CHAPTER 40° [S2]

1.4K 138 4
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Baekhyun membantu Jihyo duduk disofa.Selepas itu,dia melangkah kedapur untuk mengambil air kosong.Jihyo perlu makan ubat supaya kesihatannya bertambah baik.Sekarang langsung tidak ada senyuman dibibir itu.Mukanya kelihatan sedikit pucat.Fikiran entah kemana.Mata sentiasa berkaca.Hakikat tidak boleh lagi dia terima.Hakikat yang menyakitkan dan menyedihkan.

"Omma.."Geun betul-betul ceria dengan kepulangan omma kesayangannya itu.Dia duduk disebelah Jihyo.Dipeluk Jihyo dari tepi.Tetapi Jihyo hanya membatu dan memandang kosong kehadapan.

Keceriaan Geun serta merta hilang.Dipandang Baekhyun yang datang membawa air kosong.

"Sayang.Omma belum sihat lagi.Nanti bila omma dah sihat kita pergi bercuti ok"ujar Baekhyun ingin memujuk kesedihan Geun.

"Ok"jawab Geun perlahan dan turun dari sofa.Naik ketingkat atas.Baekhyun memandang sedih anaknya itu.Dia mengeluh berat.

"Jom makan ubat"ujar Baekhyun dan duduk disebelah Jihyo.Air diletakkan atas meja.Jihyo dipandang.

"Sayang.."Baekhyun memberikan Jihyo ubat.Jihyo memandang kosong ubat itu.Kepala digelengkan.

"Awak tak bolehlah macam ni.Macam mana awak nak sihat kalau tak makan ubat"

"Lebih baik saya terus macam ni"ujar Jihyo dengan suara serak.Dia berdiri dan melangkah ketangga.Untuk naik ketingkat atas.Baekhyun cepat-cepat mengikuti Jihyo dan membantu Jihyo naik ketingkat atas.

•••••••••••••••

"Geun sarapan dulu ye.Appa nak naik atas.Bawa sarapan omma"ujar Baekhyun kepada anak lelakinya itu.Geun mengangguk.

Baekhyun yang sudah kemas berpakaian pejabat melangkah naik ketingkat atas bersama dengan dulang berisi bubur dan segelas susu untuk Jihyo bersarapan.Pintu perlahan lahan ditolak dengan bahunya.Tidak mahu mengejutkan Jihyo jika tolak terlalu kuat.Kelihatan Jihyo sedang bersandar dikepala katil.Isterinya itu termenung sahaja.

Baekhyun duduk dibirai katil.Dulang diletakkan atas riba.Dipandang Jihyo yang asyik termenung.Hari ini juga tidak ada senyuman dibibir itu.

"Sayang.Jom sarapan.Kejap lagi saya dah nak pergi pejabat.Saya suapkan ok"

Jihyo mengeleng."Saya tak nak"tolak Jihyo.Tidak mahu bersarapan.

"Janganlah macam ni.Susahlah nak sihat nanti.Saya risau dengan awak"

"Saya tak suruh pun awak risau kan saya.Awak rasa kalau saya makan.Saya sihat.Anak kita akan kembali?"tanya Jihyo.Airmatanya mengalir perlahan lahan dipipi.Kedengaran serak nada suara Jihyo.

"Tak.Anak kita tak akan kembali.Jangan paksa saya"sambung Jihyo dan terus baring kembali.Membelakangi Baekhyun.

Baekhyun menghela nafas berat.Pilu hatinya mendengar kata-kata Jihyo.Dia bangun.Dulang diletakkan atas meja tepi katil.

"Saya pergi pejabat dulu.Sarapan saya letak atas meja ni.Kalau awak lapar awak makanlah"pesan Baekhyun dan setelah itu dia melangkah keluar dari bilik.

"Maafkan saya.Saya cuma takut"ujar Jihyo perlahan.

•••••••••••••••

"Belajar rajin-rajin tau.Jangan main-main"pesan Baekhyun kepada Geun.

"Ok appa"balas Geun dan keluar dari kereta.Baekhyun memandu kereta pergi dari kawasan sekolah itu.

Dalam perjalanan ke pejabat Baekhyun asyik termenung.Memikirkan Jihyo yang masih lagi tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku.Sedih dia melihat keadaan isterinya itu.Hanya kesedihan yang terpancar diwajah itu.Sejak balik langsung tiada senyuman dibibir itu.Hanya ditemani dengan airmata dan kesedihan.

Tiba-tiba seseorang melintas dihadapan kereta Baekhyun.Nasib baiklah Baekhyun sempat menekan brek.Dada Baekhyun berombak.Dipandang hadapan dengan tajam.Seatbelt dibuka dan dia keluar dari kereta.Kelihatan seorang perempuan sedang terduduk sambil memegang kakinya yang sakit.

"Awak ok?"tanya Baekhyun panik.

"Kaki saya sakit"jawab perempuan itu.

"Jom saya bawa pergi hospital"Baekhyun membantu perempuan itu berdiri dan membawa masuk kedalam kereta sebelah pemandu.

•••••••••••••

Setelah dirawat, perempuan itu keluar dari bilik doktor.Kakinya berbalut.Baekhyun berdiri dan membantu perempuan itu duduk diatas kerusi yang sudah disediakan di hospital itu.Sesekali perempuan itu mengaduh sakit.

"Apa doktor cakap?"tanya Baekhyun.

"Terseliuh dengan luka sikit je"jawab perempuan itu.

"Maafkan saya"

"Ehh tak apa.Lagipun saya yang salah.Melintas tak tengok kiri kanan.Saya Lim Nayoung.Awak?"Nayoung memperkenalkan dirinya.

"Byun Baekhyun"balas Baekhyun memperkenalkan dirinya juga.

"Ehh, awak CEO Great Palace Holding kan?"tanya Nayoung.

"Mana awak tahu?"

"Siapalah tak kenal CEO paling muda dekat Seoul ni"jawab Nayoung.

Baekhyun ketawa kecil mendengarnya."Tak ada lah muda sangat"

•••••••••••••••••

Jihyo melangkah turun.Sarapan langsung tidak dijamah.Mungkin sudah basi kereta jam sudah menginjak pukul 1:30 tengahari.Dia melangkah keluar ke taman mini.Menghirup udara segar disitu kereta pokok-pokok hijau.

Tiba-tiba Jihyo menyentuh perutnya.Mata Jihyo membutang.Airmatanya mengalir deras.Bibirnya bergetar.

"Anak omma..anak omma pergi mana??"tanya Jihyo.Dia berpusing pusing tercari cari seseorang.

"Jihyo.Kenapa ni?"Baekhyun menghampiri Jihyo.Jihyo memandang Baekhyun.Lengan Baekhyun dipegang dengan kedua dua belah tangan.

"Awak.Awak anak kita.Please..tolong cari dia.Dia hilang"

"Anak kita dah tak ada.Awak kena terima hakikat"Jihyo meleraikan pegangan Jihyo dilengannya dan memegang tangan Jihyo.

"Tak.Berapa kali nak cakap yang dia ada.Dia cuma hilang!!"marah Jihyo.Dia meronta supaya Baekhyun melepaskan tangannya.

"Jihyo tolonglah jangan macam ni.Tolonglah.."ujar Baekhyun.Tidak sanggup dia melihat Jihyo berkeadaan begini.

"Awak tolonglah cari dia!!..kenapa awak tak nak cari dia??!!awak appa dia.Awak carilah dia!!"rayu Jihyo sambil menumbuk numbuk dada Baekhyun perlahan.

"Diam!!!!"jerkah Baekhyun kuat membuatkan Jihyo terdiam.Hanya esakkan yang kedengaran.

"Saya dah cakap kan yang anak kita dah tak ada"Baekhyun menarik Jihyo kedalam pelukannya.Tidak terniat pun dia ingin memarahi Jihyo.Tetapi dia terpaksa.

"Saya nak anak kita balik"ujar Jihyo lirih.

Baekhyun memejamkan mata.Airmatanya mengalir.Pelukkan dieratkan.Dia tak mahu Jihyo terus berkeadaan begini.Dia terlalu sayangkan.Jihyo.Dia akan kekal bersama Jihyo walau apa pun yang jadi.Kesetiaan tetap dengan Jihyo.

BERSAMBUNG

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now