CHAPTER 06°

2K 219 0
                                    

Baekhyun berhenti makan dan pandang Jihyo yang asyik menguis nasi.Langsung tak jamah.Baekhyun ketuk permukaan meja yang membuatkan Jihyo angkat wajah pandang dia.Tersentak Jihyo dibuatnya.

"Yang kau tak makan ni kenapa??kau tak payah risaulah.Aku belanja"

"Takut sangat duit habis"gomel Baekhyun dan sambung makan.

"Kenapa belanja saya?"

Baekhyun meletakkan sudu dan garpu.Jus oren diminum."Kenapa kau tanya macam tu?"tanya Baekhyun balik.

"Tak adalah.Saya cuma.."

Percakapan Jihyo dipintas."Aku cuma tak nak bila kau buat kerja nanti kau penat,lapar.Lepas tu kau jadi malas.I don't like people like that"

"Saya bukan macam tu"

Baekhyun senyum sinis dan gelak kecil."Mana ada orang mengaku kalau dia macam tu"

"Tapi saya bukan macam tu"ujar Jihyo cuba menindakkan tanggapan Baekhyun terhadapnya.

"Kau ni memang suka menjawab kan.Dahlah datang lambat.Nak bela diri pula"

Geram pula Baekhyun dibuatnya.Jihyo berani melawannya walaupun dia CEO dan dingin orangnya.

"Saya cuma cakap apa yang betul"ujar Jihyo dan mula makan nasi goreng yang sudah sejuk itu.Nak buat macam mana, dari tadi pesan baru makan.

"Lepas ni kau ikut aku"

"Pergi mana?"

"Pergi Site.Balik pejabat nanti tolong jalankan tugas kau.Buat jadual dengan betul.Jangan ada yang tertinggal.Tolong ingatkan aku apa yang aku tak ingat"

Dahi Jihyo berkerut mendengarnya.Apa yang CEO ni merepek??"Macam mana saya nak tahu awak ingat ke tak??"

"Yang tu pandai-pandai kaulah.Ingatkan aku selalu pasal jadual"

••••••••

[JIHYO POV]

"Yang tu pandai-pandai kaulah.Ingatkan aku selalu pasal jadual"

Apa yang dia merepek ni??dia ingat aku ahli nujum ke??susah betul dapat bos macam ni.Nak je aku berhenti kerja.Tapi nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Omma.Kerja tak sampai sehari dah berhenti kerja.Tak ke melampau tu.Cari kerja berminggu minggu.Confirm berminggu minggu aku kena bebel dengan Omma.

"Lagi satu.Kenapa kau tak panggil aku Tuan or Bos??"

"Dah tak suruh"aku jawab slumber yang membuatkan riak wajah dia berubah.Mungkin tak sangka dengan jawapan aku.

"Kau tak pernah tahu ke yang setiap pekerja panggil majikan dia Bos,Tuan or Puan?"dia tanya aku.Aku rasa nak kenakan dia je.Entahlah kenapa aku nekad nak kenakan CEO yang seorang ini.Mybe terlalu geram dengan perangai dingin dia yang tak bermasyarakat.

"Kalau saya panggil Puan boleh?"dia betul-betul terkejut bila aku tanya macam tu.

"Kau ingat aku ni perempuan ke??kenapa kau ni berani sangat??aku ni bos kau tahu tak"ujar dia kepada aku.Nak tergelak pula aku bila dia cakap macam tu.Yelah..dapat kenakan orang dingin sedingin ais macam dia.Mestilah aku happy gila.

"Bos ni tak boleh nak berguraulah"ujar aku dan panggil dia Bos.Memang aku tak pernah panggil dia Bos walaupun baru je kerja.Untuk pengetahuan belum mula kerja pun lagi.Aku dah tunjuk perangai.

"Aku tak ada masa nak bergurau"

Amboi suara bukan main dingin.Takut pula aku dengar.Tapi memang aku tak nafikan yang suara dia macam prince charming.Kalau perempuan dengar memang terpikat habis.Dengan muka handsome gila dia tu.Ehh..aku pun perempuan.Tapi aku tak terpikat pun setakat ni.Setakat ni??macam akan terpikat je..

Tak mungkin tak mungkin dan tak akan mungkin.Tapi ada satu soalan aku nak tanya dia.Bila orang panggil dia Tuan.

"Saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Tanya apa??jangan soalan merapu"awal-awal dah bagi amaran.Memang tak bermasyarakat betul lah dia ni.

"Awak dah kahwin ke??jangan salah faham.Saya tanya sebab pekerja lain panggil awak Tuan.Tuan kan maknanya dah kahwin.Just nak tahu"aku gelak kecil dihujung percakapan.

"Oohh..just nak tahu ke kau suka aku?"

Pertanyaan dia buatkan aku yang tengah minum air tersedak.Apa punya soalan dia tanya ni??yang tidak-tidak soalan dia bagi.

"Anyway.I have a son"

"Oo..maknanya dah kahwin.No wonder the other employees call you Sir.Mesti comel anak awak kan"

"I've been divorced"

Aku terdiam bila dia cakap macam tu.Masing-masing senyap.Aku dah tak berani tanya banyak soalan.Keadaan sekarang agak sensitif.Takut nanti gunung berapi meletup.

•••••••••

Seorang perempuan keluar dari teksi dan masuk kedalam sebuah Cafe.Langkah diatur kearah seorang perempuan yang melambai.Mereka saling mengukir senyuman.Setelah sampai, keduanya berpelukan dan duduk.Sepertinya saling mengenali antara satu sama lain.

"Macam mana anak Omma sekarang??ok?"tanya Puan Jung.

"Chaeyeon bosanlah Omma dekat sana"ujar dia sambil mencebik.Nampak sangat membosankan.

"Dah lupa semuanya?"pertanyaan Puan Jung mendapat keluhan dari Chaeyeon.

"Chaeyeon tak boleh nak lupa Omma.The reason that's why chaeyeon back"balas Chaeyeon bernada sedih.

"Chaeyeon yang buat keputusan tu.."percakapan Puan Jung dipintas.

"Chaeyeon nak jumpa anak Chaeyeon Omma.Mesti dia dah besar kan.Chaeyeon rindu dia"

Puan Jung mengeluh berat.Tangan Chaeyeon dipegang.Anaknya itu kelihatan sedih.Hati dan perasaan seorang Omma pasti akan merasai kerinduan dan kesedihan.Puan Jung sangat memahami kerana dia pernah ditinggalkan Chaeyeon semasa Chaeyeon ke China.

••••••••

"Geun...Appa dah balik ni"Baekhyun merebahkan badannya disofa.Rasa lenguh-lenguh badan seharian menguruskan pekerjaan di pejabat.

"Appa..."kedengaran suara Geun menjerit.Baekhyun senyum apabila melihat anaknya itu menghampiri dan duduk diatas riba.Ubun-ubun Geun dikucup oleh Baekhyun.

"Rindu Appa?"

"Emm"Geun angguk laju.

"Appa pergi kerja pun dah rindu.Mengadalah anak Appa ni"pipi Geun dicubit perlahan.

Geun peluk tubuh dan pusing mengadap Baekhyun.Menayang muka masam."Kenapa Appa balik lambat??Geun bosan duduk dekat rumah"

Baekhyun ketawa mendengarnya.Sungguh Geun tidak boleh berpisah walaupun kejap."Appa ada banyak kerja.Kan Appa dah bagitahu.Cuba ulang apa yang Appa bagitahu"suruh Baekhyun.Geun dilihat berfikir seketika.Tangan diletak diatas dagu.Comel sangat.

"Appa cakap itu tanggungjawab Appa.Tolong halmeoni"

"Pandai anak Appa ni"

Geun bermain dengan jarinya.Seperti ingin mengajukan satu pertanyaan.Baekhyun senyum melihat telatah Geun.

"Kenapa??ada yang Geun nak cakap dengan Appa ke?"tanya Baekhyun.Geun pandang Baekhyun dengan pandangan berharap.

"Appa..kalau Geun nak ikut Appa pergi kerja boleh tak?"

Baekhyun terkejut mendengarnya.

"Geun bosan dekat rumah.Bolehlah Appa.Geun janji tak buat kacau.Promise"Geun mengangkat tangannya tanda berjanji.Berharap sangat Appa nya itu akan membawa dia bersama.

TO BE CONTINUED

Vote✅
Comment✅
Copy❎

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now