CHAPTER 11°

1.9K 209 4
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"Kalau aku nak ikut kau balik kampung kau boleh??"

Terlopong Jihyo dengar pertanyaan Baekhyun.Serius ke Mr. Ceo ni.Main cakap je soalan.

"Bos bergurau kan??hahaha..Bos ni memang pandai bergurau.Dari mana Bos belajar gurauan yang lawak ni??"Jihyo ketawa geli hati.Apabila Baekhyun pamerkan wajah seriusnya, ketawa Jihyo terhenti.

"Kau tengok aku tengah melawak ke ni??"tanya Baekhyun serius.

Jihyo mengeleng,angguk.Mengeleng.Dah kenapa dengan Jihyo ni??

"Aku nak tenangkan fikiran.Hilang stress.Kau sendiri yanf cakap kampung kau tu damai.Boleh hilang stress"

Jihyo senyum kekok.

"Kenapa??kau tak suka aku ikut kau?"tanya Baekhyun.Jihyo pantas mengeleng.Nanti diangguk cakap kedekut pula.

"Anak Bos macam mana?"

Baekhyun mengangkat kening."Ya..kenapa dengan anak aku?"

"Bos bawa juga ke?"

Baekhyun mengangguk.

•••••••••

[JIHYO POV]

Alamak!!..macam mana ni??Bos sendiri nak ikut balik kampung.Apa aku nak buat nanti??halmeoni mesti tanya dan sangka macam-macam.Aku tahu sangat halmeoni tu macam mana.Dahlah dia bawa anak dia.Dah macam gaduh dengan isteri gayanya nanti.Wait..dia ok ke dekat kampung aku nanti??dia kan orang bandar.Kampung tak pernah ada.Orang bandar ni kalau kena lumpur sikit dah menjerit tak ingat dunia.Mahunya bergegar Pohang dek jeritan Mr. Ceo tu.

Ehh..teruk benar imaginasi kau Jihyo.Tak akanlah bos kau tu seteruk itu.Kalah perempuan.Aku pun kalah tu nampak gayanya.

"Wehh..!!"sergahan seorang makhluk yang sewel lagi menjadi jadi membuatkan aku menjerit kuat sampai orang lalu lalang terbeliak biji mata terkejut.

"Arghhhhh..."

"Hahahahaha.."

Aku berdecit.Pukulan padu dihadiahkan dengan penuh ikhlas atas kepala si makhluk kurang sambal bilis depan aku sekarang.Si Key.Serta merta gelak dia berhenti.Tangan gosok kepala yang sakit dapat hadiah dari aku.Pantang betul orang terkejutkan aku.Dahlah orang ramai dekat sini.Tak pasal-pasal dengar suara aku yang merdu ni.

"Sakitlah Jihyo"

"Padanlah dengan muka kau.Kalau nak rasa lagi bagitahu.Aku boleh je bagi"

Key mencebik.

"Kau kenapa marah semacam??kusut je aku tengok"tanya Key dan duduk didepan aku.Kami dipisahkan dengan meja kedai bubble tea Key ditengah tengah.

"Aku tak tahu macam mana nak cakap"

"Tak tahu macam mana nak cakap??biar aku yang cakap"ujar Key sambil tersengih macam tapai basi lagikan berkulat.

Aku angkat penumpuk."Kau nak rasa ni??aku boleh je bagi"

Key pantas mengeleng.Takut benjol kepala lah tu.

"Bos aku.Dia nak ikut aku balik kampung"

"What??..kau biar betul??apa mimpi Bos kau tu nak ikut?"tanya Key.Tengok.Si mangkuk tingkat ni pun terkejut.Inikan pula aku.Tapi Key ni terkejut dia terlebih.Nak je aku lempang muka dia tu biar bersepai.

"Aku pun tak tahu apa mimpi dia"aku jawab malas semalas malas orang yang malas dekat dunia.Orang paling malas pun tak malas macam aku.

"Ke dia suka kau"terkejut aku bila Key cakap macam tu.Nak je aku lempang muka Key ni.Main cakap je.

"Kau tak payah nak buat lawak.Aku tak ada hati nak gelak"

"Tapi kalau dia betul-betul suka kau macam mana?"ok.Dia tanya lagi.Seorang tolong pegang aku.Tangan aku dah panas nak lempang manusia.

"Aku nak bubble tea satu dan aku nak balik.Lebih lama aku dekat sini, banyak ayat merapu keluar dari mulut kau tu.Tak pasal-pasal makan pelempang free aku"

••••••••

"Betul ke nak pergi Pohang ni?"tanya Puan Byun.Terkejut juga dia apabila Baekhyun mengatakan ingin ke Pohang.Bawa Geun sekali pula tu.Apa urusan anaknya itu??

Baekhyun mengangguk."Saja nak bawa Geun jalan².Sambil-sambil Baekki nak hilangkan stress kerja"jawab Baekhyun.Kejap lagi dia akan kerumah Jihyo untuk ambil PA nya itu.Mereka akan pergi dengan keretanya.Sedikit besar dan memudahkan.Tetapi dia tidak mengatakan tentang Jihyo.Risau Omma nya fikir bukan-bukan.Lebih lagi Donghae.

"Tapi kenapa kau pilih Pohang??banyak lagi tempat lain.Lagi menarik"tanya Donghae yang baru turun tangga dari tingkat atas.

"Sebuah kampung hyung.Aku tak pernah pergi dekat sebuah kampung.Tengok kampung.Apa salahnya aku pergi buat kali ni"

"Ke ada apa-apa ni?"

"Apa pula hyung??kau ni nak fikir bukan-bukan lah tu"

"Mana tahu kan.Kau pergi kahwin ke"Donghae ketawa dihujung percakapan.

"Tak ada maknanya"sangkal Baekhyun.Donghae ni memang suka fikir bukan-bukan.

•••••••••••

[JIHYO POV]

Aku menongkat dagu.Kiri kanan jalan aku pandang.Penat betul tunggu manusia ni.Dah 15 minit aku tunggu Mr. Ceo merangkap Bos aku datang ambil aku.Naik kematu badan aku ni tunggu dia.Dia ingat aku ni pak tunggu.Aku siku baru tahu.Sesedap sesungut dia je nak ikut.Dahlah lambat.Cakap aku tak menepati masa.Dia pun sama.2×5 = 10.

Pin Pin !!

Terangkat bahu aku bila dengar bunyi yang betul-betul tidak bermasyarakat.Mahu tercabut jantung dek terkejut hon kereta.Aku berdiri.Kereta mewah itu aku pandang.Dahlah aku tengah panas hati.Boleh pula pemilik kereta tu keluar dengan muka slumber badak sumbu.Kalau tak ingat Bos dah lama makan kepala lutut aku ni.Mahu koma sebulan dekat hospital bahagia.

"Jomlah.Yang kau tercegat kat situ buat apa"

Amboi..nak je aku tenyeh mulut kau tu dengan batu bata.Dia yang lambat nak membebel pula.

"Kenapa Bos lambat??naik kematu saya tunggu"aku mula protes.Aku penat tunggu.Boleh pula dia slumber kebadakkan.

"Sakit ke??kena pergi klinik"

Aku mengeleng dengan perasaaan pelik.Dah kenapa pula dia tanya macam tu.

"Kalau tak ada sila masuk"

Amboi kau.Nak kena pelempang aku agaknya.Aku jeling maut dekat dia dan mendekati kereta dia dengan bagasi pakaian.Aku memasukkan bagasi kedalam  tempat duduk belakang.Selepas itu, aku turut masuk.Bestnya dapat balik kampung.Tapi keseronokkan hilang dek Bos menyakitkan hati ni.

"Jangan sampai pintu kereta aku tercabut"

Aku tersengih bila dia cakap macam tu.Nak buat macam mana aku tutup pintu kereta dia kuat sangat.Aku pandang tempat duduk sebelah pemandu.Ada Geun.Tengah tidur.Lenanya.

"Pakai seatbelt"dia tegur dari cermin pandang belakang bila aku tak pakai seatbelt.Aku tarik seatbelt dengan perasaan geram dan pakai.Lepas tu peluk tubuh dan pamer muka masam.Dia mula pandu kereta.

"Aku rasa muka kau tu dah boleh buat jeruk"

Ehh.Buat aku panas nampak.

"What are you talking about Mr. Ceo??"aku sengaja menekankan perkataan Mr. Ceo.

Dia boleh pula gelak."Dah muka kau tu masam macam asam"

"Suka hati sayalah.Bukannya saya ambil muka Bos"aku paling muka kearah kanan.Pandang keluar tingkat.

"Apa salahnya senyum untuk aku"

"Bos suruh jelah orang lain senyum untuk Bos.Saya nak tidur"aku terus pejamkan mata.Malas aku nak melayan Bos yang tiga suku ni.Menyakitkan hati je.

TO CONTINUED

Vote✅
Comment✅
Copy❎




[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now