CHAPTER 25°

1.8K 170 15
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo keluar dari bilik selepas bersiap.Semalam dia tidur dengan halmeoni kerana halmeoni nya itu tidak berapa sihat.Suasana agak hening apabila dia keluar dari bilik.Mungkin halmeoni dan Hye Jin ke kebun.Persiapan untuk majlis esok pun sudah selesai 100%.Jihyo melangkah kebilik selepas.Apabila pintu dibuka terlihat Baekhyun dan Geun masih lena tidur.Comel betul dua beranak itu tidur.

Jihyo masuk kedalam bilik.Luggage pakaian yang terletak ditepi almari dialihkan kedalam almari.Jihyo kemudian duduk disebelah Geun yang masih tidur itu.Rambut Geun diusap.Dia merasakan sudah sangat sayang akan anak itu.Sudah menganggap anak kandungnya.

Senyuman terukir dibibir Jihyo apabila melihat Baekhyun.Dia teringatkan kejadian semalam.Ungkapan cinta Baekhyun kepadanya.Dia tidak menyangka yang Baekhyun mencintainya sebelum mereka berkahwin lagi.Dia juga merasakan yang sama.Tapi ketika itu dia keliru dengan perasaannya.

"Belum puas lagi pandang?"teguran Baekhyun yang tiba-tiba mengejutkan Jihyo.Tidak dia sedar yang suaminya itu sudah bangun dari tidur.

"Handsome sangat kan muka aku ni"ujar Baekhyun bangga diri.

"Jangan nak perasan"balasan Jihyo buat Baekhyun gelak kecil.Lelaki itu baring mengiring dan menompang kepalanya dengan tangan.

"Thank you"ucap Baekhyun kepada Jihyo.

Dahi Jihyo berkerut.Tidak faham."Untuk apa?"

"Everything.Thank you sayang"jawapan Baekhyun dengan nada romantik itu membuatkan hati Jihyo berbunga bunga.Lelaki yang serius dan tegas ini sangat romantik rupanya.

"Tak nak balas apa-apa?"tanya Baekhyun apabila Jihyo hanya diam.

"Balas apa?"

Baekhyun senyum."Malu ke?"tanya Baekhyun.Selimut ditarik menutup sehingga ke dada Geun.Cuaca kini agak dingin.

"Mana ada"sangkal Jihyo.Kenyataannya sangkaan Baekhyun betul.

Baekhyun bangun dari baring dan duduk bersila."Nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Siapa sebenarnya yang hantar buah dekat awak?"tanya Baekhyun.Kau ditukarkan kepada awak.

"Saya tak tahu.Tak ada nama pengirim"jawab Jihyo.Dia betul-betul tak tahu siapa yang hantar.

"Betul tak tahu ni?"tanya Baekhyun ingin pastikan.

Jihyo mengangguk.

Baekhyun hembus nafas kasar.Dia risau sebenarnya."Please..kalau ada apa-apa bagitahu saya.Jangan ada rahsia antara kita.Saya betul-betul cintakan awak"

Jihyo mengangguk."Saya tak ada rahsia untuk disorokkan sekarang"

"Sekarang memang tak ada"ujar Baekhyun.

"Bos.."percakapan Jihyo terhenti apabila Baekhyun tangan memberi isyarat supaya Jihyo stop.

"Sekali lagi saya dengar awak panggil saya bos.Siaplah awak"

Jihyo terdiam.Baekhyun betul-betul serius akan hubungan mereka sekarang.Sebelum ini dia tak kisah.

••••••••••••••

Chaeyeon masuk kedalam kereta dengan wajah marah.Pintu kereta ditutup dengan kasar.Dia betul-betul rasa geram sekarang.Dia mengetahui yang esok majlis Baekhyun dan Jihyo.Lebih-lebih lagi dia tidak tahu yang mereka di Pohang sekarang.Peluang untuk mendapatkan Baekhyun agak susah sekarang.

Stereng kereta dihentak kuat."Tak guna kau Song Jihyo!!"jerit Chaeyeon dengan perasaan geram dan benci kepada Jihyo.

"Aku tahu kau yang hasut Baekhyun supaya kahwin dengan kau.Baekhyun cintakan aku.Bukan kau.Kau memang tak guna"dia bersandar dengan kasar.Stereng kereta dipegang dengan kuat.Memandang dengan pandangan tajam kehadapan.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now