CHAPTER 30°

1.5K 152 14
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo masuk kedalam bilik.Ketika itu Baekhyun sedang berdiri dihadapan cermin.Bersiap untuk ke pejabat.Jihyo menghampiri Baekhyun dan berdiri dihadapan suaminya itu.Membantu Baekhyun memakai tie.Baekhyun senyum pandang Jihyo.

"Awak nak pergi.."

Percakapan Baekhyun dipotong."Kenapa awak tak bagitahu saya?"tanya Jihyo tanpa melihat wajah Baekhyun.Difokuskan membetul tie Baekhyun.

"Bagitahu apa?"

Jihyo mengangkat wajah pandang Baekhyun."Kenapa awak tak bagitahu saya yang omma dah tahu semuanya??"soal Jihyo kembali.Dia peluk tubuh.Masih berdiri dihadapan Baekhyun.Ingin mendengar penjelasan daripada Baekhyun tentang itu.

"Saya tak tahu macam mana nak cakap"jawab Baekhyun.

"Tak tahu??apa yang susah sangat??awak cakap tak akan ada rahsia antara kita.Tapi pasal ni pun awak tak bagitahu saya"balas Jihyo.Dia tidak suka Baekhyun menyembunyikan hal ini.Lebih-lebih lagi dia sekarang tinggal serumah dengan omma Baekhyun.Tiap hari berjumpa.

Baekhyun hembus nafas kasar."Awak rasa saya boleh ke cakap yang omma saya dah tahu??dan dia benci awak.Awak rasa mampu ke saya??dia omma saya dan awak isteri saya.Saya tersepit kat tengah-tengah sekarang.Saya tak nak hilang kasih sayang omma saya dan saya juga tak nak hilang awak"jelas Baekhyun.Jihyo dipandang.

"Saya isteri awak.Boleh tak awak kongsi semua dengan saya??saya tak nak awak lalui semua sorang diri"balas Jihyo.kedua-dua pipi Baekhyun dipegang.

"Saya pun tak nak hilang awak"sambung Jihyo dengan penuh keikhlasan.Bibir Baekhyun dikucup lembut.

Dia terlalu mencintai Baekhyun.Lelaki yang telah menjadi suaminya ini.Dia akan sentiasa berada disisi Baekhyun.Memberi semangat dan kekuatan kepada Baekhyun.Hatinya begitu utuh ada pada Baekhyun.Begitu juga dirinya akan sentiasa utuh ada bersama Baekhyun.

•••••••••••

Baekhyun masuk kedalam pejabatnya dan duduk dengan wajah yang jelas tidak bersemangat.Asyik memikirkan apa yang telah berlaku.Satu persatu perkara berlaku menimpa kehidupannya.Selepas ini entah apa pula yang akan berlaku.Dia betul-betul buntu ingin menyakinkan omma nya.Walau bagaimana pun dia mesti kuat mengharungi segala apa yang berlaku.

Kini Jihyo sudah tidak bekerja.Baekhyun tidak mahu Jihyo bekerja.Dia merasakan yang dia mampu untuk bekerja dan menyara keluarganya.Membahagiakan Jihyo.Jadi tidak perlulah Jihyo bekerja.Biar hanya dia yang bekerja.

Bunyi ketukan pintu menghapuskan lamunan Baekhyun.Dia membetulkan duduknya.

"Masuk"arah Baekhyun.Selepas itu,seorang pekerja perempuan masuk kedalam biliknya.Ditangan ada sebuah fail.

"Ye Yeri.Ada apa?"tanya Baekhyun.Yeri ialah PA baru yang diambil oleh Baekhyun untuk mengantikan tempat Jihyo.

Yeri menghulurkan fail yang dibawanya kepada Baekhyun."Ini fail kerjasama dengan SBS Holding.Pukul 12:00 nanti mereka mahu Tuan Baekhyun pergi ke SBS untuk mesyuarat kerjasama nanti"

Baekhyun mengangguk sambil menunduk meneliti fail."Mr. Lee mana?"tanya Baekhyun.Wajahnya diangkat pandang Yeri.

"Ada.Dia baru balik tengok site"jawab Yeri.

"Awak boleh keluar.Suruh Mr. Lee masuk jumpa saya.Ada benda saya nak bincangkan"

Yeri mengangguk faham.

•••••••••••••••

Jihyo keluar dari dalam bilik air.Langkahnya terhenti untuk keluar dari bilik apabila terpandang almari.Dia mendekati almari itu.Pintu almari dibuka.Isi didalam almari itu dilihat.Gambarnya terpamer dihadapan mata buat kali kedua.Kali pertama ketika Baekhyun meluahkan perasaannya.Sebuah potrait yang berbalut diambil.Dia belum lagi melihat apa yang ada disebalik balutan ini.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhDonde viven las historias. Descúbrelo ahora