CHAPTER 36°

1.8K 156 13
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"I love you,Song Jihyo"ucap Baekhyun setelah habis menyanyi.

Jihyo terdiam.Tidak tahu harus membalas apa.Dia terpana kerana tidak menyangka Baekhyun akan menyanyi kepadanya.Sebelum ini dia tidak pernah mendengar Baekhyun menyanyi.Tidak dia ketahui yang suara Baekhyun sebegitu bagus.Membuatkan dia rasa terbuai dengan nyayian Baekhyun itu.

"Sayang..awak masih marahkan saya?"tanya Baekhyun dengan nada suara yang sangat berharap Jihyo sudah tidak marahkannya lagi.Kedengaran cukup romantik.Lelaki sedinginnya sebelum ini seromantik itu.

Baekhyun bangun dari piano dan melangkah kearah kolam renang yang terdapat di cafe itu.Berdiri ditepi kolam renang.Memandang kepekatan malam yang dingin.

Jihyo tidak membalas.Airmata Jihyo mengalir.Dia cuba untuk lupakan segala kesakitan yang dia rasa sebelum ini.Tetapi ianya sangat susah kerana tidak pernah dia berdepan dengan semua itu.Jihyo fikir mungkin Puan Byun masih marahkan dia.Terlalu membenci dia.Teringat sahaja ketika Puan Byun menghalaunya dan luggage nya dibaling.Ianya betul-betul melukakan.

"Saya tidur dulu"ujar Jihyo dan terus mematikan talian.

Baekhyun menghela nafas berat.Skrin telefon dipandang.Jihyo masih marahkannya.Baekhyun walau bagaimana pun bertekad untuk memenangi hati Jihyo kembali.Mendapatkan Jihyo kembali.Hidup bahagia selamanya.Mengubati segala luka yang terguris dihati Jihyo.

•••••••••••••

KEESOKKANNYA

Baekhyun mengukir senyuman apabila melihat Jihyo sedang duduk diatas bangku yang terdapat ditaman hadapan rumah halmeoni itu.Baekhyun menghampiri Jihyo dan duduk disebelah Jihyo.Dia senyum kepada Jihyo apabila Jihyo memandangnya.Jihyo kembali melihat kehadapan.Langsung tidak senyum.

"Buat apa ni?"

Jihyo memutarkan bebola mata mendengar soalan Baekhyun."Tengah masak"jawab Jihyo sarkatik.

"Masak.Wahh..masak untuk saya ekk?"

Jihyo pandang Baekhyun dengan reaksi malas."Tak lawak ok"

Baekhyun ketawa kecil."Amboi..pagi-pagi dah garang.Bendera merah ekk??"

Serentak dengan itu, Jihyo pandang Jihyo dengan reaksi marah.Bahu Baekhyun ditumbuk kuat."Jangan nak macam-macam boleh tak"marah Jihyo.Geram.

"Aduhh.."Baekhyun mengosok bahunya yang rasa sakit ditumbuk oleh Jihyo.Dia tersengih.

"Aduhh..sampai hati pukul suami awak macam ni.Selalu dera saya"rungut Baekhyun buat-buat sedih.

"Padanlah dengan muka awak"Jihyo berdiri.Diikuti oleh Baekhyun.

"Dahlah.Saya nak balik"Jihyo ingin berlalu tetapi pantas tangan Jihyo ditarik oleh Baekhyun terus memeluk Jihyo.Jihyo terpana dengan tindakan Baekhyun.Dia beku didalam pelukan Baekhyun.

"Kalau awak masih marahkan saya teruskanlah marah.Tengkinglah saya sepuas hati awak.Tapi jangan lari dari saya.Saya tak mampu nak berdiri kalau awak tak pimpin.Saya tak mampu nak senyum kalau awak tak senyum.Yang mampu buat hanya menangis dan menyesali setiap kesalahan yang saya buat"Baekhyun berjeda.Dia terdengar esakkan kecil Jihyo.Isterinya itu menangis.

Baekhyun menguraikan pelukan.Menatap lekat manik mata Jihyo yang sudah mengeluarkan airmata.

"Hukumlah saya.Saya tahu saya salah.Tapi tidak pernah terniat saya lukakan hati awak.Tidak mungkin saya melukakan hati wanita yang telah membahagiakan saya.Saya rela dihukum"sambung Baekhyun.Dia begitu ikhlas mengucapkan tiap patah perkataan itu.

Jihyo hanya berdiam diri.Lidahnya kelu untuk membalas.Dia terlalu takut.Takut jikalau keputusan yang dia buat nanti akan membuatkan kelukaan berulang kembali.Dia terlalu takut untuk terluka.Andai dia mempunyai kuasa teleport seperti main dancer ahli group kesukaannya iaitu Exo.Pasti dia sudah pergi ketempat lain.Ketempat yang tidak perlu dia memikirkan segala masalah.

Baekhyun menunduk.Adakah Jihyo benar-benar terluka??

Dia mengangkat wajah kembali.Senyuman dipamerkan."Oklah.Awak mesti penat kan??saya balik dulu.Nanti saya datang lagi"ujar Baekhyun.Pipi Jihyo dicium sekilas dan dia melangkah pergi.

"Awak tak perlu datang lagi.Baliklah ke Seoul.Saya tak mungkin akan balik kesana lagi"Jihyo bersuara membuatkan langkah Baekhyun terhenti.Mereka saling berdiri membelakangi.

"Saya tak akan balik ke Seoul kalau bukan dengan awak.Awak tak boleh paksa saya balik ke Seoul kalau saya tak nak.Saya pernah ditinggalkan dulu.Saya tak nak ditinggalkan buat kali kedua"balas Baekhyun dan terus berlalu pergi.

Jihyo memusing kebelakang.Terkejut dengan kata-kata Baekhyun.Dia memandang Baekhyun yang melangkah kearah kereta.

•••••••••••••••

Chaeyeon menuruni tangga dengan tergesa gesa.Rambutnya yang kusut tidak dibetulkan.Wajahnya jelas penuh dengan kemarahan dan kebencian.Puan Jung yang baru keluar dari dapur meluru kearah Chaeyeon.Terkejut dengan keadaan anak perempuannya itu.

Lengan Chaeyeon dipegang."Chae nak pergi mana ni??kenapa dengan Chae ni?"tanya Puan Jung.Rambut Chaeyeon dibetulkan.

"Lepas!!!"Chaeyeon menarik kasar lengannya dari pegangan Puan Jung.

"Aku akan bunuh dia.Dia rosakkan kebahagiaan aku!!"ujar Chaeyeon kuat.

Puan Jung betul-betul terkejut dengan kata-kata Chaeyeon."Bunuh??Chae nak bunuh siapa??please..jangan macam ni sayang"

"Jangan halang aku.Aku tak akan lepaskan perempuan tu!!"jerit Chaeyeon.Omma nya ditolak kerana menghalang dia pergi.Menyebabkan Puan Jung jatuh dan kepala terhantuk di tangga.

Chaeyeon terus keluar dari rumah.Tanpa toleh kebelakang lagi.

"Aku akan bunuh kau Song Jihyo"Chaeyeon masuk kedalam kereta dan pandu pergi.Dia bertekad ingin membalas setiap orang yang baginya telah merosakkan kebahagiaannya.

"Kau berani bermain api dengan aku.Aku harap kau berani untuk tempuh kematian kau"monolog Chaeyeon dengan penuh api kemarah terhadap Jihyo.Stereng dipegang kuat.

"Baekhyun tampar aku disebabkan kau.Dia dah cakap yang aku isteri dia.Tapi kenapa kau halang kebahagiaan aku?!!!"jerit Chaeyeon.Stereng kereta dihentak hentak dengan perasaan geram.

BERSAMBUNG







[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now