CHAPTER 22°

1.8K 152 0
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"Buat apa dekat sini?"tanya Puan Byun.Dia sedikit terkejut dengan kedatangan Chaeyeon yang tiba-tiba.Apalah bekas menantu dia ni nak??Puan Byun duduk atas sofa berhadapan dengan Chaeyeon.

"Saya datang nak jumpa Omma"jawab Chaeyeon.Masih bahasakan Puan Byun Omma.

"Omma?"

Chaeyeon ukir senyuman."Tak salahkan saya panggil Omma.Dulu kan saya selalu panggil Omma"balas Chaeyeon.Tahu akan maksud dan reaksi Puan Byun apabila dipanggil Omma oleh dia.

"Itu dulu"ujar Puan Byun.Jelas sekali dia tidak berapa suka dengan panggilan dari Chaeyeon itu.Sekarang Chaeyeon bukan lagi menantunya.Jadi buat apa dia dipanggil Omma.

"Sekarang masih sama.Tapi sekarang saya datang nak minta maaf.Saya tahu saya banyak buat salah.Kecewakan semua orang.Saya berniat baik.Ikhlas minta maaf.Tak akanlah Omma tak boleh terima.Saya betul-betul dah menyesal"bersungguh sungguh Chaeyeon mengatakan itu.Mempamerkan riak sedihnya.Berharap Puan Byun menerima.Puan Byun rasa serba salah.

"Ikhlas atau sebab lain?"tanya Donghae yang tiba-tiba muncul.Dia duduk disebelah Puan Byun.Dia baru pulang dari membawa Nancy jalan-jalan.

"Apa maksud Hae?"tanya Puan Byun kurang faham dengan kata-kata anak sulungnya itu.

Donghae pandang Chaeyeon."Mana tahulah kan dia datang sini nak dapatkan Baekki balik"

Chaeyeon jelas terkejut dengan kata-kata Donghae.Tetapi dia cuba untuk kawal ekspresi dan perasaannya.Donghae memang sangat pandai meneka.

Chaeyeon mengeleng."Tak.Bukan macam tu.Saya datang betul-betul nak minta maaf"

Donghae senyum sinis.Dia tak rasa Chaeyeon berani tunjuk muka dekat sini.Datang ke banglo ni semata mata nak minta maaf.Selama Chaeyeon menjadi isteri Baekhyun,dia dah cukup kenal siapa Chaeyeon.Seorang perempuan yang suka datang dan suka pergi.Cepat berubah perasaan.Sanggup mengubah hidupnya dan hidup orang.

Jadi agak mengarut jika Chaeyeon datang semata mats hanya untuk meminta maaf tanpa ada niat lain.

•••••••••••••

KEESOKKANNYA

Jihyo membuka matanya yang rasa berat.Badannya rasa sedikit baik dari sebelum ini.Dia melihat kearah cermin.Baekhyun sedang berdiri memakai tie.Segak berpakaian untuk ke pejabat.Jihyo bersandar dikepala katil.Kepalanya masih sedikit pening.

"Bos nak pergi mana?"tanya Jihyo membuatkan pandangan Baekhyun beralih kepadanya.

"Aku nak ke pejabat.Ada kerja sikit nak buat.Petang nanti baru kita bertolak ke Pohang.Aku dah bagitahu halmeoni"jawab Baekhyun.Dia beralih ke almari selepas selesai memakai tie.Rambutnya bersikat kemas.Sangat handsome.

"Saya pun nak ke pejabat.Kenapa tak kejutkan saya?"

Baekhyun yang sedang berdiri mengadap almari berpaling melihat Jihyo."Kau tu demam.Buat apa nak pergi pejabat?"

"Saya kan pekerja Bos.Kenalah pergi.Kalau tak pergi nanti kena pecat"jawab Jihyo bernada sedih.

"Tak payah nak sedih bagai.Tak ada siapa nak pecat kau pun"balas Baekhyun.Pintu almari ditutup dan dia melangkah kearah katil.Duduk dibirai katil mengadap Jihyo.

"Kau rasa macam mana sekarang?"

"Macam mana apa?"tanya Jihyo kembali.Kurang faham dengan pertanyaan Baekhyun.Maklum sahaja penyakit blank Jihyo ni bermaharaja lela sikit sejak akhir-akhir ini.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now