CHAPTER 44° [S2] Last Part

2.6K 172 38
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Baekhyun melangkah masuk kedalam rumah.Pintu ditutup.Dia melihat sekeliling,suasana sunyi sahaja.Mungkin Jihyo dan Geun sudah tidur.Dia melangkah keruang tamu dan duduk diatas sofa.Kunci kereta diletakkan atas meja tepi sofa.Wajah diraup.Muram sahaja riak wajah dia ketika ini.

Tubuh disandarkan dan mata dipejamkan.Cuba menenangkan fikirannya.

"Awak dah makan?"

Pertanyaan itu sedikit mengejutkan Baekhyun.Mata dibuka.Isterinya itu dipandang.Hanya gelengan yang dia balas.Tak sangka Jihyo menegurnya.

"Pergilah makan.Saya dah masak tadi"suruh Jihyo.Walaupun dia marah dengan suaminya itu.Dia tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Baekhyun mengangguk."Sayang.."

"Saya nak naik tidur"belum sempat Baekhyun meneruskan kata-katanya,Jihyo memintas dan melangkah naik ketingkat atas.

"Sayang..I'm sorry"ujar Baekhyun sedikit kuat.Tetapi Jihyo sudah berlalu kebilik.Baekhyun mengeluh berat.

Dia turut melangkah naik ketingkat atas.Selera untuk makan malam sudah tidak ada.Langkah diatur kearah bilik Geun.Pintu bilik anaknya itu dibuka perlahan lahan supaya tidak membangunkan anaknya itu.

Baekhyun duduk dibirai katil Geun.Rambut anaknya itu dibelai penuh kasih.Ditunduk sedikit wajahnya.Pipi Geun dicium lembut.Setelah itu,selimut ditarik sehingga keparas dada supaya Geun tidak merasa kesejukkan.

"Nasib baik appa ada Geun.Buatkan appa kuat.Mesti anak appa sedih kan kalau tahu keadaan appa dengan omma sekarang.Appa sayang omma sangat-sangat.Cinta appa hanya untuk omma.Tak ada perempuan lain selain omma yang appa cinta"luah Baekhyun penuh dengan keikhlasan.Anaknya itu nyenyak tidur.

••••••••••••••••

Tanpa Baekhyun sedari,Jihyo sedang berdiri dihadapan pintu bilik Geun dan terdengar segala kata luahan Baekhyun itu.Airmata Jihyo perlahan lahan mengalir dipipi.Baekhyun sangat jujur dengannya.Dia rasa bersalah kerana berasa sangsi dengan kejujuran Baekhyun.Apabila terdengar pintu dipulas dari dalam,Jihyo cepat-cepat masuk kedalam bilik.

Baekhyun melangkah keluar.Pintu bilik Geun ditutup.Selepas itu,dia masuk kedalam biliknya dan Jihyo.Langkah Baekhyun terhenti apabila melihat Jihyo berdiri dihadapannya.Mereka saling berpandangan.Mata Jihyo berkaca.Airmata tidak henti-henti mengalir dipipinya.

Dia melangkah kearah Baekhyun dan memeluk tubuh itu.Baekhyun terpaku.Tidak faham dengan situasi sekarang.

"Sayang.Kenapa ni?"tanya Baekhyun.Perlahan lahan dia membalas pelukan Jihyo.

"I'm sorry.Saya salah faham.Sepatutnya saya tak perlu rasa sangsi dengan kejujuran awak.Sorry.."balas Jihyo.Dia betul-betul rasa bersalah kerana salah faham dengan suami sendiri.

"It's okay.Saya maafkan awak sayang.Wajarlah awak salah faham.Lepas ni saya akan cerita kan semuanya dekat awak"

Jihyo meleraikan pelukan.Baekhyun dipandang."Saya bukan queen control"

Baekhyun mengukir senyuman."Awak jealous.Bermakna awak sayangkan saya.Awak bukan queen control"

"Tapi saya marah awak"balas Jihyo sedih.

"It's okay beautiful.Kalau awak tak marah saya.Siapa lagi nak marah saya.Awak sweet bila marah saya.Nanti marah lagi ok"kata-kata Baekhyun mendapat cubitan dari Jihyo.

"Ke situ pula awak ni.Saya serius ni"

Baekhyun ketawa."Just kidding sayang"tubuh Jihyo dipeluk.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now