CHAPTER 23°

1.7K 174 12
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Baekhyun meneliti fail-fail dihadapannya.Walaupun sepatutnya dia tidak perlu datang ke pejabat kerana Puan Byun suruh bercuti sehingga majlis di Pohang selesai,tetapi dia bertegas ingin datang hari ini sebelum ke Pohang petang nanti.Dia risau untuk membiarkan syarikat lama-lama.Seorang CEO kenalah menguruskan syarikat dengan baik.Itu sudah tanggungjawab seorang CEO.

Dia bersandar dikerusi.Tiba-tiba fikirannya teringatkan Jihyo.Isterinya yang sedang demam dirumah.Sekarang dia keliru dengan perasaannya.Sejak akhir-akhir ini dia sering terfikirkan Jihyo.Ingin Jihyo selesa dan ok bersamanya.Selalu ingin yang terbaik untuk Jihyo.Tetapi setiap kali itu dia cuba menghapuskan dan meletakkan satu perasaan tanggungjawab.Tanggungjawab seorang suami terhadap seorang isteri.

Sebenarnya dia takut.Takut untuk meletakkan satu perasaan.Satu perasaan yang mungkin akan membuatkan dia kecewa lagi.Untuk kali kedua.Kali pertama dia dikhianati,dikecewakan dan ditinggalkan.Cukup membuatkan perasaan dan hatinya hancur.Dia disia siakan.Cintanya dipijak pijak tanpa rasa bersalah.Lebih-lebih lagi meninggalkan Geun yang masih bayi.Tidak tahu lagi erti kehidupan.

Apa yang dia lakukan??membuat keputusan supaya Jihyo menjadi isterinya.Sekarang sudah pun menjadi isteri kepada nya.Adakah semua itu semata mata untuk dia membalas segala rasa kecewa,sakit yang pernah dia rasa??tetapi tidak mungkin kepada Jihyo.Jihyo tiada kesalahan yang dia lakukan.Agak tidak adil menghukum orang lain sedangkan orang lain yang salah.

Baekhyun meraup mukanya.Sedikit demi sedikit dia rasa stress dengan semua ini.Stress dengan keputusan yang dia buat.Bukan menyesal.Tetapi rasa bersalah apabila melibatkan Jihyo didalam hidupnya.

Tiba-tiba seseorang membuka pintu pejabatnya.Terpancul seorang perempuan yang tidak ingin langsung dia lihat.Seorang perempuan yang menghancurkan hatinya sehingga sukar untuk dicantumkan kembali.Perasaan yang sukar untuk diubati kerana rasanya sangat sakit.

"Kau buat apa dekat sini??aku tak nak tengok muka kau.Lebih baik kau keluar"pandangan tajam diberikan kepada Chaeyeon.Dia cukup tidak suka mengingati apa yang telah berlaku.

"Relax lah.Saya datang bukan nak buat kacau.Dengan cara yang baik"balas Chaeyeon.Dia duduk berhadapan dengan Baekhyun.Mereka hanya dipisahkan dengan meja ditengah.

Baekhyun hembus nafas kasar."Aku tak kira kau datang dengan cara yang baik pun.Yang penting aku tetap tak suka"Baekhyun melipat kedua lengannya didada dengan kasar.

Chaeyeon mengukir senyuman kepada Baekhyun."Kenapa awak stress sangat ni??mesti sebab perempuan tu kan.Itulah awak.Nak kahwin sangat dengan perempuan tu.Tengok sekarang tak bahagia.."

Percakapan Chaeyeon dipintas."Mana kau tahu aku tak bahagia?"soal Baekhyun kasar.

Chaeyeon gelak kecil."Saya tahu semuanya.Awak tak bahagia dengan dia.Macam mana nak bahagia kalau tak ada perasaan cinta.Awak ni suka buat keputusan yang salah"ujar Chaeyeon bernada cukup menjengkelkan.

"Lebih baik kau keluar sebelum aku panggil security"Baekhyun menunjuk kearah pintu.Suaranya tidak kuat.Tetapi kedengaran tegas.

Chaeyeon senyum sinis."Tak payahlah susah-susah.Saya boleh keluar sendiri.Tapi ingat saya tak akan stop.Geun anak saya dan saya tahu awak masih cintakan saya Byun Baekhyun"ujar Chaeyeon.Dia bangun dan keluar dari bilik itu.

"Arghh!!"jerit Baekhyun.Tangannya menghentak meja dengan kuat.Perasaan yang cukup geram.

"Cinta aku dekat kau dah mati Jung Chaeyeon"

••••••••••••

Jihyo berdiri ditepi kolam renang.Dia sekarang betul-betul rasa bersalah.Sebentar tadi baru sahaja Ommanya menghubungi dia.Dia mengatakan yang perkahwinannya sangat bahagia.Walaupun hakikatnya perkahwinannya dengan Baekhyun tidak seperti orang lain.Mereka berdua tiada perasaan cinta.Kata orang bercinta selepas kahwin lebih baik.Tetapi bercinta selepas kahwin mereka belum wujub.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now