CHAPTER 08°

1.8K 209 0
                                    

Baekhyun ketawa melihat reaksi Jihyo.Baginya Jihyo sangat lawak dengan wajah cemberut.Dia rasa seronok pula dapat kenakan PA dia yang seorang ini.Walaupun baru sahaja kenal.Baekhyun membetulkan duduknya agar selesa.Badan yang panas dan lenguh-lenguh badan buat dia rasa tidak selesa.Sesekali dia terbatuk batuk.Jihyo yang melihat rasa kasihan pula.

"Duduklah"ujar Baekhyun menyuruh Jihyo duduk dibirai katil.Jihyo mengerutkan dahi.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap ke?"soal Jihyo.Dia tidak faham.

"Suapkan aku"

"What??are you serious?"terkejut Jihyo dibuatnya.Dia ingatkan Baekhyun sekadar melawak.Tidak tahu pula lelaki ini serius.

"Yes..I'm serious"balas Baekhyun dan pamerkan riak serius.

"Saya kena balik pejabat.Banyak kerja lagi kena buat"Jihyo ingin berlalu tetapi tangannya pantas dipegang oleh Baekhyun.Jihyo terhenti dan serentak melepaskan tangannya dari pegangan Baekhyun.

"Malas kau ni ye.Suruh suap aku pun tak nak.Kau tu PA aku.Jadi apa salahnya tolong masa aku tengah sakit.."

Uwekk!!

Percakapan Baekhyun tiba-tiba terhenti.Terkejut Jihyo melihat Baekhyun menutup mulutnya dan kedengaran seperti dia ingin memuntahkan sesuatu.Lagi Jihyo terkejut apabila Baekhyun turun dari katil dan berlari ke bathroom.Kedengaran Baekhyun muntah setelah masuk dalam bathroom.Jihyo mendekati bathroom.Pintu diketuk.

"Awak.Awak ok ke??"tanya Jihyo.Kedengaran Baekhyun masih muntah.Teruk benar demam Baekhyun ni.Sampai macam tu sekali.

"Jihyo kenapa?"pertanyaan Puan Byun membuatkan Jihyo berhenti mengetuk pintu bathroom dan pandang Puan Byun.

"Baekhyun muntah"jawapan Jihyo betul-betul mengejutkan Puan Byun.Dia terus meluru kearah Jihyo sedang berdiri sekarang.Pintu bathroom diketuk.

"Baekki..Baekki ok tak ni??buka pintu ni"

Klek

Baekhyun membuka pintu bathroom.Terpamer muka dia yang pucat dan dirinya yang tidak bermaya.Puan Byun membantu Baekhyun berjalan ke katil dan membaringkan Baekhyun.Selimut ditarik hingga paras dada Baekhyun.Rambut Baekhyun yang serabai dibetulkan.Jihyo hanya membatu melihat mereka.

"Teruk ni.Pergi hospital lah"

Baekhyun mengeleng lemah."Tak apalah Omma.Kejap lagi ok lah ni"

"No..jangan nak bantah!!"ketegasan Puan Byun membuat Baekhyun akur.

"Jihyo boleh tolong bawa Baekhyun pergi hospital?"pertanyaan Puan Byun mengejutkan Jihyo yang asyik pandang Baekhyun.

"Kenapa pula dia Omma??"tanya Baekhyun.Nampak sangat tak nak Jihyo bawa pergi hospital.

"Omma kena pergi airport"

"Buat apa pergi airport?"

"Ambil Donghae.Hyung Baekki tu balik hari ni"

"What??kata balik minggu depan"Baekhyun bangun dan bersandar dikepala katil.Sesekali dia memegang kepala yang rasa pening.

"Tak jadi katanya.Sebenarnya nak bercuti dulu dekat sana.Tapi entahlah tak jadi.Tu yang balik hari ni"jelas Puan Byun.

Baekhyun mengangguk faham.

"Jihyo tolong ye"

Jihyo mengangguk.Lagipun apa salahnya tolong bos sendiri.

"Omma.Geun mana?"

"Ada dekat bawah.Nak ikut Omma pergi airport.Ke nak bawa pergi hospital sekali??"

"Tak apalah.Nanti Geun sedih pula tengok Baekki macam ni"

••••••••••

[JIHYO POV]

"Tak apalah.Nanti Geun sedih pula tengok Baekki macam ni"

Entah kenapa aku rasa Baekhyun ni sweet sangat.Seorang yang penyayang.Walaupun dia ni dingin.Asyik nak marah je.Tegas.Tapi rupanya seorang yang sangat penyayang.Aku tidak mengenali dia.Tidak tahu masa lalu dia.Kenapa dia tidak bercerita tentang perpisahan dia dengan isteri dia??banyak aku tidak tahu.Tapi kasih sayang dia dekat Geun sangat nampak.

"Kau termenung apa tu?"teguran Baekhyun menghentikan lamunan aku.

"Omma awak mana?"

"Mengelamun sampai Omma aku keluar pun tak perasan"Baekhyun duduk dibirai katil.

"Kau kenapa?"tanya Baekhyun.Aku hanya mengeleng.

"Ikhlas tak nak bawa aku pergi hospital ni?"

Aku angguk."Tak akanlah saya tak ikhlas pula"

"Mana tahu kau rasa terpaksa ke.Suruh suap aku makan pun kau tak nak"Baekhyun bangun dan menuju kearah almari.Langkah dia nampak lemah.

"Kau keluar kejap boleh??Aku nak tukar baju"

"Haa ok.Saya tunggu dekat bawah.Siap awak turun"Jihyo terus berlalu keluar.

••••••••••••

"Uncle Hae!!"jerit Geun dan berlari kearah Donghae yang sedang berjalan sambil menarik luggage.Dia senyum melihat Geun.

Geun memeluk Donghae yang sudah menyamai ketinggiannya dengan Geun.Geun sememangnya rapat dengan Donghae.Semasa Donghae ingin pergi sambung belajar, Geun menangis kerana sedih Donghae pergi.

"Geun rindu Uncle Hae"ujar Geun.Donghae mencium pipi Geun.

"Uncle pun rindu Geun.Sebab  tu Uncle balik sini.Nak jumpa kesayangan Uncle ni"

"Hae"teguran Puan Byun membuatkan Donghae berdiri.Omma nya itu pula dipeluk.Melepaskan rindu.

"Omma sihat?"tanya Donghae dan menguraikan pelukan.

"Omma sihat je.Hae pula macam mana?"

"Hae ok je.Baekki mana Omma??tak datang?"tanya Donghae kerana tidak melihat Baekhyun.

"Baekki demam"

•••••••••••

"Duduk dululah.Nanti nurse panggil bagi ubat"Jihyo membantu Baekhyun duduk.Dia baru sahaja melakukan pemeriksaan dengan Doctor.

Baekhyun angguk dan mengeluarkan telefon dari poket seluar.

"Bos dah rasa ok sikit ke?"tanya Jihyo membuatkan dahi Baekhyun.Dia toleh pandang Jihyo.

"Sejak bila kau panggil aku Bos ni?"

"Baru je"jawab Jihyo slumber sambil mengukir senyuman.

"Byun Baekhyun"

"Saya ambil ubat awak dulu"Jihyo bangun dan melangkah kearah kaunter apabila nama Baekhyun dipanggil.

TO BE CONTINUED

Vote✅
Comment✅
Copy❎

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now