CHAPTER 33°

1.5K 155 29
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"Kau!!..ni semua sebab kau!!..puas hati kau sekarang?!!"tengking Puan Byun kepada Jihyo.Masih belum habis kemarahannya terhadap Jihyo.

Jihyo berdiri.Dia cuba untuk memegang tangan Puan Byun tetapi Puan Byun melarikan tangannya daripada dipegang oleh Jihyo.Dipandang Jihyo dengan penuh kebencian.Jinwoo turut berdiri.Perasaan geramnya kepada Puan Byun menebal kerana memperlakukan Jihyo sebegitu.

"Omma.Saya sangat sayangkan Baekhyun.Tak mungkin saya nak semua ni berlaku.Tak pernah terlintas difikiran saya untuk minta semua ni"

"Aku memang benci sangat dekat kau.Aku tak nak dengar apa pun yang keluar dari mulut kau"tekan Puan Byun.

"Omma.Tolonglah kawal diri omma.Jihyo pun tak nak semua ni jadi"tegur Donghae.Tetapi sia-sia sahaja teguran itu.Tahap kebencian Puan Byun terhadap Jihyo sudah sangat tinggi.

Tiba-tiba pintu wad ICU dibuka.Baekhyun ditolak keluar.Wajahnya yang kacak terlindung sebahagiannya dengan alat pernafasan.Wayar-wayar berselerak.Jarum mencucuk tangan Baekhyun.Sungguh pilu apabila melihat keadaannya kini.

Jihyo menekup mulutnya tidak percaya.Laju airmatanya mengalir.Sungguh hatinya pilu melihat keadaan suami sendiri sebegitu.Puan Byun sudah menangis kuat didalam pelukan Donghae.

"Doktor.Macam mana dengan adik saya doktor?"tanya Donghae.Sedih dia melihat keadaan Baekhyun itu.

"Sangat mengejutkan.Pesakit dapat diselamatkan walaupun sebelum ini agak tipis.Jangan risau.Tindakbalasnya agak baik.Tidak akan mengambil masa yang lama untuk dia sedar.Sila bagi sokongan dan semangat dekat pesakit.Sekarang kami akan pindahkan pesakit ke wad biasa"jawapan doktor itu betul-betul melegakan.Walaupun Baekhyun masih belum sedar,setidaknya jawapan dari doktor itu melegakan hati.

•••••••••••••••

"Nancy.Thank you for coming"ucap Donghae kepada Nancy.Mereka sekarang berada didalam wad Baekhyun.Turut ada Jihyo,Puan Byun dan Chaeyeon.Perempuan itu masih juga tidak mahu balik.

Nancy mengangguk."No need to thank.I like a friend always there for you.Now you are in a sad state right.The reason why I'm here"

Donghae mengukir senyuman.Nancy melangkah keluar.

"Jihyo.Baliklah dulu.Jihyo pun kena rehat"ujar Donghae kepada Jihyo.Jihyo sekadar memandang Donghae tanpa membalas.Dia tidak mahu meninggalkan Baekhyun.Ingin sentiasa berada disisi suaminya itu.

"Eloklah tu.Baliklah.Lagi lama kau dekat sini.Lagi teruk sakit anak aku"herdik Puan Byun.

"Omma dahlah.Baekkie tengah terbaring dekat depan pun omma masih nak cakap macam ni.Jihyo ni isteri Baekkie omma.Mesti dia sedih nanti"tegur Donghae.Puan Byun tidak menghiraukan teguran Donghae.

"Sepatutnya Chaeyeon ni yang balik.Bukan Jihyo"

"Kenapa pula saya?"tanya Chaeyeon bagaikan tidak pernah ada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

"Hae tak payah nak halau Chaeyeon.Niat dia baik.Daripada niat perempuan sebelah Hae tu"

Donghae sudah tidak tahu ingin mengatakan apa lagi.Sungguh dia tidak sangka omma nya berubah sejauh ini.

"Arhh.."erangan yang tiba-tiba terdengar mengejutkan mereka.Masing-masing melihat Baekhyun.

"Baekkie..Baekkie sayang"

Mata rasa berat.Tubuh rasa sakit dan lemah.Baekhyun perlahan lahan membuka matanya.Sedikit senyuman terukir dibibir Jihyo.Hatinya betul-betul rasa lega apabila Baekhyun sedar.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWo Geschichten leben. Entdecke jetzt