CHAPTER 32°

1.4K 134 31
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"Tapi saya yang melahirkan Geun.Saya omma dia Baekhyun.Jihyo tak patut mengaku yang dia omma Geun.Sedangkan saya omma Geun.Saya masih hidup"ujar Chaeyeon.Pura-pura sedih.

"Aku sedar Chaeyeon.Aku sedar yang kau omma Geun.Aku dah cakap yang aku tak akan sekat Geun jumpa dengan kau.Ye..memang Jihyo bukan omma Geun yang sebenar.Tapi dia dah anggap Geun sebagai anak dia"

"Tapi saya omma Geun yang sebenar.Saya.."percakapan Chaeyeon dipintas oleh Baekhyun.

"Kau tak akan tinggalkan dia kalau kau omma dia!!"tengking Baekhyun keras.Dia cukup marah sekarang.

"Cukup Baekkie.Betul apa yang Chaeyeon cakap.Jihyo tak patut cakap macam tu.Dia kena faham perasaan seorang omma.Walaupun dia tak pernah ada anak"

"Omma.Kenapa omma??kenapa omma tiba-tiba baik dengan Chaeyeon??dia dah sakitkan hati Baekkie.Tinggalkan Geun"balas Baekhyun.Dia cukup tidak percaya yang omma nya sekarang membela Chaeyeon.Bagaikan lupakan begitu sahaja apa Chaeyeon buat dulu kepada dia dan Geun.

"Semua tu dah lepas Baekkie.Baekkie kena belajar memaafkan orang.Bagi peluang dekat orang"kata-kata Puan Byun membuatkan Baekhyun mengelengkan kepala.

"Tak.Baekkie tak boleh bagi dia peluang.Kalau memaafkan,ok Baekkie bolehkan maafkan dia.Tapi Baekkie tak boleh bagi dia peluang.Peluang tu dah tak ada lagi"

Chaeyeon terkejut mendengarnya.Tetapi dia tidak ingin mengalah.

"Omma tak suka ke tengok Baekkie bahagia?"tanya Baekhyun.Dia sangat bahagia sekarang.Cintanya hanya untuk seorang perempuan iaitu Jihyo.Omma nya sepatutnya suka melihat dia bahagia.

"Omma mana yang tak suka bila melihat anak sendiri bahagia.Tapi Baekkie bahagia dengan orang yang salah"kata-kata Puan Byun betul-betul mengejutkan Baekhyun.Tidak menyangka kata-kata itu diucapkan oleh omma nya sendiri.

Baekhyun terus melangkah keluar dari rumah.Jihyo yang baru keluar dari bilik terkejut melihat Baekhyun keluar dari rumah.Dia ingin turun tetapi terhenti apabila melihat Donghae masuk kedalam rumah melalui pintu yang sama.

"Omma.Apa yang berlaku ni??kenapa dengan Baekkie?"tanya Donghae.Dipandang Puan Byun dan Chaeyeon silih berganti.

•••••••••••••

Baekhyun memberhentikan kereta dibahu jalan.Dia bersandar lemah.Mata dipejamkan.Airmata mengalir dipipinya dengan mata terpejam.Sungguh dia rasa lemah apabila berhadapan dengan semua ini.Dia teringin untuk menjadi seorang yang kuat.Mampu untuk melalui semua ini dengan senyuman.Tetapi ianya sangat berat apabila melibatkan omma nya sendiri yang penuh dengan perasaan benci.

Kemana hilangnya kasih sayang yang selama ini didalam diri omma nya.Baekhyun bagaikan tidak mengenali siapa omma nya.Dia sangat menyayangi omma nya.Tetapi sekarang dia kena laluinya semua ini tanpa dia minta.

Baekhyun membuka mata.Airmatanya dikesat kasar.Dia menoleh kesebelah kanan.Melihat ramai orang berkumpul.Sememangnya disitu selalu ramai orang pada waktu petang kerana beberapa orang pemain muzik jalanan memainkan muzik.

Baekhyun keluar dari kereta.Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.Fikirannya melayang entah kemana.Sehinggalah seorang lelaki menjerit kepadanya.

"Encik..kereta!!"

Jeritan orang itu membuatkan Baekhyun menoleh kekanan.Sebuah kereta laju mengarah kearahnya.Tanpa sempat dia mengelak,kereta itu melanggar Baekhyun.Baekhyun merasakan tubuhnya melayang dan jatuh dibonet hadapan.Setelah itu dia jatuh diatas jalan.Rasa sakit diseluruh badannya.Sesekali Baekhyun mengerang sakit.Kepalanya terhentak kuat dan mengalir darah keluar dari kepala.

Baekhyun merasakan penglihatannya kabur dan terus gelap.Ramai orang meluru kearahnya yang terbaring dipenuhi luka dan darah.

•••••••••••••••

"Baekkie..Baekkie..!!"panggilan itu kedengaran ditelinga Baekhyun semasa dia ditolak masuk kedalam wad ICU oleh beberapa orang jururawat.Penglihatannya begitu kabur.Rasa sakit mengcengkam seluruh tubuh.

"Puan tak boleh masuk.Sila tunggu diluar"larang seorang doktor kepada Puan Byun yang sudah meraung memanggil Baekhyun.Pintu wad ICU ditutup oleh doktor itu.

"Baekkie.."tangisan kuat Puan Byun kedengaran.Donghae memeluk Puan Byun.Ingin menyalurkan kekuatan kepada omma nya itu.

Jihyo terpaku berdiri.Sukar untuk dia percaya semua ini.Bahu dia terhingut hingut kerana menangis.Chaeyeon turut ada disitu.

"Ni semua sebab kau!!!..kau pembawa malang!!"jerit Puan Byun kepada Jihyo.Pelukan dileraikan.Jihyo dipukul tanpa rasa bersalah.Tangisannya kuat.Jihyo teresak esak.Dia hanya membiarkan dirinya dipukul sebegitu.

"Omma sudahlah tu.Bukan Jihyo yang salah"Donghae menghalang Puan Byun daripada terus memukul Jihyo.

"Dia..dia punca Baekkie jadi macam tu.Dia memang tak guna!!..pembawa malang!!.Kenapalah kau jadi menantu aku?!!"jerit Puan Byun.Segala kebencian dihamburkan kepada Jihyo.Pedih rasanya kata-kata itu kedengaran ditelinga Jihyo.Dia hanya menunduk dan menangis.Menerima apa sahaja kemarahan.

"Omma dahlah tu"Donghae menarik Puan Byun jauh dari Jihyo.Tidak mahu lebih teruk yang Jihyo kena.

Chaeyeon yang menyaksikan itu rasa puas.Puas Jihyo menerima semua itu.

"Pergi!!!..pergi aku tak nak tengok muka kau!!..pergi!!"jerit Puan Byun menghalau Jihyo.Jihyo terkejut mendengarnya.

"Jihyo.Nanti doktor keluar oppa bagitahu"ujar Donghae kepada Jihyo.

Jihyo rasa berat hati untuk meninggalkan tempat itu.

•••••••••••••••

Jihyo melangkah kearah sebuah tasik yang terdapat di hospital itu.Langkahnya perlahan melangkah kearah tasik itu.Dadanya rasa sesak.Tidak kuat untuk mengharungi semua ini.Sungguh berat dia rasa apa yang sedang dia lalui.

"Arghhh!!!..."jerit Jihyo dan dia terduduk diatas rumput.Tangisan kuat kedengaran.Tanpa dapat dibendung lagi.Bahunya terhingut hingut menahan tangis.

"Jihyo.."seseorang duduk melutut dihadapan Jihyo.

Jihyo mengangkat wajah memandang orang yang dikenalinya itu.Dia masih menangis.

"Ji..jinwoo"sebut Jihyo dengan suara serak dan tersekat sekat.Dia betul-betul lemah sekarang ini.

Jinwoo terus menarik Jihyo kedalam pelukannya.Jihyo sempat meronta dengan tindakkan drastik Jinwoo itu.Tetapi sekarang dia cukup lemah dan membiarkan.Tangisan Jihyo teresak esak.

"Saya ada.Please..jangan menangis"

"Saya nak Baekhyun"ujar Jihyo tersekat sekat.

•••••••••••••

"Macam mana dengan anak saya doktor?"tanya Puan Byun apabila doktor yang bernametag Seounghoon itu keluar dari wad ICU.

Jihyo turut ada kerana dia dihubungi oleh Donghae supaya kembali.Jinwoo turut ada bersama.Kebetulan ketika itu Nancy turut ada.Mereka berdua membuat reaksi biasa bagaikan tidak mengenali satu sama lain.Chaeyeon pelik melihat kehadiran lelaki bersama Jihyo.Pelbagai spekulasi difikirannya.

"Kami sudah lakukan yang terbaik dan berusaha sehabis baik.Harapan untuk anak Puan selamat agak tipis kerana hentakkan yang kuat dikepala.Dia koma"jawapan doktor itu betul-betul mengejutkan.Jihyo rasa lututnya lemah.Dia sempat dipegang oleh Jinwoo.Jinwoo membantu Jihyo duduk dikerusi yang disediakan.

"Doktor tolonglah.Tolong selamatkan anak saya.Saya sanggup bayar berapa je kosnya.Asalkan anak saya selamat"rayu Puan Byun.Donghae memegang kedua dua bahu omma nya itu.

"Seperti apa yang saya cakapkan.Pihak kami akan berusaha sebaik mungkin"balas doktor Seounghoon.Selepas itu, dia kembali masuk kedalam wad ICU.

"Hae.Baekkie.."ujar Puan Byun lirih.Donghae memeluk Puan Byun.

BERSAMBUNG..

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now