CHAPTER 15°

2K 177 6
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo membaringkan dirinya dan meletakkan kepalanya diatas riba halmeoni.Sekarang dia berada didalam bilik halmeoni.Halmeoni membelai rambut Jihyo penuh kasih.Dia sangat menyayangi cucunya yang seorang ini.Mereka sangat rapat.Tidak hairanlah Jihyo selalu berkongsi cerita dengan halmeoni.

"Halmeoni tengok Baekhyun tu baik orangnya.Penyayang.Halmeoni suka tengok cara dia jaga Geun"

Jihyo bangun.Duduk bersila didepan halmeoni."Maksud halmeoni?"tanya Jihyo.Maksud disebalik pujian halmeoni nya itu.Setahunya halmeoni susah untuk memuji seseorang.

"Dia nak Hyo jadi isteri dia kan?"

Jihyo mengangguk."Ahjumma Hye Jin bagitahu halmeoni ke?"

Halmeoni senyum."Halmeoni tak nak paksa Hyo.Tapi apa yang halmeoni nak cakap, halmeoni berkenan sangat dengan Baekhyun.Baik,penyayang,bertanggungjawab.Hyo fikirlah betul-betul.Bincang dengan Omma Hyo.Halmeoni akan tetap sokong apa pun keputusan yang Hyo buat"

"Gomawo halmeoni"ucap Jihyo dan memeluk halmeoni yang turut memeluknya.

"Hyo rasa bertuah sangat sebab ada halmeoni.Halmeoni selalu ada dengan Hyo ketika Hyo selalu keliru dengan keputusan yang sepatutnya Hyo buat"

Halmeoni mengosok belakang Jihyo.Dia terlalu menyayangi Jihyo.Apa pun dia akan tetap ada dengan Jihyo dan menyokong keputusan yang akan Jihyo buat.

••••••••••••

[BAEKHYUN POV]

Aku menyelimutkan tubuh Geun supaya dia tidak kesejukan.Rambut Geun aku belai penuh kasih.Aku terlalu sayangkan Geun.Aku tidak mahu berpisah dengan satu-satunya anak yang aku ada.Kadang-kadang aku takut.Aku takut Chaeyeon buat sesuatu yang boleh memisahkan aku dengan Geun.Disebabkan itu aku terlalu obses dalam melindungi Geun.

"Tiada siapa dapat memisahkan kita"dahi Geun dikucup.

Tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik itu dari luar.Aku pandang kearah itu.

"Bos dah nak tidur ke?"Jihyo rupanya yang buka pintu.

"Belum lagi.Kenapa?"aku tanya dia yang nampaknya ingin mengatakan sesuatu.Tetapi diam pula.Oohh..aku tahu apa dia nak cakap.

"Kau nak bincang pasal tadi?"aku tanya dia ingin pastikan.Dia aku tengok menganggukkan kepala.Dah agak dah itu yang dia nak bincangkan.

•••••••••••

Jihyo membantu Baekhyun untuk duduk dibangku yang terdapat ditaman depan rumah halmeoni itu.Selepas itu, Jihyo duduk disebelah Baekhyun.Suasana malam yang sejuk di Pohang ini memaksa mereka itu memakai sweater yang agak tebal. Tidak mahu kesejukkan.Musim di Pohang sekarang adalah musim sejuk.

"Aku tak nak paksa kau.Apa pun keputusan kau aku terima.Tapi aku harap keputusan kau nanti melegakan aku.Aku berani buat keputusan ni sebab Geun tak membantah.Aku sedar yang Geun perlukan seorang Omma.Aku tak boleh terima Chaeyeon.Kau sendiri tahu kan kenapa"ujar Baekhyun panjang lebar.

Jihyo menghela nafas berat."Saya..saya terima.Tapi.."Jihyo berjeda.

Baekhyun pandang Jihyo.Dia rasa lega.Tetapi menunggu apa yang ingin diberitahu oleh Jihyo.Jihyo turut memandang Baekhyun.

"Kita kena bincang dengan Omma saya.Kalau Omma saya setuju.Barulah saya rasa lega"sambung Jihyo.

Baekhyun mengangguk."Ok.Keluarga aku pun kena tahu semua ni"setuju Baekhyun.

"Aku nak ucapkan terima kasih sebab kau sudi terima.Aku akan cuba jadi yang terbaik.Walaupun sukar untuk aku ubah sikap aku.Aku tak boleh jadi orang lain"sambung Baekhyun.Dia buat ini semua demi Geun.Betul kata Chaeyeon yang Geun perlukan kasih sayang seorang Omma.Baekhyun tidak boleh menerima Chaeyeon.Dia terlalu takut kisah lama berulang kembali.Menerima Jihyo bagaikan satu keputusan paling tepat bagi Baekhyun.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now