CHAPTER 27°

1.6K 160 8
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo berdiri ditepi kereta Baekhyun.Wajahnya jelas muram.Memikirkan sesuatu yanh tidak seharusnya dia fikir.Diantara Baekhyun dan Chaeyeon.Satu ketakutan menguasai dirinya tentang kehilangan.Baekhyun yang sedang memasukkan luggage kedalam bonet kereta sesekali melihat Jihyo.Tertanya tanya kenapa Jihyo kelihatan muram.

"Geun..masuk dalam kereta.Sebelum tu hug halmeoni dengan omma dulu"arah Baekhyun.Bonet kereta ditutup.Geun mengikuti apa yang disuruh oleh Baekhyun.Sebelum itu dia masuk kedalam kereta.

"Baekhyun bawa kereta hati-hati.Jangan laju.Tempat tu bukannya jauh"pesan halmeoni.Baekhyun mengangguk dan bersalam dengan halmeoni.Selepas itu halmeoni masuk kedalam rumah.

"Oklah.Saya pergi dulu"ujar Baekhyun kepada Jihyo.Isterinya itu sekadar mengangguk.

"Kenapa ni??merajuk lagi?"tanya Baekhyun.Dia yang ingin masuk kedalam kereta tidak jadi apabila melihat Jihyo macam tu.

"Tak ada apa-apa.Awak pergilah.Nanti lambat sampai pula"jawab Jihyo.Suaranya kedengaran betul-betul tidak ceria.

Baekhyun hembus nafas berat."Betul ke ni tak ada apa-apa??berat hati tau saya nak pergi kalau awak macam ni.Awak buat saya risau"tangan Jihyo dipegang.Dia betul-betul risau dengan isterinya itu.

Jihyo cuba senyum."Saya ok.Awak pergilah"dia cuba menyakinkan Baekhyun.

Baekhyun pandang Jihyo dengan riak risau.

"Oklah.Saya pergi dulu.Awak jaga diri.Nanti saya call kalau dah sampai"

Jihyo mengangguk.

"Bye"ucap Baekhyun.Pipi Jihyo dicium sekilas.Selepas itu dia masuk kedalam kereta.Jihyo menjauh sedikit ketika Baekhyun memandu kereta pergi.

"Sorry.Saya memang tak ok"ujar Jihyo.Airmata yang mengalir dikesat.Dia melangkah kearah taman.Cuba untuk tenangkan diri disitu.Melupakan perkara yang tidak membuatkan dirinya happy.

Tetapi semakin dia nak cuba hapuskan,semakin ianya datang.Menghantui dirinya tentang kehilangan.Kenapa ada orang yang tidak suka melihat orang lain bahagia??kebahagiaan sudah disusun cantik untuk diberikan kepada semua orang.Cuma antara cepat atau lambat sahaja.Kebajagiaan itu akan datang.

Kenapa susah sangat untuk manusia bersabar??

••••••••••••

"Aku tak akan biarkan kau bahagia Song Jihyo.Kau boleh bahagia,tapi bukan dengan Baekhyun.Dia kebahagiaan aku.Bukan kau.Kau silap kalau kau rasa dia kebahagiaan kau"ujar Chaeyeon sambil senyum sinis.Dia masuk kedalam kereta.Bertekad untuk memulakan segalanya agar dia mendapat apa yang dia mahukan.Kereta dipandu pergi.

Disituasi lain,Jinwoo memberhentikan keretanya disebuah taman.Dari jauh dia melihat seorang perempuan sedang duduk disebuah bangku.Perempuan yang amat dia cintai sepenuh hatinya.Langkahnya diatur.

"Kau nampak sedih.Mesti Baekhyun yang buat kau sedih"ujar Jinwoo sambil terus melangkah.

•••••••••••••

Jihyo mengesat airmatanya.Cuba menstabilkan dirinya agar tidak terlalu sedih.Dia pandang kebawah.Mata dipejamkan.Cuba kosongkan fikirannya dari segala sesuatu yang membolehkan dia memikirkan perkara yang buat dia takut.

"Song Jihyo"

Teguran seseorang membuatkan Jihyo angkat wajah.Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai mask berdiri dihadapannya.Jihyo sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now