CHAPTER 19°

1.7K 181 14
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Baekhyun turun ketingkat bawah.Dia baru sahaja lepas menidurkan Geun.Anak itu nampak betul-betul penat kerana majlis hari ini.Dia tidak tidur petang.Selalunya petang dia akan tidur.Baekhyun sedikit risau dengan kesihatan satu-satu anaknya itu.Seorang kanak-kanak seusia Geun perlukan rehat dan tidur yang cukup agar kesihatan tidak terjejas.

"Hyung mana Omma?"tanya Baekhyun apabila melihat kereta Donghae tak ada.Mereka bertiga sekarang berada di taman mini yang terdapat di banglo mewah itu.Baekhyun duduk berhadapan dengan Jihyo.

"Pergi hantar kawan dia"jawab Puan Byun.

"Nancy.Omma,hyung ada apa-apa ke dengan Nancy tu?"

"Mana lah Omma tahu.Dia tak bagitahu Baekki ke?"

Baekhyun mengeleng."Ingatkan Omma tahu"

"Omma tak tahu.Hari ni baru kenal Nancy tu"

Baekhyun angguk faham.

"Jihyo.Omma harap Jihyo menyesuaikan diri tinggal dekat sini.Jangan malu-malu.Jihyo dah jadi keluarga dalam rumah ni"ujar Puan Byun sambil memegang tangan Jihyo.Jihyo sekadar mengangguk.

"Baekki pun sama.Jaga anak orang ni baik-baik.Jangan nak buli Jihyo"

"Mana ada buli lah Omma"

"Macam lah Omma tak tahu perangai kamu tu.Tak payah nak serius sangat dengan Jihyo.Dia isteri Baekki"

Jihyo rasa ingin ketawa melihat wajah Baekhyun yang masam apabila di bagi nasihat oleh Puan Byun.Tak puas hatilah tu.Siap jeling Jihyo lagi.

"Ni persiapan dekat Pohang macam mana?"tanya Puan Byun ingin tahu persiapan bagi majlis di Pohang.

Di Pohang nanti adalah majlis resepsi Baekhyun dan Jihyo.Itu semua diatas permintaan halmeoni yang ingin melihat sebuah majlis perkahwinan.yang tradisional.Jihyo dan Baekhyun akan memakai hanbok yang menjadi warisan dan lambang tradisional korea.Jihyo satu-satu nya cucu yang halmeoni ada.Jadi dia ingin melihat semua itu ada satu didalam keluarganya.

"80% dah siap.Nanti lusa Baekki dengan Jihyo akan pergi sana.Tolong apa yang belum siap lagi"jawab Baekhyun.Jihyo mengiakan.

"Baguslah tu.Jihyo mengantuk ke?"

Jihyo mengeleng."Tak ada lah Omma"sangkal Jihyo.

"Omma nampak macam mengantuk je.Baekki bawa Jihyo masuk.Dah mengantuk dah tu"

Baekhyun pandang Jihyo.Dimatanya Jihyo nampak lain.Air mukanya tidak seceria tadi.Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya itu.Lebih-lebih lagi Jihyo diam je.Bercakap bila ditanya.Terbit pula perasaan risau dihati Baekhyun.

••••••••••••••

Chaeyeon bersandar dikepala katil.Skrin telefon dipandang.Gambar Baekhyun dan Jihyo yang duduk diatas pelamin terpapar diskrin itu.Masing-masing mengukir senyuman.

"Entah kenapa aku rasa senyuman palsu yang korang berdua ukirkan.Adakah kau terpaksa Baekhyun??terpaksa berkahwin dengan perempuan ni?"tanya Chaeyeon.Jarinya bermain main dimuka Baekhyun.Matanya tajam menikam muka Jihyo.Bagaikan perasaan benci yang mengunung tinggi.

"Kalau terpaksa kenapa kau teruskan Baekhyun??aku tahu kau akan bahagia bila dengan aku.Aku yang layak jadi Omma Geun.Sebab aku yang lahirkan dia.Kenapa kau tak nampak semua tu??kau sakitkan kehidupan kau bila kau pilih Song Jihyo"

"Dia tak mampu bahagiakan kau"sambung Chaeyeon.Begitu yakin dengan setiap patah perkataannya itu.

"Ingat Baekhyun.Nanti kita akan bahagia bersama.Tak akan ada lagi yang kacau kita.Song Jihyo pun tak akan kacau kita"ujar Chaeyeon penuh yakin.Gambar itu di delete.Terpapar pula gambar dia dan Baekhyun.Gambar itu ketika dia dan Baekhyun bercuti di Maldive.Kelihatan perutnya yang besar.Mengandungkan Geun ketika itu.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now