CHAPTER 20°

1.9K 156 17
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jinwoo melihat satu persatu gambar yang digantung ditali menggunakan penyepit.Senyuman terukir dibibir lelaki yang berpakaian serba hitam itu.Melihat kecantikan orang didalam gambar yang digantung.Kecantikan perempuan yang mengusik tangkai hatinya sekian lama.Dia sekarang berada didalam sebuah bilik yang agak malap suasananya.

"Song Jihyo.Nama kau seindah rupa kau.Aku tahu susah.Tapi aku akan cuba buatkan kau jadi milik aku.Walaupun diri aku terkorban.Asalkan kau tak menjadi milik orang lain.Aku tahu sekarang kau milik Byun Baekhyun.Tapi hanya sementara sayang.Nanti kau akan jadi milik aku juga"ujar dia dengan rasa berkeinginan yang sangat tinggi.Keinginan ingin memiliki seorang Song Jihyo.

Dia sudah lama menaruh perasaan terhadap Jihyo.Sejak mereka sama-sama menuntut di University Konkuk dahulu.Mereka dulu berkawan.Sangat rapat.Jihyo sangat menyayangi Jinwoo hanya sebatas seorang yang bernama kawan.Tetapi Jinwoo berlainan.Dia menukarkan perkataan kawan itu kepada cinta.Dia cintakan Jihyo.Sangat-sangat.

Sehinggalah satu hari,dia meluahkan segala perasaan cintanya kepada Jihyo.Tetapi Jihyo menolak kerana hanya menganggap Jinwoo tidak lebih dari seorang kawan rapat.Jinwoo tidak terima.Dia cintakan Jihyo.Dia ingin Jihyo membalas cintanya sehingga ingin membawa Jihyo lari.Tetapi gagal apabila keluarga Jihyo tahu akan perkara itu.

Jinwoo pergi.Dia membawa diri jauh ke United Kingdom.Ingin mengubat hatinya yang luka.Tetapi apa yang dia buat itu langsung tidak mengubah cintanya kepada Jihyo.Malah cinta itu semakin menebal dan tinggi.Kerana cinta yang tinggi itulah membuatkan Jinwoo kembali ke Korea.Ingin mengembalikan cintanya.Mencantum hatinya yang retak akibat cinta ditolak.

Dia sanggup buat apa sahaja agar dirinya tidak sakit lagi.Agar apa yang berlaku dulu tidak berulang kembali.Dia sudah serik terluka.Luka pertama itu sakit.Jadi buat apa kembali ke Korea hanya untuk menoreh luka yang kedua.

"Aku akan bahagiakan kau Jihyo.Lebih dari apa yang Baekhyun bagi"janji Jinwoo.Kebahagiaannya ada pada Jihyo.Jadi dia rasa dia patut mendapatkan kebahagiaan itu untuk bahagia.

Jinwoo melangkah kearah dinding.Satu gambar ditampal disitu.Gambar seorang lelaki yang telah menerbitkan sedikit demi sedikit perasaan bencinya.Baginya lelaki itu telah merampas cintanya.

Telefon didalam poket seluar diambil dan mendail nombor seseorang.Senyuman terukir penuh makna.Sabar menanti panggilannya dijawab oleh orang itu.

"Hello,how is your mission now??"pertanyaan diajukan apabila panggilannya berjawab.

"You don't need to worry.I will do my best"jawab orang itu.

"You have to remember.Once you mistakenly step,you will be destroyed"ujar Jinwoo lebih kepada berpesan dan memberi amaran.

"I know what I should do.Don't worry"

"I hold your words"

••••••••••••

Jihyo membuka matanya yang rasa berat.Mengantuk masih ada.Semalam pukul 1:00 baru dia dapat melelapkan mata.Silauan cahaya matahari yang masuk melalui celahan langsir balkoni memeritkan mata Jihyo.Dia mengeliat.Pandangan beralih kearah sofa.Baekhyun masih lagi lena tidur.Penat sangat agaknya dengan majlis perkahwinan mereka.

"Lenguhnya"keluh Jihyo dan bersila diatas katil.Bahunya ditumbuk tumbuk untuk mengurangkan rasa lenguh.

"Lenguh ke?"teguran Baekhyun sedikit mengejutkan Jihyo.Lelaki itu sudah pun bersandar disofa.

"Bos dah bangun.Saya tengok masih tidur"

Baekhyun tak membalas.Malah dia bangun dan melangkah ke katil.Terkejut Jihyo apabila Baekhyun merebahkan badan disebelahnya.Jihyo yang sedang bersila menjauh sedikit dari Baekhyun.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now