CHAPTER 42° [S2]

1.4K 139 13
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Baekhyun keluar dari kereta untuk naik ke pejabat.Dia baru sahaja pulang dari Gangnam.Menguruskan kerjasama bersama dengan sebuah syarikat disana.Ketika dia ingin membuka pintu.Seorang perempuan menghampiri.

"Hai,"tegur perempuan itu.Membatalkan niat Baekhyun untuk masuk.

"Ye saya"balas Baekhyun.

"Awak dah tak ingat saya?"tanya perempuan itu.Tidak sangka pula Baekhyun sudah tidak mengingatinya.

"Awak??"Baekhyun cuba mengingati kembali.Dia cepat lupa sesuatu akhir-akhir ini kerana fikirannya terlalu fokus dengan kerja dan Great Palace Holding.

"Saya Lim Nayoung.Ingat tak perempuan yang awak terlanggar dan awak bawa pergi hospital?"ujar perempuan itu cuba membuat Baekhyun ingat kembali dengannya.Nampaknya CEO muda itu sangat sibuk sehingga tidak ada masa untuk memikirkan tentang hal lain.

"Ooo..baru saya ingat.Sorry saya lupa.Banyak sangat benda kena fikir"balas Baekhyun.Akhirnya dia ingat kembali.

"It's okay.Saya faham.Biasalah CEO muda macam awak banyak benda yang kena uruskan"

Baekhyun ketawa kecil mendengarnya."Tak ada lah.Awak cakap dah macam saya ni urus syarikat paling besar dekat Korea pula"

"Besar apa Great Palace Holding.Ramai orang sebut-sebut"balas Nayoung.

"Ni awak dari mana?"tanya Baekhyun.

"Saya dari kedai buku.Kebetulan lalu dekat sini ternampak awak.Tu yang tegur.Tak sangka pula awak tak ingat saya"jawab Nayoung sambil mengukir senyuman.

"Sorry lah ye.Ingatan lose sikit akhir-akhir ni"balas Baekhyun.Nayoung mengangguk.

"Saya masuk dulu lah.Lagipun mungkin awak ada urusan kan?"

Nayoung mengeleng."Tak ada lah.Tak ada urusan apa pun.Awak tak nak belanja saya makan ke??ni kan waktu makan tengahari"tanya Nayoung.

"Dah waktu makan tengahari.Lupa pula saya"

"Teruk betul lah pelupa awak ni"

Baekhyun ketawa kecil mendengar kata-kata Nayoung.

•••••••••••••••

Jihyo melangkah kearah kolam.Fikirannya memikirkan segala apa yang pernah berlaku.Yang hampir membuatkan kebahagiaan pergi jauh Membuatkan dia hampir berpisah dengan Baekhyun.Hampir membuat keputusan yang salah didalam hidupnya.Mungkin dia akan menyesal seumur hidup jika keputusan salah itu dibuat.

Dia duduk ditepi kolam.Kaki dijuntaikan kedalam kolam.Sesekali dia mengerakkan kakinya bermain air kolam.Hidupnya bagaikan seperti air kolam.Sesekali ia tenang.Sesekali ia bergerak gerak bagaikan ditimpa masalah.Seperti hidupnya.Sesekali masalah datang,sesekali masalah pergi.Dia sepatutnya menjadi seorang yang kuat.Dia salah sebelum ini kerana terlalu lemah.Hampir rebah.

Tetapi kesetiaan Baekhyun selalu disisi memberi semangat membuatkan dia sedar yang dia tidak sepatutnya meletakkan masalahnya diperingkat paling tinggi.Dia ada semua sekarang.Puan Byun sudah baik dengannya.Sangat baik.Donghae yang sekarang berada di China menguruskan syarikat juga sangat baik dengannya.

"Aku kena kuat"ujar Jihyo memberi semangat kepada diri sendiri.

"Buat apa seorang dekat sini?"tegur Baekhyun.Jihyo menoleh kebelakang.Senyuman diberikan kepada Baekhyun.

Baekhyun duduk disebelah Jihyo.Kaki juga dijuntaikan seperti isterinya itu.

"Geun mana?"tanya Jihyo.

"Ada dekat atas.Terus naik.Penat katanya sebab tadi sekolah ada aktiviti dekat luar"jawab Baekhyun.Tali leher dilonggarkan kerana rasa panas.

"Pergilah mandi.Berpeluh tu.Nanti sakit"suruh Jihyo.Risau pula suaminya tu sakit nanti.

"Rasa nak mandi kolam.Tolong ambilkan tuala boleh?"minta Baekhyun sambil buat muka comel.

Jihyo tersenyum."Dah macam Geun awak ni.Geun pun tak ada nya manja macam awak ni"

Baekhyun tersengih.

"Oklah saya naik ambil tuala.Lepas tu nak masak"

"Ok sayang.Nanti saya tolong awak masak"balas Baekhyun.

"Tak apa lah.Sekarang giliran saya pula masak,kemas rumah"

•••••••••••••••••

KEESOKKANNYA

Baekhyun duduk dihadapan Nayoung.Mereka sekarang berada didalam sebuah restauran untuk makan tengahari.

"Sorry saya lewat.Baru selesai mesyuarat"

"Tak apa.Lagipun saya baru je sampai.Jom buat pesanan"balas Nayoung.Seorang waiter datang mengambil pesanan.Selepas itu,melangkah masuk kedapur restauran.

"Macam mana dengan family awak??isteri awak?"tanya Nayoung.Baekhyun pernah menceritakan kepada Nayoung tentang dia yang sudah memilik seorang isteri dan apa yang telah berlaku.

"Ok.Isteri saya dah semakin ok.Ceria macam dulu"jawab Baekhyun.Dia betul-betul rasa lega dengan perubahan Jihyo yang tidak sedih lagi.

"Baguslah kalau macam tu.Saya rasa isteri awak seorang yang kuat.Siapa tak sedih kan.Impian.Seseorang yang ditunggu hilang begitu saja.Kalau saya dekat tempat dia,mungkin saya dah tak kuat"balas Nayoung.

Baekhyun mengukir senyuman.Walaupun Jihyo asyik sedih sebelum ini dia setia untuk memberi semangat.Lumrahlah seseorang sedih pada awal.Tengok sahaja sekarang.Jihyo akhirnya ceria kembali.

••••••••••••••

Jihyo keluar dari kereta.Dia sudah boleh keluar rumah.Puas juga minta izin dengan Baekhyun supaya bagi dia keluar.Suaminya itu begitu risau dengannya.Risau jadi apa-apa.Hari ini Jihyo ingin ke pasar untuk membeli barang dapur.

Ketika melangkah untuk masuk kedalam pasaraya langkah Jihyo terhenti apabila ternampak seseorang yang sangat dia kenali bersama dengan seorang perempuan.

Riak wajah Jihyo serta merta berubah.Dia terus melangkah masuk kedalam pasaraya apabila menyedari Baekhyun dan perempuan itu berjalan kearah pasaraya.Dia tidak ingin mereka nampaknya.

BERSAMBUNG

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now