh tengok kiri kanan ke??ke tak pandai??"pertanyaan dia buat wajah aku masam.Geram sungguh aku."Nasib baik aku cepat brek.Kalau tak kau tinggal dekat hospital"

Aku jeling dia.Aku berdiri.Susah payah aku nak bangun berdiri.Dia tak tolong pun.Dasar lelaki tak bermasyarakat.Why I met this man today??dia turut berdiri.

"Sila berdiri dekat situ kalau tak nak kena langgar"dia aku tengok tunjuk ditepi jalan.Amboi nak arah aku pula.Macamlah aku tak tahu.Berlagak betul.Mentang-mentanglah kereta kau besar nak berlagak.Pigi dahhhh.Menyampah aku.

Aku berdiri jauh dari kereta mahal dia tu.Aku rasa berjuta harga kereta dia tu.Sebab tulah berlagak semacam je.Aku toreh kan baru tahu kereta tu.Biar dia jadi gila 7 hari,7 malam.Ataupun hilang ingatan terus.

Aku memang kejam.

TO BE CONTINUED

VOTE✅
COMMENT✅
COPY❎

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now